Salina (drama)
Salina adalah merupakan sebuah drama romantik yang disiarkan di TV3 pada tahun 2004. Dibintangi oleh Sharifah Haslinda, Fahrin Ahmad, Ako Mustapha, Catriona Ross, Jalaluddin Hassan, Aida Radzwill, Azean Irdawaty dan ramai lagi.
Salina | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga Konflik |
Dibintangi oleh | Sharifah Haslinda Fahrin Ahmad Ako Mustapha Catriona Bahrin Ross Jalaluddin Hassan Aida Radzwill Azean Irdawaty |
Lagu pembukaan | "Mengapa Harus Cinta" nyanyian Vince Chong |
Lagu penutup | "Mengapa Harus Cinta" nyanyian Vince Chong |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2004 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Salina 2 |
SinopsisSunting
Majlis perkahwinan Salina dan tunangnya, Badly bakal berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi. Namun, disaat akhir Badly menarik diri daripada berkahwin dengan Salina atas alasan dia belum bersedia untuk berkahwin, sedangkan Badly juga kini sedang menjalinkan hubungan cinta rahsia dengan Caterina, iaitu adik bongsu Salina. Hal itu membuatkan Salina menjadi marah dan berasa sangat sedih.
Disebabkan itu, Salina terpaksa menerima Kamal, iaitu lelaki yang baru dikenalinya untuk menjadi suaminya kelak sebagai pengganti Badly di majlis perkahwinannya nanti. Pada mulanya, kedua orang tua Salina tidak bersetuju dengan rancangan Salina yang mengambil Kamal sebagai suaminya. Ini kerana mereka beranggapan Kamal tidak layak untuk jadi menantu mereka disebabkan Kamal berasal dari kampung dan tidak setaraf dengan keluarga mereka. Namun pada akhirnya mereka terpaksa bersetuju apabila Salina menjelaskan bahawa perkahwinan tersebut hanyalah sebuah perkahwinan kontrak selama tiga bulan. Setelah itu, Kamal akan bakal menceraikannya.
Selepas Salina dan Kamal berkahwin, Badly mula mendekati dan merayu Salina agar kembali ke pangkuannya. Namun bukan mudah apabila Kamal juga kini telah sedang jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Bagaimanakah nasib perkahwinan kontrak Salina dan Kamal? Berjayakah Badly memujuk Salina untuk kembali padanya?
PelakonSunting
- Sharifah Haslinda sebagai Salina
- Fahrin Ahmad sebagai Kamal
- Ako Mustapha sebagai Badly
- Catriona Bahrin Ross sebagai Caterina
- Jalaluddin Hassan
- Aida Radzwill
- Azean Irdawaty
- Intan Azura
TriviaSunting
Drama ini merupakan drama lakonan terakhir Sharifah Haslinda sebelum beliau mengambil keputusan untuk berehat daripada bidang seni lakonan tanah air. Disebabkan itu, pada tahun 2005 watak Salina bagi sambungan drama ini kemudian dilakonkan oleh pelakon Sabrina Ali.