Segenap Takdir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, dan Zara Zya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 24 April 2023 menggantikan Sekali Aku Bahagia.[1]

Segenap Takdir
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika
Ditulis oleh
  • Rina Khan
  • Sherry Khan
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gelora" - Hariz Fayahet
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifAmilia Amrina Dato' Wira Dr Affifudin
PenerbitDatin Wira Wan Kalsom Wan Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Sakura)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 April 2023 – 17 Mei 2023

Sinopsis sunting

Selepas bapa Haryani berkahwin dengan wanita lain, Haryani sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun kerana membenarkan perkara itu berlaku sehingga bapanya tinggalkan mereka. Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.

Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan Maimun mahu menghantar anaknya sambung belajar di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik. Haryani mengamuk apabila dia menganggap keputusan emaknya itu sebagai langkah untuk mengusirnya keluar dari rumah. Namun, Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia telah diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya yang bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

Azlan dan Nadira telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda. Haryani yang menggilai Azlan berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani. Dapatkah Azlan dan Nadira menepis segala dugaan yang mendatang disebabkan Haryani? Apakah takdir yang telah ditetapkan untuk Haryani?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Segenap Takdir mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.