Pleiades

Dalam astronomi, Pleiades (disebut [pléi.a.dés]) atau Bintang Tujuh (Jawi: بينتڠ توجوه, Objek Messier 45) ialah sebuah kelompok bintang terbuka di buruj Taurus. Ia merupakan kelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar, dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat dengan Bumi.

Pleiades
Bintang Tujuh
Pleiades large.jpg
Imej warna komposit Pleiades dari Digitized Sky Survey
Credit: NASA/ESA/AURA/Caltech
Data pemerhatian (Epok J2000)
BurujTaurus
Jarak hamal03j 47m 24s[1]
Keserongan+24° 07′ 00″[1]
Jarak444 tc secara purata (136.2±1.2 pc[2][3][4][5])
Magnitud ketara (V)1.6[6]
Dimensi ketara (V)110' (arkaminit)[6]
Ciri-ciri fizikal
Gelaran lainM45,[1] Bintang Tujuh, Seven Sisters,[1] Melotte 22[1]
Lihat juga: Kelompok terbuka, Senarai kelompok terbuka

Kelompok tersebut didominasi oleh bintang-bintang biru panas yang terbentuk kurang dari 100 juta tahun yang lalu. Debu yang membentuk nebula pemantul di sekitar bintang-bintang terang awalnya dikira sebagai sisa-sisa pembentuknya (dari sini nama alternatif Nebula Maia diturunkan dari bintang Maia), namun sekarang diketahui bahwa nebula tersebut hanyalah awan debu medium antara najam yang kebetulan sedang dilintasi oleh kelompok ini. Kajian astronomi dilakukan terhadap buruj ini menganggarkan kelompok ini akan bertahan hingga sekitar 250 juta tahun lagi, setelah itu kelompok tersebut akan tercerai-berai disebabkan interaksi graviti dengan objek-objek berhampirannya.

Nama-nama dipakaiSunting

Pleiades yang merupakan nama saintifik diterima antarabangsa datangnya daripada nama Bahasa Greek: Πλειάδες iaitu anak-anak Pleione; seorang nimfa dalam mitologi Yunani.

Selain nama "Bintang Tujuh" yang paling lazim[7] namun terdapat juga nama setempat Melayu lain diberikan seperti Bintang Ketika, Bintang Puyuh dan Bintang Suraya (serapan Bahasa Arab: الثريا).[7]

Orang Jawa pula memanggil kelompok ini dalam bahasa mereka sebagai Lintang Wuluh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦮꦸꦭꦸꦃ, "Bintang Buluh"), Lintang Puyuh(ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦥꦸꦪꦸꦃ, "Bintang Puyuh", sama di atas) dan Lintang Yuyu (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦪꦸꦪꦸ, "Bintang Ketam").[7]

Bintang-bintang utamaSunting

Nama Pengenalan Magnitud ketara Pengelasan najam Jarak (dalam t.c)[8]
Alcyone Eta (25) Tauri 2.86 B7IIIe 409±50
Atlas 27 Tauri 3.62 B8III 387±26
Electra 17 Tauri 3.70 B6IIIe 375±23
Maia 20 Tauri 3.86 B7III 344±25
Merope 23 Tauri 4.17 B6IVev 344±16
Taygeta 19 Tauri 4.29 B6V 364±16
Pleione 28 (BU) Tauri 5.09 (var.) B8IVpe 422±11
Celaeno 16 Tauri 5.44 B7IV 434±10
Sterope, Asterope 21 & 22 Tauri 5.64;6.41 B8Ve/B9V 431.1±7.5
HD 23753 5.44 B9Vn 420±10
18 Tauri 5.66 B8V 444.3±7.5

Penemuan modenSunting

Galileo Galilei merupakan ahli falak pertama mengamati gugusan ini melalui teleskop, beliau melakarkan pemerhatiannya dalam suatu buku diterbitkannya berjudul Sidereus Nuncius pada Mac 1610.

Kepercayaan mengikut budayaSunting

Gugusan ini dapat diperlihatkan dalam kedudukan Hemisfera Utara ketika musim sejuk sehingga sejauh pertengahan Hemisfera Selatan, hal ini ada dicerminkan dalam banyak budaya dalam rangkuman ini seluruh dunia.[9]

Mitologi YunaniSunting

Gugusan bintang ini dipercayai datang dari kisah di mana Pleione dan anak-beranaknya dalam pelayaran namun menyedari mereka diekori Orion. Zeus rasa kasihan akan mereka lalu menukar mereka menjadi bintang[10] - hal ini juga merupakan kefahaman daripada kedudukan gugusan ini yang beredar mendahului buruj lambang Orion.

Mitologi HinduSunting

Dalam astrologi Hindu (Jyotisha), gugus Kartika Templat:Sanskrit adalah salah-satu dari Nákṣatra iaitu penanda penanggalan dalam Kalender Hindu. Dalam mitologi Hindu, dikisahkan bahwa Dewa Kartikeya dibesarkan oleh enam saudari yang dikenal dengan sebutan Kartika, disebabkan itu nama Kartikeya diberikan, yang bererti "dia yang dari Kartika". Menurut Mahabharata, Kartikeya adalah anak dari Dewa Agni dan Dewi Swaha, setelah Swaha mewujudkan dirinya menjadi enam dari tujuh isteri dari para Saptaresi (buruj biduk besar) dan melakukan hubungan badan dengan Agni. Para Saptaresi yang mendengarkan kejadian ini menjadi meragukan kesucian isteri-isteri mereka, lalu menceraikan mereka. Enam janda bersaudari ini pun kemudian dikenal sebagai Kartika.

Mitologi JepunSunting

Orang Jepun mengenali gugusan ini dengan nama Subaru (, すばる) atau Mutsuraboshi ("enam bintang"); ia pertama kali dicatatkan dalam dokumen Kojiki bertarikh abad ke-6 Masihi.[11]

NusantaraSunting

Ia menjadi antara bintang diamati dalam adat persawahan di Kedah.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e "Cl Melotte 22". SIMBAD. Centre de données astronomiques de Strasbourg.
  2. ^ Van Leeuwen, F. (2009). "Parallaxes and proper motions for 20 open clusters as based on the new Hipparcos catalogue". Astronomy and Astrophysics. 497 (1): 209–242. arXiv:0902.1039. Bibcode:2009A&A...497..209V. doi:10.1051/0004-6361/200811382.
  3. ^ Majaess, Daniel J.; Turner, David G.; Lane, David J.; Krajci, Tom (2011). "Deep Infrared ZAMS Fits to Benchmark Open Clusters Hosting delta Scuti Stars". Journal of the American Association of Variable Star Observers (Jaavso). 39 (2): 219. arXiv:1102.1705. Bibcode:2011JAVSO..39..219M.
  4. ^ Percival, S. M.; Salaris, M.; Groenewegen, M. A. T. (2005). "The distance to the Pleiades. Main sequence fitting in the near infrared". Astronomy and Astrophysics. 429 (3): 887–894. arXiv:astro-ph/0409362. Bibcode:2005A&A...429..887P. doi:10.1051/0004-6361:20041694.
  5. ^ Zwahlen, N.; North, P.; Debernardi, Y.; Eyer, L.; dll. (2004). "A purely geometric distance to the binary star Atlas, a member of the Pleiades". Astronomy and Astrophysics Letters. 425 (3): L45. arXiv:astro-ph/0408430. Bibcode:2004A&A...425L..45Z. doi:10.1051/0004-6361:200400062.
  6. ^ a b Messier 45
  7. ^ a b c Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2). doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
  8. ^ Templat:Cite DR2
  9. ^ D'Huy, Julien; Berezkin, Yuri. How Did the First Humans Perceive the Starry Night? On the Pleiades. The Retrospective Methods Network Newsletter 2017. m/s. 100-122.
  10. ^ The Pleiades in mythology, Pleiade Associates, Bristol, United Kingdom, accessed June 7, 2012
  11. ^ Andrews, Munya (2004). The Seven Sisters of the Pleiades: Stories from Around the World. North Melbourne, Victoria, Australia: Spinifex Press. m/s. 293. ISBN 978-1-876756-45-1.

Koordinat:   03h 47m 24s, +24° 07′ 00″