Sintang mulut besar (burung)

(Dilencongkan daripada Podager)

Sintang mulut besar (Chordeiles nacunda) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Argentina, Bolivia, Brazil, Cile, Kolombia, Ekuador, Guiana Perancis, Guyana, Paraguay, Peru, Suriname, Trinidad dan Tobago, Uruguay, dan Venezuela. Habitat semulajadinya ialah savana kering, subtropika atau tropika basah bermusim atau padang rumput tanah pamah yang dibanjiri, dan bekas hutan yang telah rosak teruk.[1]

Sintang mulut besar
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Chordeiles
Spesies:
C. nacunda
Nama binomial
Chordeiles nacunda
(Vieillot, 1817)
Sinonim
  • Podager nacunda[1]

Taksonomi

sunting

Spesies tersebut dahulunya diletakkan dalam genus ekajenis Podager, tetapi telah dilangkelaskan ke dalam genus Chordeiles pada tahun 2011.[2] Bekas nama genusnya podager berasal daripada bahasa Rumi yang bermaksud "seorang lelaki yang menghidap pirai" dan mencerminkan cara berjalan yang janggal sintang tersebut. Nama spesiesnya nacunda berasal daripada perkataan bahasa Guarani untuk "mulut besar".[3]

Pemerihalan

sunting
 
Sintang mulut besar dalam penerbangan

Sintang mulut besar bukan sahaja spesies sintang dan spesies tukang di neotropika yang terbesar, ia juga salah satu spesies tukang terbesar di dunia. Panjangnya 27.5 hingga 32 cm (10.8 hingga 12.6 in), agak kurang daripada taptibau besar, yang biasanya dianggap sebagai spesies terbesar dalam keluarga tukang, tetapi sintang mulut besar sebenarnya mungkin lebih berat secara purata.[4] Enam spesimen sintang mulut besar didapati berpurata 159 g (5.6 oz) dalam jisim badan, dengan julat 130 hingga 188 g (4.6 hingga 6.6 oz).[5] Saiz dan kepalanya yang besar serta badannya yang pucat dengan warna hitam yang sangat kontras menjadikan burung sintang mulut besar mudah dikenalpasti.[6]

Spesies ini patut diberi perhatian kerana tabiat separa siangannya. Walaupun ia peramu udara yang berkebolehan, sintang mulut besar menghabiskan banyak masanya di atas tanah; ia mempunyai tarsus yang sangat panjang dalam kalangan tukang, dan ia lebih berkemungkinan dilihat berdiri di atas tanah dan bukannya berduduk seperti spesies lain.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c BirdLife International (2016). "Chordeiles nacunda". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22689723A93245296. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689723A93245296.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ "Frogmouths, Oilbird, potoos & nightjars – IOC World Bird List". www.worldbirdnames.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2017.
  3. ^ Sclater, Philip (1889). Argentine Ornithology: A Descriptive Catalogue of the Birds of the Argentine Republic. R. H. Porter. m/s. 12.
  4. ^ Del Hoyo, J.; Elliot, A.; Sargatal, J. (1992). Handbook of the Birds of the World. Barcelona: Lynx Editions.
  5. ^ Dunning Jr., John B., penyunting (2008). CRC Handbook of Avian Body Masses (ed. 2nd). CRC Press. ISBN 978-1-4200-6444-5.
  6. ^ a b "Neotropical Birds". Cornell Labs. Dicapai pada 21 Julai 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "cornell" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza