Sehati Sejiwa (TV)

Sehati Sejiwa adalah sebuah rancangan televisyen sepanjang 30 minit yang disiarkan di kaca TV RTM1 sejak awal tahun 2009 dan dihoskan oleh pelawak popular Amyza Aznan sejak 2011. Sebelum ini rancangan ini pernah diacarakan oleh pelakon Scha Al-Yahya dan kemudiannya diambil alih oleh penyanyi tersohor Misha Omar pada tahun 2010.

Kandungan sunting

Program yang berkonsepkan bual bicara santai ini menemubual pasangan suami isteri ideal yang akan membincangkan kisah kerukunan rumahtangga serta rahsia kebahagiaan dalam perkahwinan. Program ini sebenarnya dibikin untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

Selebriti sunting

Antara selebriti yang pernah menghiasi rancangan ini ialah

  1. Adlin Aman Ramli & Emelda Rosmila
  2. Didie Alias & Suami
  3. Johan Nawawi & Nora

Pencapaian sunting

  • Dicalonkan untuk kategori Anugerah Rancangan Bicarawara TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2011 menerusi episod Adlin & Emelda, ketika dihoskan oleh Misha.