Pusat (Jawi: ڤوست), pusar perut atau pusar (Jawi: ڤوسر, istilah perubatan: umbilikus) adalah kawasan berongga atau menonjol yang melekuk pada perut[1] bahagian abdomen badan di mana pernah terletaknya sambungan tali pusat[2] kepada uri ketika hidupan empunya berada dalam kandungan lagi. Anggota ini ada pada semua mamalia yang berplasenta.

Pusat pada perut manusia

Pemerhatian kedudukan pusat yang diamati berada terletak di tengah badan antara hujung kepala dan hujung kaki turut membawa kepada pelanjutan ungkapan "pusat" untuk titik tumpuan segala apa yang diketengahkan termasuk dalam konteks geografi dan infrastruktur.[3][1] Perkaitan ini diperhatikan lazim dalam bahasa-bahasa serumpun Austronesia.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "pusat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "navel". Merriam-Webster Dictionary.
  3. ^ Seong Chee Tham (1977). Language and Cognition: An Analysis of the Thought and Culture of the Malays. Chopmen Enterprises. m/s. 33-34. ISBN 9789971680008.
  4. ^ Blust, Robert (2013). "5: The lexicon". The Austronesian languages (ed. dikemaskini). Canberra, Australia: Universiti Nasional Australia. m/s. 321–322, 324–325. ISBN 9780858836020. The word for ‘navel’ is a metaphor for ‘center’ in widely separated languages, as in Malay pusat ‘navel; center’...