Qamar Bani Hashim
Qamar Bani Hashim (Arab: قمر بني هاشم , tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Muhammad: The Final Legacy ) ialah sebuah siri drama sejarah Lubnan tahun 2008[1] arahan Mohammad Sheikh Najib. Siri ini menggambarkan riwayat hidup Nabi Muhammad secara kamil penuh merangkumi kerabat dan kabilah baginda menepati tradisi Islam namun tidak menampakkan wajah baginda.
Qamar Bani Hashim | |
---|---|
Genre | Sejarah, biografi, drama |
Dibangunkan oleh | Dr. Mahmoud Abd-al Karim |
Pengarah | Mohammad Sheikh Najib |
Pengarah kreatif | Najdat Anzour |
Dibintangi oleh | Assad Fidda, Rashid Assaf, Mahmoud Saeed, Ammar Shalah, Akef najm, Abdel Karim al Qawasemi |
Negara asal | Lubnan |
Bahasa | bahasa Arab |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Lokasi | Lubnan, Syria, Jordan |
Tempoh siaran | 43 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | Lebanese Broadcasting Corporation |
Siaran asal | 1 Ramadan, 2008 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | kehidupan Muhammad |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Barisan pelakon sunting
- Rashid Assaf sebagai Hamzah bin Abdul Muttalib
- Bassem Yakhour sebagai Abdul Muttalib
- Asaad Fedda sebagai Umayyah bin Khalaf
- Najah Safkouney sebagai Abu Sufyan bin Harb
- Taisir Idris sebagai Abu Jahal bin Hisham
- Zoheir Ramadan sebagai Abu Lahab bin Abdul Muttalib
- Mahmoud Nasr sebagai Zayd bin Harithah
- Ali Karim sebagai Utbah bin Rabi'ah
- Yasir Abdullatif sebagai Bilal bin Rabah
Siaran sunting
Pada tahun 2010, ia telah disiarkan di Kanal 7 di Turki berjudul Hz. Muhammed'in Hayatı disuarakan dalam bahasa Turki[2] dan pada bulan Ramadan 2011, ia telah disiarkan di Geo tv di Pakistan entitling Muhammad(S.A.W.) Sayyed-e-Qaunain dengan bersuarakan bahasa Urdu.[3]
Ia turut mendapat tayangan di Malaysia bukan sahaja melalui Astro Oasis semasa bulan Ramadan, tetapi juga dalam bentuk DVD bersarikata bahasa Melayu.
Siri ini yang kini ditayangkan di Islam Channel[4][5] secara mingguan.
Rujukan sunting
- ^ a b By H.A.R. "Ramadan". Waleg.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 20 Jun 2014.
- ^ http://m.haber7.com/haberDetay.php?id=504291
- ^ "Muhammad (S.A.W) Sayyed-e-Qaunain". Geo Vision. 20 Ogos 2011. Dicapai pada 20 Jun 2014.
- ^ "Muhammad (saw) The Final Legacy". The Revival. Dicapai pada 20 Jun 2014.
- ^ ":: Islam Channel ::: The Final Legacy::". Islamchannel.tv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 20 Jun 2014.