Muhammad Safwan bin Mohammad Nazri (lahir 9 November 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas finalis Hero Remaja edisi 2017.[1] Beliau mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Kan Kukejar Cinta Kamu di Astro Ria dan drama Dua Takdir Cinta di Astro Prima.[2]

Safwan Nazri
Kelahiran
Muhammad Safwan bin Mohammad Nazri

(1994-11-09) 9 November 1994 (umur 29)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2017–kini
PasanganFathin Nur Amalina (k. 2022)

Kehidupan peribadi sunting

Safwan Nazri dilahirkan pada 9 November 1994 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di UiTM Kampus Arau, Perlis. Beliau juga mewujudkan akaun Instagram sejak tahun 2014, namun hanya mula aktif sejak Mac 2016 di mana semenjak itu beliau mula mendapat perhatian di kalangan para pengikut yang semakin bertambah dek kerana video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik dan hobinya bermain sukan badminton dan futsal.

Kerjaya sunting

Sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau turut mengambil tawaran kerja sebagai model sambilan. Matlamatnya ingin menyebarkan mesej serta positiviti melalui bidang lakonan yang diceburi. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pencarian Hero Remaja edisi 2017 dan beliau menyifatkan gelaran 'hero' mempunyai keperluan untuk menjadi individu yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Beliau turut mengagumi kekebalan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa dalam menangani kritikan negatif seawal pembabitan beliau yang seterusnya membawa kepada kejayaan besar selebriti dan usahawan itu. Safwan yang ingin mengikut jejak langkahnya menyifatkan Neelofa sebagai contoh artis yang memiliki 'beauty with brain'. Wanita idamannya seorang yang berwajah jelita, mempunyai kelembutan serta tahu menghormati orang tua. Beliau pernah meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakan peserta Hero Remaja 2017 termasuk dirinya digelarkan 'geng kunyit' hanya kerana menangis sewaktu segmen penyingkiran.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Malbatt: Misi Bakara Prebet Isa Filem pertama

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Hero Remaja Peserta/Dirinya Sendiri Astro Ria

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Kan Kukejar Cinta Kamu Faris Astro Ria Drama pertama
2020 Dua Takdir Cinta Iskandar Astro Prima
Halim Halima Amran Awesome TV
2022 Imamku Okey Kamal TV Okey
Demi Dr. Rashid
Roti Cicah Susu Lutfi Astro Ria
2023 I Love You Mr Clown Adan TV3
Cik Misi 123 Pian @ Sufian Sauri Astro Ria
Cik Lang Swe Poco Tonton
2024 Jendela Hati Nazim Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Hijab Rejab Rejab Astro Citra

Video Klip sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Kesempatan Bagimu" Adira

Rujukan sunting

  1. ^ Wani Arifin (19 Oktober 2017) Pelajar UiTM Alif Muhaimin Hero Remaja 2017 Media Hiburan. Dicapai pada 19 Oktober 2017.
  2. ^ Kenali Safwan Nazri 23 Disember 2018 Iluminasi. Dicapai pada 23 Disember 2018.

Pautan luar sunting