Rawang pasang surut

Rawang pasang surut (juga dikenali sebagai sejenis "tanah lembap pasang surut" dan rawa pasang surut) ialah rawang yang dapat ditemui di sepanjang sungai, pantai dan muara sungai dan longkang yang terpengaruh dengan pergerakan pasang surut air kerana berdekatan dengan muara, laut atau lautan yang bersebelahannya.[1] Air yang terkandung di rawang sentiasa berganti dan menyebabkan air tidak terlalu masin, sehingga beberapa fauna dan flora boleh berapdatasi di sini.[2] Rawang pasang surut terbentuk di kawasan yang terlindung daripada ombak (seperti di tepian teluk), di atas cerun pasang surut, dan di mana air tawar atau masin berada. Mereka juga terjejas oleh gangguan sementara seperti taufan, banjir, ribut dan kebakaran di tanah tinggi.[3]

Rawang pasang surut masin di England.

Keadaan rawang pasang surut boleh bergantung kepada kedua-dua proses iaitu proses semula jadi dan antropogenik.[4] Dalam tempoh kebelakangan ini, amalan manusia sama ada berskala kecil dan besar, telah menyebabkan perubahan dalam ekosistem yang telah memberi impak atau kesan yang ketara kepada pemeliharaan ekosistem rawang pasang surut.[4] Beberapa perubahan skala yang lebih kecil termasuk hakisan menghulu dan pembangunan di persisiran pantai. Perubahan yang besar termasuk pencemaran dan kenaikan aras laut (daripada perubahan iklim). Perubahan ini semuanya memberi tekanan kepada rawang pasang surut.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1] U.S. Environmental Protection Agency: Tidal marshes
  2. ^ "rawang pasang surut". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ "How are Wetlands Formed? - Wetlands (U.S. National Park Service)". www.nps.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-09.
  4. ^ a b Wasson, Kerstin; Ganju, Neil K.; Defne, Zafer; Endris, Charlie; Elsey-Quirk, Tracy; Thorne, Karen M.; Freeman, Chase M.; Guntenspergen, Glenn; Nowacki, Daniel J.; Raposa, Kenneth B. (December 2019). "Understanding tidal marsh trajectories: evaluation of multiple indicators of marsh persistence". Environmental Research Letters (dalam bahasa Inggeris). 14 (12): 124073. doi:10.1088/1748-9326/ab5a94. ISSN 1748-9326.
  5. ^ Schile, Lisa M.; Callaway, John C.; Morris, James T.; Stralberg, Diana; Parker, V. Thomas; Kelly, Maggi (2014-02-13). "Modeling Tidal Marsh Distribution with Sea-Level Rise: Evaluating the Role of Vegetation, Sediment, and Upland Habitat in Marsh Resiliency". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 9 (2): e88760. doi:10.1371/journal.pone.0088760. ISSN 1932-6203. PMC 3923833. PMID 24551156.