Sang Rang Bulan

Lagu Sang Rang Bulan (ejaan lama) merupakan salah sebuah lagu dalam filem Rachun Dunia terbitan Malay Film Productions Ltd pada tahun 1950. Lagu ini dinyanyikan oleh P. Ramlee. Dalam filem tersebut, P. Ramlee juga turut berlakon bersama-sama Osman Gumanti, Siput Sarawak dan Kasma Booty. P. Ramlee melakonkan watak sebagai antagonis.

"Sang Rang Bulan"
Lagu oleh Tan Sri P. Ramlee
Dikeluarkan1950
FormatPiring hitam
Dirakamkan1950
Genre
  • Tradisi
Durasi3:36
Label
  • Shaw Brothers
Penulis
  • P. Ramlee
Penerbit
  • P. Ramlee

Dalam video lagu Sang Rang Bulan, P. Ramlee ditemani oleh beberapa orang pelakon seperti Osman Gumanti, Siput Serawak, S. Sudarmaji, Saadiah, Junainah Harris dan lain-lain. P. Ramlee tidak sempat merakamkan lagu tersebut ke dalam piring hitam.

Lagu ini juga pernah dirakamkan oleh Nur Ainun bersama Orkes Sukma Murni yang dipimpin oleh Saudara Achmad F.[1]

Seni kata laguSunting

Sang rang bulan menyinari alam raya
Cemerlang berkilauan dan bercahaya
Taman sari serba mekar dan mewangi
Laksana hamparan tikar permaidani

Nun di-sana dua kasih bersayangan
Sedang asyik dalam gelombang asmara
Itulah irama hidup waktu malam
Cemerlang kasih sinaran sang rang bulan

RujukanSunting

Pautan luarSunting