Pilihan raya Senat Amerika Syarikat 2006

Pilihan raya Senat Amerika Syarika 2006 telah diadakan pada 7 November[2006, dengan 33 daripada 100 kerusi di Senat Amerika Syarikat telah dipertandingkan. Para senator akan dipilih untuk enam tahun seterusnya, dengan satu pertiga daripada kerusi senat dibuka untuk pengundian setiap dua tahun. Tempoh berkhidmat untuk senator yang telah dilantik adalah daripada 3 Januari 2007 hingga 3 Januari 2013. Senator yang telah dilantik pada tahun 2000 (juga dikenali sebagai "Kelas 1") bertanding semula dalam pilihanraya ini ataupun bersara .

  Diambil Demokrat
  Kekal Demokrat
  Kekal Republikan
  Diambil Bebas
  Kekal Bebas

Calon Demokrat telah menewaskan enam penyandang kerusi senat Republikan: Rick Santorum (Pennsylvania), Mike DeWine (Ohio), Lincoln Chafee (Rhode Island), Conrad Burns (Montana), Jim Talent (Missouri) dan George Allen (Virginia). Pilihan raya ini selesai apabila Senator Montana Burns dan Senator Virginia Allen mengaku kalah. Tiada penyandang daripada Demokrat yang tewas dalam pilihan raya ini. Joe Lieberman (Connecticut) kalah pada pemilihan awal parti Demokrat, tetapi menang apabila bertanding di atas tiket bebas (walaupun dia berkata dia akan bekerjasama dengan Demokrat).

Bermula dari 3 Januari 2007, pecahan kerusi di dalam senat akan menjadi 51-49 yang mana memihak kepada Demokrat (termasuklah senator bebas, Bernie Sanders, yang akan bekerjasama dengan Demokrat). Demokrat memerlukan 51 kerusi untuk menguasai senat kerana Naib Presiden Amerika Syarikat (Republikan) akan memecahkan undi sekiranya terikat 50-50 dengan memberikan 1 undi yang memihak kepada Republikan.

Pilihan raya Dewan Perwakilan, yang mana Demokrat kembali menguasai majoriti, turut jatuh pada hari yang sama dengan pilihan raya senat. Banyak pilihan raya tempatan dan negeri, termasuklah untuk memilih 36 gabenor, beberapa referendum negeri, turut diadakan. Keputusannya, Demokrat turut berjaya menguasai majoriti daripada gabenor dan ahli majlis perundangan.

Keputusan pilihan raya sunting

Ringkasan daripada Keputusan pilihan raya Senat Amerika Syarikat [7 November 2006)
Parti Pecahan Jumlah Kerusi Undi Popular
Naik Dilantik Tidak Naik 2004 2006 +/− Undi %
Parti Demokrat 17 23 27 44 50 +6
Parti Republikan 15 9 40 55 49 −6
Bebas 1 1 0 1 1 0
Jumlah 33 33 67 100 100 0 100.0%
Sumber: The Associated Press

Kedudukan kerusi di dalam Senat Amerika Syarikat sunting

Sebelum pilihan raya 2006, Senat mempunyai 55 Republikan, yang menguasai majoriti sejak 2003, 44 Demokrat dan seorang bebas yang condong kepada Demokrat (Jim Jeffords dari Vermont).

Kongres ke-109 Kedudukan Senat   Kongres ke-110 Kedudukan Senat
                                                                                                     
                                                                                                     
                                                                                                     
                                                                                                     
Warna: Republikan Demokrat Bebas (Sekutu Demokrat)

Saingan sengit, kerusi - kerusi terbuka, dan kerusi bertukar tangan sunting

Perolehan Demokrat sunting

Missouri sunting

Senator Jim Talent dari Missouri, yang dipilih dalam pilihan raya khas pada 2002 untuk tempoh empat tahun selepas itu dengan majoriti yang tipis, menerima saingan yang amat sengit daripada Parti Demokrat. Missouri tidak mengadakan pilihan raya gabenor pada tahun 2006, menjadikannya pemilihan ini satu-satunya pertandingan di dalam negeri yang secara tradisinya menyaksikan pertarungan hebat antara kedua-dua belah parti. Talent berhadapan dengan Claire McCaskill, bekas pendakwa raya mukim Jackson dan juga calon Gabenor tahun 2004 Demokrat.

McCaskill mempunyai pengalaman politik daripada kekalahannya pada 2004. Namun, Talent juga mempunyai kedudukan yang sama; dipilih sebagai senator setelah tewas dalam pemilihan gabenor. McCaskill menumpukan penduduk luar bandar, yang sebahagian besarnya memihak kepada lawannya pada pilihanraya gabenor. Dia juga mendapat faedah kerana mendokong kajian sel stem embrio, kerana sebahagian besar penduduk Missouri menyokong dan Talent pula sebaliknya. Sebuah pindaan perlembagaan yang berkaitan dengan kajian itu turut termasuk di dalam pengundian dan berjaya disahkan.

Pertarungan ini adalah antara yang paling sengit di Amerika. McCaskill dan Talent saling mengatasi antara satu sama lain dengan perbezaan yang kecil dalam tinjauan pendapat ketika proses kempen. Pada malam 7 November, McCaskill menang dengan perbezaan 50%-47%.

Montana sunting

Senator Conrad Burns dari Montana menerima saingan sengit daripada Gabenor Brian Schweitzer ketika tahun 2000 walaupun dipilih semula dengan kelebihan hanya 3%, di negeri jatuh ke tangan Bush dengan margin sebanyak 20%. Hal ini, ditambah dengan kebangkitan semula Parti Demokrat negeri itu dan tuduhan atas isu etika yang dikaitkan dengan Skandal Jack Abramoff, menjadikan negeri ini sebagai tempat yang menjadi tumpuan untuk pilihan raya ini. Burns menghadapi calon Demokrat; pemenang pemilihan awal Demokrat dan Presiden Senat negeri, Jon Tester, seorang petani organik dari Big Sandy.

Burns banyak melakukan kesilapan dalam membuat kenyataan, termasuklah ketika tahun ini. Pada 27 Julai, dia telah didesak untuk meminta maaf kepada anggota bomba negeri yang telah berjaya mengawal kebakaran hutan pada musim panas, kerana mempersoalkan kebolehan dan skill mereka; Burns juga dibidas dengan hebat.

Sepanjang waktu berkempen, Tester mendahului dengan margin yang besar. Bagaimanapun, Burns berjaya merapatkan perbezaan dengan menuduh dia sebagai seorang liberal yang ekstrim ketika berkempen. Akhirnya, pada 8 November, Tester diisytiharkan sebagai pemenang dengan majoriti yang tipis, 198,032 undi berbanding 194,904.

Ohio sunting

Senator Mike DeWine dari Ohio mempunyai kadar bersetuju yang tidak memberangsangkan dan skandal terkini 'Coingate' yang melibatkan Parti Republikan Ohio di samping meluasnya ketidakpopularan Gabenor Bob Taft juga dianggap merosakkan prospek Mike DeWine untuk dipilih semula beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Mike DeWine ditentang oleh beberapa Republikan yang lebih konservatif pada pemilihan peringkat parti, seperti William G. Pierce, kerana pendirian sederhananya dan juga penglibatan dalam 'Kumpulan 14', untuk menghalang sebarang persetujuan untuk pencalonan hakim. Kedua - dua Mike DeWine dan Sherrod Brown memenangi pemilihan awal dengan mudah.

Brown memenangi pilihan raya dengan mengutip 56% undi berbanding DeWine 44% undi.

Pennsylvania sunting

Bob Casey menggembirakan penyokongnya dengan mengisytiharkan kemenangan ke atas Senator Rick Santorum, seorang ultrakonservatif dengan mendapat margin 18%, menjadikan ia undi perubahan yang terbesar terhadap penyandang dalam sejarah mana-mana pilihan raya senat. Casey berikrar untuk mencari jalan dan bekerja keras untuk menyelesaikan krisis antarabangsa. Rick Santorum, berkedudukan ketiga tertinggi dalam Parti Republikan, adalah sasaran utama Demokrat kali ini. Seorang yang amat konservatif, di samping mewakili negeri yang tidak pernah memberikan undi pemilih kepada calon presiden Republikan sejak tahun 1988. Pada pilihan raya yang lepas, Santorum menerima 7,706 undi lebih daripada calon presiden Demokrat, Al Gore, yang memenangi Pennsylvania dengan kelebihan 4.5% undi. Ketika itu, Santorum menghadapi Ron Klink, seorang ahli Dewan Perwakilan Demokrat yang 'pro-life' yang tidak mendapat sokongan daripada parti. Demokrat yakin kerusi Santorum adalah tidak kebal dan boleh dirampas kali ini. Calon Demokrat, Bob Casey, Bendahari Negeri Pennsylvania, seorang yang popular dan mendapat sokongan menyeluruh daripada parti.

Santorum tidak mendapat faedah daripada buku kontroversinya, 'It Takes a Family'. Dalam buku itu, dia mengkritik sekolah awam, dan mempersoalkan sama ada kedua-dua ibu bapa dalam keluarga perlu bekerja ataupun tidak, dan menuduh wanita yang memilih untuk bekerja sebagai mementingkan diri sendiri dan membuat sedemikian kerana ia 'memberikan mereka lebih kuasa'. Pendirian ini digunakan oleh Casey dengan menegaskan bahawa Rick Santorum adalah terlalu konservatif untuk pengundi Pennsylvania. Santorum juga menerima padah daripada kontroversi beliau.

Semau tinjauan pendapat menunjukkan Casey mendahului pesaingnya. Pada malam keputusan pilihan raya, Casey mengalahkan Santorum 59%-41%.


Senarai penuh pertandingan Senat 2006 sunting

Parti: (D/DFL/D-NPL) Demokrat/Demokrat-Petani-Buruh/Demokrat-NPL, (R) Republikan, (AIP) Kebebasan, (CFL) Lieberman Untuk Connecticut, (CC) Concerened Citizens, (Con) Conservative (NY), (C) Perlembagaan, (G) Hijau, (IAP) Independent American, (IG) Independent Green Party of Virginia, (IPM) Independence Party of Minnesota, (IPNY) Independence Party of New York, (L) Libertarian, (LU) Liberty Union, (M) Marijuana, (Mt) Parti Gunung, (PFP) Peace and Freedom, (PC) Personal Choice, (Pop) Populist Party of Maryland, (S) Socialist, (SA) Socialist Action, (SE) Socialist Equality, (SW) Socialist Workers, (WF) Working Families, (I) Bebas

(Note: winning candidates are listed below in bold.)

Negeri Penyandang Penggal Calon-calon bertanding Kadar
bersetuju[1]
% Undi
pemenang
pada 2000[2]
% Undi
pemenang
pada 2006
Arizona Jon Kyl (R) 2 Jim Pederson (D)
Richard Mack (L)
Stephen Baker (I)
Ray Caplette (I)
47% 79% 53%
California Dianne Feinstein (D) 2[3] Dick Mountjoy (R)
Todd Chretien (G)
Don Grundman (AIP)
Michael Metti (L)
Marsha Feinland (PFP)
Lea Sherman (SW)
Jeff Mackler (SA)
57% 56% 60%
Connecticut Joe Lieberman (D)
bertanding atas (CFL)
3 Ned Lamont (D)
Alan Schlesinger (R)
Ralph Ferrucci (G)
Timothy Knibbs (CC)
50% 63% 50%
Delaware Tom Carper (D) 1 Jan Ting (R)
William E. Morris (L)
58% 56% 70%
Florida Bill Nelson (D) 1 Katherine Harris (R)
Bernie Senter (SW)
Floyd Frazier (I)
Brian Moore (I)
Belinda Noah (I)
Roy Tanner (I)
Lawrence Scott (I)
44% 51% 60%
Hawaii Daniel Akaka (D) 2[3] Cynthia Thielen (R)
Lloyd Mallan (L)
65% 73% 61%
Indiana Dick Lugar (R) 5 Steve Osborn (L)
Mark Pool (I)
66% 67% 87%
Maine Olympia Snowe (R) 2 Jean Hay Bright (D)
Bill Slavick (I)
76% 69% 74%
Maryland Paul Sarbanes (D) Bersara Ben Cardin (D)
Michael S. Steele (R)
Kevin Zeese (G/L/Pop)
48% 63% 54%
Massachusetts Edward Kennedy (D) 7 Kenneth Chase (R) 61% 73% 69%
Michigan Debbie Stabenow (D) 1 Mike Bouchard (R)
Leonard Schwartz (L)
Dennis FitzSimons (C)
David Sole (G)
49% 50% 57%
Minnesota Mark Dayton (DFL) Bersara Amy Klobuchar (DFL)
Mark Kennedy (R)
Robert Fitzgerald (IPM)
Ben Powers (C)
Michael Cavlan (G)
Rebecca Williamson (SW)
39% 49% 58%
Mississippi Trent Lott (R) 3 Erik Fleming (D)
Harold Taylor (L)
67% 66% 64%
Missouri Jim Talent (R) 0[3] Claire McCaskill (D)
Frank Gilmour (L)
Lydia Lewis (G)
44% 51% 50%
Montana Conrad Burns (R) 3 Jon Tester (D)
Stan Jones (L)
40% 51% 49%
Nebraska Ben Nelson (D) 1 Pete Ricketts (R)
Dori Settles(I)
64% 51% 64%
Nevada John Ensign (R) 1 Jack Carter (D)
Brendan Trainor (L)
David Schumann (IAP)
52% 56% 55%
New Jersey Robert Menendez (D) 0[3] Thomas Kean, Jr. (R)
Len Flynn (L)
Greg Pason (S)
Angela Lariscy (SW)
Ed Forchion (M)
Daryl Mikell Brooks (I)
J.M. Carter (I)
N. Leonard Smith (I)
38% 50% 53%
New Mexico Jeff Bingaman (D) 4 Allen McCulloch (R)
Orlin Cole (I)
57% 62% 71%
New York Hillary Rodham Clinton (D/WF/IPNY) 1 John Spencer (R/Con)
Howie Hawkins (G)
Jeff Russell (L)
Bill Van Auken (SE)
Roger Calero (SW)
67% 55% 67%
North Dakota Kent Conrad (D-NPL) 3 Dwight Grotberg (R) 74% 61% 69%
Ohio Mike DeWine (R) 2 Sherrod Brown (D)
Richard Duncan (I)
38% 60% 56%
Pennsylvania Rick Santorum (R) 2 Bob Casey, Jr. (D) 38% 52% 59%
Rhode Island Lincoln Chafee (R) 1 Sheldon Whitehouse (D) 46% 57% 53%
Tennessee Bill Frist (R) Bersara Bob Corker (R)
Harold Ford, Jr. (D)
Chris Lugo (G)
Ed Choate (I)
David Gatchell (I)
Bo Heyward (I)
H. Gary Keplinger (I)
47% 65% 51%
Texas Kay Bailey Hutchison (R) 2 Barbara Ann Radnofsky (D)
Scott Jameson (L)
Amanda Ulman (SW)
60% 65% 62%
Utah Orrin Hatch (R) 5 Pete Ashdown (D)
Scott Bradley (C)
Julian Hatch (G)
Dave Seely (L)
Roger Price (PC)
Joe Labonte (BH)
60% 66% 62%
Vermont Jim Jeffords (I) Bersara Bernie Sanders (I)
Richard Tarrant (R)
Craig Hill (G)
Peter Diamondstone (LU)
Cris Ericson (I)
Peter Moss (I)
63% 66% 65%
Virginia George Allen (R) 1 Jim Webb (D)
Gail Parker (IG)
47% 52% 50%
Washington Maria Cantwell (D) 1 Mike McGavick (R)
Aaron Dixon (G)
Bruce Guthrie (L)
Robin Adair (I)
50% 49% 58%
Virginia Barat Robert Byrd (D) 8 John Raese (R)
Jesse Johnson (Mt)
64% 78% 64%
Wisconsin Herb Kohl (D) 3 Robert Lorge (R)
Rae Vogeler (G)
Ben Glatzel (I)
61% 62% 67%
Wyoming Craig Thomas (R) 2 Dale Groutage (D)
William McPherson (I)
61% 74% 70%


Pilihanraya Amerika Syarikat
1908 • 1910 • 1912 • 1914 • 1916 • 1918 • 1920 • 1922 • 1924 • 1926 • 1928 • 1930 • 1932 • 1934 • 1936 • 1938 • 1940 • 1942 • 1944 • 1946 • 1948 • 1950 • 1952 • 1954 • 1956 • 1958 • 1960 • 1962 • 1964 • 1966 • 1968 • 1970 • 1972 • 1974 • 1976 • 1978 • 1980 • 1982 • 1984 • 1986 • 1988 • 1990 • 1992 • 1994 • 1996 • 1998 • 2000 • 2002 • 2004 • 2006 • 2008 • 2010 • 2012
See also: House • President • Governors