Ranma ½ (Jepun: らんま½, Hepburn: Ranma nibun-no-ichi, "Ranma setengah") ialah sebuah siri manga dan anime karya Rumiko Takahashi, yang menceritakan seorang lelaki berusia 16 tahun bernama Ranma Saotome yang berlatih seni mempertahankan diri sejak kecil. Akibat terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan sambil berlatih, dia disumpah menjadi seorang gadis apabila terkena air sejuk, tetapi dia boleh berubah kembali manjadi lelaki apabila mengena air panas.

Ranma ½
Ranma ½
GenreAksi, Seni bela diri, Harem, Komedi
Manga
Ranma ½
PengarangRumiko Takahashi
PenerbitJepun Shogakukan
Penerbit LainCanadaUnited States VIZ Media
Germany Egmont
Itali Star Comics
Mexico Editorial Toukan
Spain Glénat
Sweden Egmont Kärnan AB
Finland Egmont Kustannus
Argentina Ivrea
Poland Egmont
Rusia Sakura Press
Malaysia Tora Aman
Anime
Ranma ½ (TV)/Ranma ½ Nettōhen
PengarahTomomitsu Mochizuki (musim pertama)
Tsutomu Shibayama (musim pertama)
Koji Sawai (musim ke-2 - ke-5)
Junji Nishimura (musim ke-6 - ke-7)
StudioKitty Films, Studio Deen
Penyiaran AsalJepun Fuji Television, Animax
Penyiaran LainSingapura India Thailand Malaysia Indonesia Filipina Hong Kong Animax
Jerman RTL II (only 80 episodes)
Filipina GMA Network, AXN-Asia, RPN-9
Brazil Cartoon Network, PlayTV
Mexico Canal 5
Republik DominikaTelesistema Dominicano
Catalonia TVC
Malaysia 8TV
Indonesia RCTI, TV7, Spacetoon
Dikeluarkan pada15 April 198925 September 1992
Video animasi original
Ranma ½ OVA
PengarahJunji Nishimura
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon
Filem anime
Ranma ½: Big Trouble in Nekonron, China
PengarahShuji Inai
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada25px|Japan 1991-11-02
25px|United States April 1994 (theatrical), 1998-06-09 (DVD)
25px|Germany 2003-04-20 (DVD)
25px|United Kingdom 2005-07-11 (DVD)
Jangka masa tayangan81 minit
Filem anime
Ranma ½: Nihao My Concubine
PengarahAkira Suzuki
StudioFuji Television, Kitty Films, Shogakukan Productions, Pony Canyon (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada25px|Japan 1992-08-01
25px|United States November 1994 (theatrical), 1998-10-16 (DVD)
25px|United Kingdom 2005-12-05 (DVD)
Jangka masa tayangan59 minit
Filem anime
Ranma ½: Team Ranma vs. the Legendary Phoenix
PengarahJunji Nishimura
StudioFuji Television, Kitty Films (Japan)
CBS Theatrical Films, Viz Films (USA)
Dikeluarkan pada25px|Japan 1994-08-20
25px|United States 2003-01-28 (DVD)
Jangka masa tayangan31 minit
Portal Anime dan Manga

Di Jepun, manga ini disirikan dalam Shōnen Sunday terbitan Shogakukan dari tahun 1987–1996. Takahashi pernah berkata dalam beberapa temubual bahawa beliau hendak mereka satu cerita yang bakal laris di kalangan kanak-kanak. Pembaca utama Ranma ialah kanak-kanak lelaki dari usia sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah.

Ranma ½ amat popular di kalangan peminat anime Barat pada 1990-an dan mempopularkan kebanyakan jenaka visual anime ini. Lambang plot 'Jusenkyo' ("mata air sumpahan") pernah juga ditampilkan dalam permainan peranan yang diubahsuai bertemakan anime sebagai lambang plot tukar jantina segera. Sifat logistik anatomi bagi keadaan disumpah sengaja dilitup oleh Takahashi bagi mengelakkan kerumitan atau pengurangan kesan jenakanya.

Pada bulan November 2006, New York Comic Con mengumumkan bahawa Anugerah Anime Amerika bakal diadakan buat julung kalinya. Peminat anime berpeluang untuk mengundi kegemaran mereka melalui Internet sepanjang bulan Januari 2007. Hanya lima calon yang meraih undian terbanyak diumumkan pada 5 Februari untuk setiap kategori. Antara 12 kategori ini, Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Anime Komedi Terbaik", manakala siri OVA Ranma ½ dimasukkan dalam kategori "Siri Pendek Terbaik".[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "New York Comic Con AAA Finalists". American Anime Awards. retrieved May 19, 2007. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting