Pilihan raya negeri Kelantan 2013
Pilihan raya negeri Kelantan ke-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013. Pengundian telah berlangsung di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri Kelantan, Malaysia, dengan setiap satunya memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pilihan raya ini telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pilihan raya negeri ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2013.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan 23 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 769,595 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 769,595 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), memenangi pilihan raya dengan 32 kerusi untuk meneruskan pemerintahan negeri Kelantan sejak 23 tahun lepas. Sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi 1 kerusi, manakala parti pembangkang utama negeri, Barisan Nasional, memenangi baki 12 kerusi.
Pilihan raya ini merupakan satu-satunya gabungan DAP-PAS-PKR dirujuk sebagai Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya negeri Kelantan (walaupun setiap parti bertanding menggunakan nama dan logo mereka sendiri), dan juga pilihan raya negeri Kelantan terakhir di mana ketiga-tiga parti tersebut bekerjasama sebagai sebuah gabungan; PR berpecah pada tahun 2015 disebabkan perselisihan faham antara DAP dan PAS.
Latar belakang
suntingNik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 April 2013, jam 11:55 malam (waktu Malaysia), setelah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan.[1]
Dewan Undangan Negeri dijadualkan untuk dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013, sebelum pengumuman oleh Nik Aziz.
Parti bertanding
suntingBarisan Nasional, yang diterajui oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), menyasarkan untuk memenangi 23 kerusi untuk merampas kembali pemerintahan negeri daripada PAS.[2] BN mengumumkan calonnya untuk semua 45 kerusi DUN pada 15 April 2013, diketuai oleh Mustapa Mohamed, Pengerusi BN dan UMNO negeri, yang akan bertanding di Ayer Lanas.[3][4] Calon BN termasuk 1 calon Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang akan bertanding di Kota Lama, kawasan dengan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan; dan 1 calon Parti Progresif Penduduk (PPP) yang akan bertanding di Guchil.[5]
PAS, bersama dengan PKR, mengumumkan calon untuk semua kerusi DUN pada 17 April 2013.[6] PAS, yang telah mentadbir negeri ini selama 23 tahun berturut-turut, dipimpin oleh Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, Pesuruhjaya PAS Kelantan, dan Menteri Besar sejak tahun 1990. Parti Tindakan Demokratik (DAP), satu lagi parti sekutu dalam blok PR, tidak menyertai pilihan raya negeri Kelantan kerana pandangan negatif yang dirasakan oleh pengundi Kelantan terhadap parti tersebut.[7]
Kempen
suntingBN melancarkan manifestonya untuk Kelantan yang bertajuk 'Rakyat Dihati, Janji Ditepati' pada 11 April 2013 oleh Pengerusi BN Kelantan, Mustapa Mohamed.[8]
Sementara itu, PAS melancarkan manifesto bertemakan 'Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan' pada 23 April 2013.[9]
Keputusan
suntingKejadian selepas
suntingAhmad Yakob, Ahli DUN untuk Pasir Pekan dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, menggantikan Nik Aziz Nik Mat yang tgelah menyandang jawatan itu sejak 1990.[10] Perlantikan Ahmad Yakob dipersetujui Majlis Syura PAS atas permintaan Nik Aziz, yang melepas kan jawatan itu atas faktor kesihatan;[11] Nik Aziz meninggal dunia dua tahun selepas itu pada 2015.
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ "Nik Aziz Umum Pembubaran DUN Kelantan - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 5 April 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ "BN Kelantan Sasar Menang 23 Kerusi DUN, Lapan Parlimen - Rencana | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 15 April 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ "Pemilihan Calon BN Kelantan Atas Dasar Kehendak Parti Dan Rakyat - Mustapa - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 16 April 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ "Mustapa Pertahan Kerusi Parlimen Jeli, Tanding DUN Air Lanas - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 16 April 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ Bernama (16 April 2013). "Senarai Calon BN Kelantan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13" (PDF). lib.perdana.org.my. Dicapai pada 10 January 2025.
- ^ "PRU-13: PAS Kelantan Umum 43 Calon Kerusi DUN, 14 Calon Parlimen, 16 Muka Baru - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 18 April 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ AR, Zurairi (26 April 2018). "Why it's unrealistic for DAP to contest in Kelantan". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ "Manifesto BN Kelantan Daulatkan Islam, Tidak Pinggir Kaum Minoriti - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 12 April 2013. Dicapai pada 9 January 2025.
- ^ "PAS Umum Sembilan Tawaran Untuk Rakyat Kelantan Dalam Manifesto PRU-13 - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 24 April 2013. Dicapai pada 9 January 2025.
- ^ "Ahmad Yakob ganti Nik Aziz". Borneo Post Online. 6 May 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
- ^ "Pemilihan Sebagai MB Kelantan Atas Permintaan Nik Aziz - Ahmad Yakob - Semasa | mStar". www.mstar.com.my. 7 May 2013. Dicapai pada 8 January 2025.
Bacaan lanjut
suntingMuhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (2016). Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama, UUM Press. ISBN 978-967-0876-42-9