Ryo Miyaichi (lahir 14 Disember 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Jepun yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Eredivisie, FC Twente secara pinjaman dari Arsenal. Beliau telah dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Feyenoord, Bolton Wanderers dan Wigan Athletic. Ryo telah membuat 2 penampilan untuk Pasukan kebangsaan Jepun.

Ryo Miyaichi
Maklumat peribadi
Nama penuh Ryo Miyaichi[1]
Tarikh lahir (1992-12-14) 14 Disember 1992 (umur 31)
Tempat lahir Okazaki, Aichi, Jepun
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[2][3]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Arsenal
Nombor 31
Kerjaya remaja
2001–2008 Sylphid FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011– Arsenal 1 (0)
2011Feyenoord (pinjaman) 12 (3)
2012Bolton Wanderers (pinjaman) 12 (0)
2012–2013Wigan Athletic (pinjaman) 4 (0)
2014–FC Twente (pinjaman) 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2007 Jepun B15 3 (2)
2008 Jepun B16 3 (1)
2009 Jepun B17 5 (2)
2010 Jepun B19[4] 8 (1)
2012– Jepun 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14:48, 22 September 2013 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 October 2012

Kehidupan awal sunting

Ryo dilahirkan di dalam keluarga sukan, ayahnya Tatsuya Nomoura merupakan bekas pemain bola keranjang yang bermain dan kemudiannya menjadi pengurus pasukan bola keranjang, Toyota Motors manakala adiknya Tsuyoshi juga seorang pemain bola sepak.[5] Miyaichi mula bermain bola sepak ketika umur persekolahan bersama Sylphid F.C. di Nagoya.[6] Beliau memasuki Sekolah Tinggi Chukyodai Chukyo dan bermain untuk pasukan bola sepak sekolah itu. Ketika musim 2010, pasukan itu melayakkan diri ke All Japan High School Soccer Tournament tetapi tewas ketika pusingan pertama; perlawanan itu juga disiarkan di televisyen seluruh Jepun.[7][8]

Karier kelab sunting

Arsenal sunting

Ryo pertama kali menjalani ujian pemilihan untuk Arsenal pada musim panas tahun 2010, di mana beliau dikagumi oleh pengurus Arsenal. Arsene Wenger yakin dengan kebolehan Miyaichi dan kemudian menawarkannya kontrak dengan Arsenal. Pada 31 Januari 2011, beliau menyertai kelab itu dan menandatangani kontrak profesional. Wenger berkata: "Kami gembira bahawa Ryo Miyaichi telah menyertai kami. Beliau menjalani ujian pemilihan dengan kami pada musim panas dan mempunyai bakat yang menarik perhatian banyak kelab dari serata dunia".[9]

Dipinjamkan ke Feyenoord sunting

 
Miyaichi beraksi untuk Feyenoord pada tahun 2011.

Selepas menandatangani untuk Arsenal, beliau telah dipinjamkan ke Feyenoord. Pada 5 Februari, beliau membuat penampilan pertamanya untuk Feyenoord ketika menentang Vitesse. Beliau bermain 90 minit dan dinamakan pemain terbaik perlawanan (perlawanan berakhir dengan keputusan 1–1).[10] Miyaichi bermain ketika menentang Heracles Almelo, menjaringkan gol pembukaan dan membuat bantuan gol kedua untuk Feyenoord.[11] Pada 17 April 2011, Miyaichi menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 6-1 Feyenoord ke atas Willem II.[12]

Media Belanda memberinya nama samaran "Ryodinho" selepas perbandingan dengan Ronaldinho. Beliau juga digelar Messi Jepun.[13]

Musim 2011-12 sunting

Ketika dia kembali ke Arsenal selepas dipinjamkan di Feyenoord, Ryo menyertai pasukan pertama untuk latihan pra-musim. Beliau telah dimasukkan ke dalam skuad 23 pemain dalam pra-musim di Asia. Ryo membuat kemunculan pertama ketika pra-musim menentang Malaysia All-Stars XI, beliau memulakan perlawanan sebelum ditukarkan dengan Robin van Persie pada minit ke 66.[14]

Pada 9 Ogos 2011, Miyaichi telah diberikan permit kerja atas alasan mempunyai bakat "bakat luar biasa" dan bebas untuk mewakili Arsenal ketika musim 2011-12[15][16] Beliau juga dimasukkan dalam skuad 23 pemain Liga Juara-Juara untuk perlawanan menentang Udinese.[17] Pada 23 Ogos 2011, Miyaichi bermain untuk Pasukan Simpanan Arsenal ketika menentang Pasukan Simpanan Wigan Athletic dan menjaringkan gol pada minit ke 83.

Pada 20 September 2011, Miyaichi membuat penampilan sulung kelab ketika menentang pasukan Liga Dua Shrewsbury Town di pusingan ketiga Piala Liga sebagai pemain pertukaran pada minit ke 71. Beliau juga bermain di Piala Liga sebagai pemain pertukaran untuk Arsenal yang kemudiannya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-1 ketika menentang Bolton Wanderers.

Ketika perlawanan pasukan simpanan menentang Fulham, pada 7 November 2011, Miyaichi beraksi 34 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan buku lali, menyebabkan beliau terlepas untuk beraksi selama 4–6 minggu. Walaupun berada dalam skuad utama, Miyaichi mengakui dia masih mempunyai banyak perkara untuk dipelajari.[18]

Dipinjamkan ke Bolton Wanderers sunting

Pada 31 Januari 2012, Miyaichi menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman sehingga akhir musim.[19] Sejurus selepas tiba di Bolton, pengurus Owen Coyle bercakap mengenai kekaguman beliau terhadap pemain muda itu, walaupun Miyaichi belum lagi bermain dalam perlawanan kompetitif untuk pasukan.[20] Beliau bermain di belakang pintu tertutup pada 7 Februari ketika menentang Preston North End di mana dia menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 dan membuat debut penuh ketika masuk menggantikan Martin Petrov dalam kekalahan 2-1 di tempat sendiri Bolton kepada Wigan Athletic pada 11 Februari.[21] Beliau memulakan permainan buat kali pertama, dan menjaringkan gol pertamanya pada minggu berikutnya ketika Bolton menewaskan Millwall 2-0 di Piala FA.[22] Beliau bermain selama 78 minit sebelum ditukarkan. Beliau memulakan perlawanan pertama Liga Perdananya ketika kekalahan 3-0 Bolton kepada Chelsea.[23] Beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Bulan Februari oleh penyokong Bolton selepas debutnya.[24][25]

Dipinjamkan ke Wigan Athletic sunting

Pada 13 Ogos 2012, Arsenal mengesahkan bahawa Miyaichi telah menyertai Wigan Athletic secara pinjaman satu musim.[26] Pada 28 Ogos 2012, dia membuat debut sebagai pemain gantian ketika perlawanan Piala Liga dengan kemenangan 4–1 ke atas Nottingham Forest. Semasa debutnya, beliau berjaya membuat bantuan gol kepada Callum McManaman. Selepas itu, bagaimanapun, beliau hanya membuat tiga penampilan akibat kecederaan. Pada 9 Mac, beliau kembali daripada kecederaan dan menggantikan Callum McManaman ketika perlawanan Piala FA menentang Everton. Miyaichi dikeluarkan selepas 45 minit bermain, selepas mengalami kecederaan buku lali akibat dicederakan Kevin Mirallas.

Dipinjamkan ke FC Twente sunting

Pada 1 September 2014, hari terakhir tingkap perpindahan, Miyaichi dipinjamkan kepada kelab Belanda, FC Twente sehingga akhir musim.[27]

Karier antarabangsa sunting

Miyaichi terlibat dengan Pasukan Kebangsaan Jepun dari tahap bawah 15 sehingga bawah 19, bermain di kejohanan berprestij, Piala Dunia FIFA bawah 17 pada tahun 2009. Beliau menerima panggilan skuad senior pertamanya ketika kelayakan Piala Dunia menentang Uzbekistan pada Februari 2012, namun tidak beraksi dalam perlawanan itu.[28]

Walau bagaimanapun, beliau membuat penampilan sulung pada 23 Mei 2012 ketika perlawanan persahabatan menentang Azerbaijan sebagai pemain gantian pada minit ke 60. Beliau membuat penampilan keduannya menentang Brazil sebagai pemain gantian dimana Jepun tewas 4-0.[29]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

 
Miyaichi ketika perlawanan Pasukan Simpanan Arsenal menentang Wolverhampton pada 7 Oktober 2013.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Feyenoord (pinjaman) 2010–11 Eredivisie 12 3 12 3
Arsenal 2011–12 Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 2 0 0 0 2 0
Bolton Wanderers (pinjaman) 2011–12 Liga Perdana Inggeris 12 0 2 1 14 1
Wigan Athletic (pinjaman) 2012–13 Liga Perdana Inggeris 4 0 1 0 2 0 7 0
Arsenal 2013–14 Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 2 0 2[a] 0 5 0
Jumlah 1 0 0 0 4 0 2 0 7 0
Jumlah karier 29 3 3 1 6 0 2 0 40 4
  1. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara Eropah

Kejayaan sunting

Wigan Athletic
Arsenal

Rujukan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Player Profile: Ryo Miyaichi". Premier League. Dicapai pada 31 January 2012.
  3. ^ "Ryo Miyaichi". Soccerbase. Dicapai pada 28 March 2014.
  4. ^ AFC and FIFA only.
  5. ^ "宮市亮インタビュー「サッカーを楽しみたい、決してあきらめたくない」". Soccer King (dalam bahasa Japanese). 18 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-28. Dicapai pada 2011-05-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "「和製C・ロナウド」宮市、中京大中京へ". Nikkan Sports (dalam bahasa Japanese). 31 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-08. Dicapai pada 2014-08-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Match No.6 1回戦 中京大学附属中京高校 vs 京都府立久御山高校". Japan Football Association (dalam bahasa Japanese). 31 December 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "大会速報 第89回全国高校サッカー選手権大会" (dalam bahasa Japanese). Nippon Television. Dicapai pada 2011-04-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Ryo Miyaichi completes move to Arsenal". Arsenal F.C. 31 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-15. Dicapai pada 28 March 2014.
  10. ^ "Vitesse 1 – 1 Feyenoord". ESPNsoccernet. 5 February 2011. Dicapai pada 6 February 2011.
  11. ^ "Match: Feyenoord Rotterdam v SC Heracles Almelo – Dutch Eredivisie". ESPN Soccernet. 12 February 2011. Dicapai pada 16 July 2011.
  12. ^ "Feyenoord Rotterdam 6–1 Willem II Tilburg". ESPN Soccernet. 17 April 2011. Dicapai pada 2014-03-28.
  13. ^ "Radio Netherlands Worldwide: "and was nicknamed 'Ryodinho', after Brazilian star player Ronaldinho."". Radio Netherlands Worldwide. 14 February 2011. Dicapai pada 16 July 2011.
  14. ^ "Asia Tour: Malaysia XI 0–4 Arsenal". Arsenal F.C. 13 July 2011. Dicapai pada 16 July 2011.
  15. ^ Jamie Sanderson (9 August 2011). "Arsenal Win Miyaichi Work Permit". Young Guns. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-23. Dicapai pada 2011-08-10.
  16. ^ Shane Farrington (9 August 2011). "Japanese teenager Ryo Miyaichi granted work permit to play for Arsenal following appeal". Goal.com. Dicapai pada 2011-08-10.
  17. ^ "Cesc Fabregas and Samir Nasri in Arsenal Champions League squad". BBC Sport. 9 August 2011. Dicapai pada 9 August 2011.
  18. ^ "Ryo in no rush". Sky Sports.
  19. ^ "Ryo joins Bolton Wanderers on loan". Arsenal FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 31 January 2012.
  20. ^ "Owen Coyle believes Ryo Miyaichi is a future Arsenal star". Arsenal Banter. Dicapai pada 12 February 2012.
  21. ^ "Bolton Wanderers vs. Wigan Athletic 1 – 2". soccerway.com. Dicapai pada 25 February 2012.
  22. ^ "Millwall vs. Bolton Wanderers 0 – 2". soccerway.com. Dicapai pada 25 February 2012.
  23. ^ "Chelsea vs. Bolton Wanderers 3 – 0". soccerway.com. Dicapai pada 25 February 2012.
  24. ^ "February Award For Ryo". Bolton Wanderers F.C. 29 February 2012. Dicapai pada 28 March 2014.(langganan diperlukan)
  25. ^ Orlowitz, Dan (1 March 2012). "Bolton Player of the Month Miyaichi enjoys national team experience". Goal.com. Dicapai pada 28 March 2014.
  26. ^ "Ryo joins Wigan Athletic on season-long loan". Arsenal Football Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-16. Dicapai pada 13 August 2012.
  27. ^ Radstaat, Edwin (1 September 2014). "'FC Twente verslaat Feyenoord in strijd om voormalig publiekslieveling'". Voetbalprimeur. Dicapai pada 1 September 2014.
  28. ^ "Ryo Miyaichi called up to senior squad".
  29. ^ http://ph.news.yahoo.com/japan-2-0-azerbaijan-kagawa-scoresheet-samurai-blue-123002901.html