Salbiah Harun

(Dilencongkan dari Salbiah)

Salbiah Harun merupakan seorang penyanyi Melayu kelahiran Singapura era 1950-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Salbiah Harun
Kelahiran(1930-05-12)12 Mei 1930
Berasal dariSingapura
Meninggal dunia1 Jun 2013(2013-06-01) (umur 83)
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an

Salbiah Harun semasa hayatnya, menetap bergilir-gilir bersama anak-anak beliau di Melaka, Kuala Lumpur dan Kuantan sejak kematian suaminya pada tahun 1989.

Lahir pada 12 Mei 1930 Salbiah mempunyai ramai anak-saudara dan cucu cicit saudara di tempat kelahiran beliau tetapi sekarang lebih banyak meluangkan masa bersama-sama 28 orang cucu dan 8 orang cicitnya 3 orang di Malaysia, 3 orang di Singapura dan 2 orang di Toulouse, Perancis.

Salbiah adalah adinda kepada pengarah dan pelakon filem S. Kadarisman.

Salbiah adalah anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri Dol Ramli, bekas Ketua Pengarah Penyiaran dan juga Pengasas Radio Televisyen Malaysia.

Salbiah Harun telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2013 jam 08.15 pagi di Hospital Besar Melaka. Salbiah dimasukkan ke Hospital Besar Melaka pada hari Rabu 29 May 2013 kerana komplikasi pernafasan.

Jenazah beliau telah dibawa pulang ke rumah anakanda perempuannya di Taman Cendrawasih, Bkt Rambai, Melaka pada tengah hari yang sama dimandikan dan kemudian Jenazah beliau telah dibawa ke Quriah Kampong Bukit Kecil, Paya Dalam, Melaka untuk dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah suami beliau. Ini merupakan hajat arwah semasa hayatnya yang ingin disemadikan berdekatan dengan kubur arwah suaminya.

Lagu sunting

  • Janji Membawa Akibat, Lenggang Lengguk, Dian, Bertepuk Tangan
  • Cinta Abadi - Duet bersama Allahyarham P Ramlee