Poitou-Charentes

Kawasan di Perancis

Poitou-Charentes ialah sebuah daerah pentadbiran di barat tengah Perancis yang terdiri daripada empat buah departmen, iaitu Charente, Charente-Maritime, Deux-Sèvres, dan Vienne. Ibu kotanya Poitiers.

Région Poitou-Charentes
Flag of Poitou-Charentes
Logo Poitou-Charentes
(Bendera Daerah) (Logo Daerah)
Lokasi
Peta Perancis yang menonjolkan daerah Poitou-Charentes
Pentadbiran
Ibu kota Poitiers
Presiden Daerah Jean-François Macaire
(PS) (sejak 2014)
Departmen Charente
Charente-Maritime
Deux-Sèvres
Vienne
Arrondissement 14
Kanton 157
Komun 1,464
Statistik
Keluasan1 25,810 km²
Jumlah penduduk (Ditempatkan Ke-15)
 - Anggaran 1 Januari, 2006 1,713,000
 - Banci 8 Mac, 1999 1,640,068
 - Kepadatan (2006) 66/km²
1

Data Daftar Tanah Perancis yang mengecualikan tasik, kolam, dan glasier yang melebihi 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar), serta juga muara-muara sungai.

France


Politik sunting

Majilis Daerah Poitou-Charentes terdiri daripada 56 orang ahli. Daerah ini juga merupakan tempat asal kepada calon presiden Perancis yang dikalahkan dalam pilihan raya umum pada tahun 2007.

Demografi sunting

Penduduk-penduduk Poitou-Charentes dikenali sebagai Picto-Charentais dalam bahasa Perancis. Pada tahun 2003, daerah ini mendapat tempat ke-15 antara 26 buah daerah dari segi jumlah penduduk, manakala keluasannya mendapat tempat ke-12.

Bahasa Poitevin-Saintongeais yang merupakan sebuah bahasa daerah dituturkan oleh sebilangan kecil penduduk di daerah ini.

Poitou dianggap sebagai tempat asal untuk kebanyakan penduduk Acadia dan Cajun di Amerika Utara (kini masing-masing tinggal terutamanya di New Brunswick dan Louisiana). [1] Leluhur-leluhur mereka berhijrah dari daerah ini pada abad ke-17 dan ke-18.

Pada mula-mulanya, pendatang-pendatang Perancis dari Poitous menetap di bahagian Kanada Timur dan mengasaskan sebuah ekonomi pertanian dan perikanan. Kawasan "Dunia Baru" ini digelar Acadia oleh orang Perancis sempena nama Arcadia, bahagian yang mempesona di semenanjung Peloponnesus di Greece. Ia dinamai semula sebagai Nova Scotia (Scotland Baru) selepas penyingkiran kebanyakan orang Acadia oleh orang Inggeris pada tahun 1755.

Poitou ialah sebuah daerah bersejarah di tengah barat Perancis. Poitiers, bekas ibu kota daerah ini, merupakan bandar rayanya yang terutama, walaupun kota pelabuhan La Rochelle dapat bersaing dengannya dari segi ekonomi. Pertanian dan penternakan adalah penting untuk ekonomi Poitou-Charentes, dengan gandum serta jagung ditanam, dan lembu diternakkan. Industri-industri daerah ini mengeluarkan jentera, bahan kimia, dan keluaran tenusu.

Kaum Pictavi, penduduk-penduduk pertama yang diketahui di daerah ini merupakan sebuah puak Gaul yang ditaklukkan pada tahun 56 SM oleh tentera Rom yang menggabungkan kawasan ini ke dalam Gaul sebagai sebahagian provinsi Aquitania. Tentera Visigoth merampas daerah ini pada tahun 418, tetapi daerah ini kemudian ditawan oleh tentera Frank pada tahun 507. Pada tahun 732 atau 733, Charles Martel menghentikan serangan Muslim ke atas Eropah Barat melalui kemenangannya dalam Pertempuran Poitiers. Antara abad ke-10 hingga pertengahan abad ke-12, para count Poitou juga merupakan duke-duke Aquitaine, dan kota Poitiers bertambah penting. Poitou dikuasai oleh pihak Inggeris pada tahun 1152 melalui perkahwinan Eleanor dari Aquitaine dengan Henry II (kemudian raja England). Daerah ini kemudian digabungkan ke dalam negara Perancis pada tahun 1416 dan merupakan salah satu provinsi Perancis sehingga Revolusi Perancis (1789-95 apabila ia dibahagikan kepada tiga buah departmen, iaitu Vienne, Deux-Sevres, dan Vendee.

Komuniti utama sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

  1. ^ source: Dr. Carl Brasseaux, pengarah Pusat Pengajian Louisiana di Universiti Louisiana, Lafayette, Los Angeles.