Rintihan Nek Mis
Rintihan Nek Mis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Amie Maziah, dibintangi oleh Normah Damanhuri, Faye Kusairi, Hanna Aqeela, Duerra Mitilda, Idzham Ismail dan Ryzal Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 23 Ogos 2016 hingga 23 September 2016 menggantikan Bagaikan Kelip-Kelip.[1]
Rintihan Nek Mis | |
---|---|
Genre | Drama, keluarga |
Ditulis oleh | Mohd Azmy Mohd Ariff |
Pengarah | Amie Maziah Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Erti Kasih" oleh Izwan Pilus |
Lagu penutup | "Sampai di Akhir Cerita" oleh Min Yasmin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hemanathan Paul |
Penerbit | Zulkiflee Mohd Said |
Penyunting | Haniffa Jhonasrol Syazwan Roslan Izwan Ansor Zulkifli Hamzah |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 40–41 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 23 Ogos 2016 – 23 September 2016 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]
Sinopsis
suntingMengisahkan hubungan seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya.
Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda. Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.
Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?
Pelakon
sunting- Normah Damanhuri sebagai Nek Mis
- Duerra Mitilda sebagai Karmila
- Hanna Aqeela sebagai Rashida Ismail (Shida)
- Ryzal Jaafar sebagai Helmi
- Idzham Ismail sebagai Haikal
- Faiez Affandi sebagai Fizz
- Faye Kusairi sebagai Rusila
- Sharifah Shahora sebagai Rohaya
- Rahim Jailani sebagai Ismail
- Fatin Nadiah sebagai Anissa Asri
- Abby Nur sebagai Ram
Runut bunyi
sunting- "Erti Kasih" - Izwan Pilus
- "Sampai di Akhir Cerita" - Min Yasmin
Rujukan
sunting- ^ Drama Rinitihan Nek Mis (TV9) My Infotaip (23 Ogos 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
- ^ Rintihan Nek Mis (2016): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 11 Oktober 2018.