Rudy Giuliani
Rudolph William Louis "Rudy" Giuliani ([ˈruːdi ˌdʒuːliˈɑːni, sebutan terdekat ru.di ju.li.a.ni];[1] lahr 28 Mei 1944) ialah seorang peguam, usahawan dan ahli politik berbangsa Amerika Syarikat yang berasal dari New York. Beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York pada tahun 1994 hingga 2001.
Rudolph Giuliani | |
---|---|
Datuk Bandar New York ke-107 | |
Dalam jawatan 1 Januari 1994 – 31 Disember 2001 | |
Didahului oleh | David N. Dinkins |
Digantikan oleh | Michael R. Bloomberg |
Peguam AS ke-46 untuk Daerah Selatan New York | |
Dalam jawatan 1983–1989 | |
Didahului oleh | John S. Martin, Jr. |
Digantikan oleh | Benito Romano (Pemangku) |
Peguam Negara Bersekutu Amerika Syarikat ke-3 | |
Dalam jawatan 1981–1983 | |
Didahului oleh | John H. Sheffield |
Digantikan oleh | Delwen Lowell Jensen |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rudolph William Louis Giuliani 28 Mei 1944 Brooklyn, New York |
Parti politik | Parti Republikan |
Pasangan | Regina Peruggi (kahwin 1968, cerai 1982, batal 1983) Donna Hanover (kahwin 1984, cerai 2002) Judith Giuliani (kahwin 2003) |
Anak-anak | Andrew (lahir 1986), Caroline (lahir 1989) |
Alma mater | Kolej Manhattan (B.A.) Maktab Perundangan Universiti New York (J.D.) |
Profesion | Peguam Ahli politik Ahli perniagaan |
Tandatangan |
Seorang ahli Demokrat dan bebas pada 1970-an, dan seorang ahli Republikan sejak 1980-an, Giuliani berkhidmat dalam Pejabat Peguam Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York, kemudian Peguam Negara. Beliau menjadi pendakwa dalam sebilangan kes terkemuka, termasuk kongsi gelap dan ahli kewangan Wall Street.
Giuliani berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York selama dua penggal. Beliau dikenang selama tempoh kerana melaksanakan inisiatif peningkatan taraf hidup warga kota dengan pengurangan kadar jenayah. Beliau bertanding untuk Senat Amerika Syarikat pada tahun 2000 tetapi menarik diri kerana didapati menghidap kanser prostat serta pendedahan tentang kehidupan peribadinya. Giuliani meraih perhatian dunia kerana kepimpinannya semasa dan selepas serangan pengganas ke atas World Trade Center pada 11 September 2001. Atas jasa itu, beliau dikurniakan pangkat kesatria kehormat oleh Ratu Elizabeth II pada 2002.
Setelah tamat khidmatnya sebagai, Giuliani mengasaskan Giuliani Partners, sebuah perniagaan rundingan keselamatan; membeli Giuliani Capital Advisors (kemudian dijual), sebuah firma perbankan pelaburan; dan menyertai firma guaman Bracewell & Giuliani. Giuliani bertanding untuk menjadi calon Parti Republika pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008. Sungguhpun menerajui tinjauan negara sepanjang tahun 2007, namun pencalonannya goyah pada akhir tahun; prestasi beliau kurang memberangsangkan dalam kokus dan primari pada Januari 2008 dan menarik diri daripada bertanding.
Beliau menyertai pasukan hakim mewakili Donald Trump pada 2018. Pada November 2020, beliau diamanahkan Trump untuk melaksanakan kes mencabar keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 yang memenangkan Joe Biden.[2]
Rujukan
sunting- ^ Seeinogolo: pronunciation of Rudy Giuliani.
- ^ "Trump puts personal lawyer Rudy Giuliani in charge of all election lawsuits" (dalam bahasa Inggeris). The Independent. 14 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Rudy Giuliani |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rudy Giuliani |
Jawatan undang-undang | ||
---|---|---|
Didahului oleh John H. Shenefield |
Peguam Negara Bersekutu Amerika Syarikat 1981–1983 |
Diikuti oleh: D. Lowell Jensen |
Didahului oleh John S. Martin, Jr. |
Peguam AS ke-46 untuk Daerah Selatan New York 1983-1989 |
Diikuti oleh: Benito Romano Acting |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh David N. Dinkins |
Datuk Bandar New York 1994–2001 |
Diikuti oleh: Michael R. Bloomberg |