Sastera Mahua bermaksud karya sastera dalam bahasa Cina yang diusahakan oleh orang Cina di Malaysia dan juga di Singapura semasa Singapura merupakan sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu.[1] Istilah "Mahua" merupakan singkatan daripada perkataan Cina yang bermakna "orang Cina di Malaysia". Tanggapan ini dipelopori awal oleh Fang Xiu, tokoh pengkaji dan penyusun sejarah kesusasteraan Mahua yang disegani. Kriteria pertama dalam sastera Mahua ialah bahasa atau media pengucapannya, yakni bahasa Cina. Kedua, bahasa Cina yang digunakan hendaklah bahasa vernakular - baihua, lingua franca yang digunakan dalam sastera dan persuratan Cina secara rasmi sejak Gerakan Baihua 1919. Ini bermaksud mana-mana sastera Mahua yang tertulis di Tanah Melayu dan Singapura sebelum tahun 1919 tidak termasuk dalam lingkungan sastera Mahua. Ia kemudian disokong oleh Wong Seng Tong, juga seorang tokoh pengkaji dan penyusun sejarah kesusasteraan Mahua.


Cerpen Mahua sunting

Antara cerpen Mahua yang telah diterjemah dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bentuk antologi ialah:-

  • Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai (tajuk cerpen - penulis)
  1. Dalam Hujan Renyai - Xiao Hei
  2. Semerbak Melur - Shang Wanyun
  3. Orang Hanyut - Fan Min
  4. Berburu - Mahan
  5. Kisah Perkebunan Kiem Cui - Zheng Keda
  6. Mereka yang Enggan Menjual Tanah - Yu Chuan
  7. Khayalan - Zi Ling
  8. Sepintas Lalu - Ai Si
  9. Igauan Ngeri - Fang Ye
  10. Janji Bunga Shui Xian - Bo Yi
  11. Hari-hari Menjelang Tua - Ye Lei
  12. Bunga Kertas dalam Buaian Bayu - Hong Quan
  13. Xiao Yu - Dai Xiaohua
  14. Buaya Darat, Bunga Nasib dan Percintaan - Tang Peng

Bacaan lanjut sunting

  • Chong, F.H. 2006. Cerpen Mahua dan Cerpen Melayu: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan sunting

  1. ^ Wong, S.T. 1990. Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua. dlm. A. Rahim Abdullah (ed.). Hlmn 33.