Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi

sekolah rendah kerajaan di Sabah, Malaysia

Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi atau nama ringkasnya SK Balambangan Banggi atau SKBBK, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kudat.[2]

Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi
Lokasi
 Malaysia Wdt 150, 89058, Kudat,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5002[1]
FaksTIADA
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google.


Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi memiliki 36 pelajar lelaki dan 49 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 85 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah

sunting

Pulau Balambangan yang terletak di utara negeri Sabah merupakan pulau yang agak besar juga selain Pulau Banggi. Walaupun besar tetapi bilangan penduduknya amatlah sedikit dengan lima buah kampung iaitu Kampung Selamat Darat, Kampung Selamat Laut, Kampung Kok Simpul, Kampung Tabunan dan Kampung Batu Sirih. Sekolah Kebangsaan Balambangan terletak di Kampung Selamat merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di pulau ini dengan 85 orang murid, 11 orang guru, 2 kerani, 1 Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah, 2 Pembantu Pengurusan Murid Asrama, 1 Penyelia Asrama, 7 pengawal keselamatan, 4 Pekerja Pembersihan, 2 orang tukang masak RMTS (Rancangan Makanan Tambahan Sekolah) dan 2 Pekerja Asrama Desa.

Di sekolah ini suatu ketika dahulu, tiada kemudahan elektrik atau bekalan air yang bersih. Bagi guru-guru yang bertugas di situ, mereka hanya menggunakan genset sebagai bekalan elektrik dan air hujan sebagai bekalan air yang bersih untuk diminum. Jika bekalan minyak petrol habis, terpaksalah bergelap dengan bertemankan lampu lilin dan sekiranya kemarau, terpaksa minum air perigi yang tidak terjamin kebersihannya.

Seiring dengan kemodenan, sekolah kini menggunakan solar hibrid iaitu penjana elektrik menggunakan tenaga matahari telah bermula sejak 2011 hingga 2013. Setelah beberapa tahun tidak diselenggara, tahun 2018 menyaksikan penggunaan solar dan enjin janakuasa secara tetap. Pada tahun 2019 sebuah asrama harian telah dibina atas sumbangan daripada pihak Petronas dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Shafie Apdal pada ketika itu.

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi
Wdt 150
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting