Rehab Nazzal (Arab: رحاب نزال) ialah seorang seniman berbilang disiplin Palestin yang berpangkalan di Toronto, Ontario, Kanada.[1]

Rehab Nazzal
رحاب نزال
Kelahiran
Palestin
Pendidikan
Terkenal keranaArtis video, jurugambar, artis bunyi

Pendidikan sunting

Nazzal meiliki doktor falsafah dalam kesenian dan budaya visual dari Universiti Ontario Barat, serta ijazah Universiti Ryerson di Toronto, BFA dari Universiti Ottawa, dan BA dalam ekonomi di Universiti Damsyik, Syria.[2][3]

Kerjaya seni sunting

Nazzal menggunakan bunyian, video dan gambar dalam kerjanya untuk menggambarkan teknologi peperangan kontemporari serta kesannya terhadap orang awam dan persekitaran.[4] Lazimnya, karyanya membayangkan persekitaran yang mewakili keadaan teruk di Palestin, dengan karya-karyanya banyak berpusatkan Gaza, Penjara Negev Prison dan kampung Bil'in.[4][5]

Pada 2010, Divide, satu pameran solo gambar Nazzal, dipamerikan di Gallery 101 di Ottawa. Pada 2012, karya Nazzal dipamerkan dalam A Refusal of Images, sebuah pertunjukan kumpulan di galeri A Space di Toronto yang diarahkan oleh Vicky Moufawad-Paul.

Pameran Nazzal pada 2014, Invisible ("Halimunan") di Galeri Seni Karsh-Masson di dewan bandar Ottawa ditentang secara terbuka oleh duta besar Israel, Rafael Barak. Pameran itu merangkumi gambar-gambar banduan Palestin dalam tahanan Israel, di samping karya-karya berkaitan Tebing Barat dan Gaza.[6] Invisible memiliki empat video dan 1,700 keping gambar. Satu video, Bil'in, adalah berkenaan pengalaman Nazzal di kampung Bil'in, di mana warga Palestin dan ahli-ahli gerakan solidariti antarabangsa diserang oleh tentera Israel ketika protes mingguan menentang perampasan tanah. Nazzal mengekalkan bunyinya, dan mereka semula gambar untuk "membayangkan perasaan tercekik dan dibutakan gas pemedih mata."[7] Satu lagi video, Target ("Sasaran") pula terdiri daripada lebih 127 gambar orang Palestin yang dibunuh di seluruh dunia atau di dalam Palestin. Nazzal menyunting gambar-gambar tersebut sebagai gambaran terhadap nyawa individu terlibat yang dipotong pendek.[7]

Pada 2014, karya Nazzal dipamerkan di Galeri Seni Mississauga. Pameran yang bernama Visible itu merupakan pemasangan menggunakan imej dijumpai serta karya bunyian dan video yang mendedahkan penonton dengan kemusnahan oleh keganasan di Gaza.[8][9]

Nazzal turut membentangkan karyanya di peringkat antarabangsa seperti di International Yellowknife Film Festival, Montreal Palestine Film festival, SAW video for the Media Arts, International Mini Print Festival, Gallery 101, and Ottawa X-photography Festival.

Kehidupan peribadi sunting

Nazzal ialah kakak kepada Khaled Nezzar yang dibunuh oleh pihak Israel pada 1986.[9] Pada Disember 2015, Nazzal terkena tempakan di kaki ketika di Israel untuk mengambil gambar-gambar aktiviti tentera Israel.[10][11][12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Artist Vtape". www.vtape.org. Dicapai pada 2016-01-20.
  2. ^ "Artist | Vtape". www.vtape.org. Dicapai pada 2018-03-24.
  3. ^ Rehab Nazzal (17 May 2018). "Representation of Settler Colonial Violence in Palestine, A Thesis in support of the multi-media exhibition Choreographies of Resistance". Western University. The University of Western Ontario. Dicapai pada 2019-04-24.
  4. ^ a b "Rehab Nazzal: Visible – Faculty of Communication & Design – Ryerson University". www.ryerson.ca. Dicapai pada 2016-01-20.
  5. ^ "Ottawa Dispute Stresses Role of Art in Public Realm – Canadian Art". Canadian Art. Dicapai pada 2016-01-20.
  6. ^ "Palestinian artist Rehab Nazzal talks to crowd about controversial exhibit, artistic freedom". Ottawa Citizen. Dicapai pada 2016-01-20.
  7. ^ a b Miriam Katawazi (8 July 2014). "Reflections on Invisible: An Interview with Rehab Nazzal". rabble.ca. Dicapai pada 17 December 2018.
  8. ^ "Past Exhibitions: Rehab Nazzal Visible November 6 2014 – January 1 2015". Art Gallery of Mississauga. Dicapai pada 17 December 2018.
  9. ^ a b Petrou, Michael (23 May 2014). "Rehab Nazzal's politically-charged art exhibition at Ottawa City Hall". Macleans.ca. Dicapai pada 16 June 2023.
  10. ^ "Israeli Forces Allegedly Shoot Artist – artnet News". artnet News (dalam bahasa Inggeris). 2015-12-18. Dicapai pada 2016-01-21.
  11. ^ "Artist Rehab Nazzal Shot in West Bank – Canadian Art". Canadian Art (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 January 2016.
  12. ^ "Artist who caused protests in Ottawa shot in Bethlehem". Ottawa Citizen (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 January 2016.