Izwan Pilus

Penyanyi lelaki Malaysia

Khairil Izwan Pilus (24 November 1979 – 20 Januari 2012)[3] merupakan seorang penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia.[4] Beliau terkenal dengan lagu-lagu popularnya seperti "Indah Lelapku", "Erti Kasih" dan lagu daripada drama siri Korea Full House, "Kembali Senyum" ciptaan sepenuhnya dari komposer LY. Pada tahun 2006, beliau melancarkan album pertamanya, Erti Kasih.

Izwan Pilus
Kelahiran
Khairil Izwan bin Pilus

(1979-11-24)24 November 1979
Meninggal dunia20 Januari 2012(2012-01-20) (umur 32)
Sebab kematianMenghidap jangkitan virus kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (sepsis)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Palembang Gubah, Melaka
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pelancongan
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanPenyanyi, pengacara
Tahun aktif2004–2012
SaudaraAril Pilus (adik)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Metro Muzik
Pengkarya berkait
Eve[2]

Kerjaya sunting

Izwan pada awalnya pernah menyertai rancangan realiti anjuran RTM, Bintang RTM pada 2004 secara permulaan sebelum nama beliau dikenali di layar perak. Beliau juga telah mencungkil bakat nyanyian bersama beberapa selebriti utama pada waktu itu merupakan peserta yang menyertai rancangan RTM pada tahun 2004. Antara beberapa artis yang dijadikan peserta selain Izwan ialah penyanyi seperti Farawahida, Siti Sarah Raisuddin, Ernie Zakri, Misha Omar serta Sharifah Zarina dan Ani Maiyuni selaku peserta yang terawal sebelum dijadikan finalis bagi rancangan itu. Pada masa yang sama, beliau juga pernah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bersama finalis Bintang RTM yang lain namun beliau tidak berjaya kerana telah tersingkir dalam separuh akhir.

Selain sebagai penyanyi, Izwan juga berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi pengacara bersama Abby Nadzri (adik Ahmad Idham) dalam Suara Emas Bintang RTM anjuran RTM pada tahun 2008. Beliau juga pernah bergandingan bersama artis lain serta pengacara iaitu Alisya dan Muadz iaitu Bintang RTM pada 2009.

Kematian sunting

Pada 20 Januari 2012, Izwan meninggal dunia pada jam 6.15 petang di Hospital Ampang, Ampang, Selangor akibat jangkitan bakteria kencing tikus serta jangkitan kuman di dalam darah.[5] Pemergian beliau itu telah disahkan oleh adiknya yang ketika itu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7, Aril Pilus menerusi laman Twitternya.[6]

Izwan telah dimasukkan ke hospital itu pada 12:30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas malah mata dan kulitnya telah menjadi kuning serta keadaannya pada masa itu semakin kritikal menjelang petang. Pada awal Disember 2011, Izwan juga pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi akibat mengalami demam panas yang berpanjangan tetapi Izwan kembali pulih selepas menjalani rawatan. Izwan bagaimanapun dibenarkan keluar sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.

Jenazah Allahyarham Izwan telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Jasin, sekitar jam 11 pagi dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Melaka.[7][8] Kematian beliau turut dirasai malah dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti penyanyi Bob Yusof, Farawahida, Ani Maiyuni serta sahabat-sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus yang merupakan kehilangan besar buat industri seni hiburan tempatan. Meskipun kehilangan beliau telah menggemparkan industri hiburan, namun lagu-lagu beliau sentiasa diingati serta terpahat dalam ingatan malah menjadi pengubat rindu buat insan seni.

Diskografi sunting

Filemografi sunting

  • Suara Emas Bintang RTM (2008)
  • Bintang RTM 2009 (2009)
  • Racik-Racik Herba (2011)

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Izwan Pilus". Sensasi Selebriti. 9 Mei 2007. Dicapai pada 22 Disember 2010.
  2. ^ Siti Azira Abd Aziz (16 Disember 2010). "Ditolak Maiya, Izwan Pilus pilih kumpulan Eve". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2010.
  3. ^ "Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia". mStar Online. 20 Januari 2020. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  4. ^ "Izwan Pilus meninggal dunia". Utusan Malaysia. 21 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-15. Dicapai pada 23 Januari 2012.
  5. ^ "Singer Izwan Pilus dies of blood infection" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 20 Januari 2012. Dicapai pada 22 Januari 2012.
  6. ^ Siti Nurshahidah Abu Bakar (20 Januari 2012). "Izwan Pilus meninggal dunia". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 22 Januari 2012.
  7. ^ "Jenazah Izwan Pilus selamat dikebumi". Sinar Harian. 21 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 23 Januari 2012.
  8. ^ "Singer Izwan Pilus buried in Jasin" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 21 Januari 2012. Dicapai pada 23 Januari 2012.

Pautan luar sunting