Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah


Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah adalah salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Tahfiz di Negeri Pahang, yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maahad tahfiz ini menawarkan dua sistem pengajian serentak iaitu kurikulum kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) .

Sekolah Menengah Agama(Tahfiz) Al-Ittihadiah
Lokasi
Kampung Relai Kerambit, 27200, Kuala Lipis,, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan
MotoHayya 'Alassolah Hayya'alal Falah(حي على الصلاة حي على الفلاح)
Ditubuhkan1967
Nombor sekolah6093129023
Kod sekolahCFT3001
PengetuaTuan Guru Ustaz Abdul Kadir Bin Abdul Latif Al Hafiz
Penolong Kanan KokurikulumTuan Haji Kasim bin Mat Liki

Visi dan misi sunting

Visi:

SMA Al-Ittihadiah menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2030

Misi:

Melahirkan insan bijaksana, berwawasan, berwibawa dan berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sejarah sunting

SMA Al-Ittihadiah merupakan maahad tahfiz Al-Quran tertua di negeri Pahang dan ditubuhkan pada tahun 1967. Maahad tahfiz ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Mat Amin al-hafiz. beliau merupakan anak tempatan Kuala Lipis. Hasil dari kerjasama serta sokongan padu penduduk kampung pada ketika itu, maahad tahfiz ini berjaya ditubuhkan. Maahad tahfiz ini terletak di Kampung Relai, Kerambit, kira-kira 30 km dari bandar Kuala Lipis dan 45 km dari bandar Jerantut. Pada mulanya maahad tahfiz ini dikenali dengan nama Madrasah Al-Ittihadiah, nama Al-Ittihadiah diambil daripada perkataan arab yang bermakna bersatu padu dalam sesuatu perkara. Kurikulum pengajian pada peringkat awal penubuhan maahad tahfiz ini adalah tertumpu kepada kelas pengajian tahfiz Al-Quran dan pengajian pondok. Pada tahun 1996, maahad tahfiz ini memperkenalkan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pada tahun 1999 pula Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mula diperkenalkan. Seterusnya pada tahun 2010 maahad mula menawarkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Tanggal 19 januari 2006, telah termeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara maahad tahfiz ini dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan seterusnya dinamakan Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah.

Pencapaian sunting

Maahad tahfiz ini telah mengukir nama dalam bidang tahfiz Al-Quran di peringkat negeri dan kebangsaaan. Beberapa orang pelajar telah berjaya mewakili negeri Pahang dalam majlis tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan

  1. Suaidah binti Hj. Ahmad. 1989
  2. Sapura binti Ahmad. 1996
  3. Sofiah binti Abdul Malik. 2002/2005

Pada tahun 1996, seorang pelajar berjaya mewakili negara dalam pertandingan tahfiz Al-Quran di Iran, iaitu Rokiah binti Hj. Ahmad.

Tahun 2011, Najihah Mardhiah binti Abdul Kadir mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan kategori sekolah menengah.

Pada tahun 2009 seorang calon PMR mendapat keputusan 9A dan seorang calon SMA mendapat keputusan 10-A1, manakala pada tahun 2010 pula seorang calon SPM mendapat keputusan 10A.

Mata pelajaran yang ditawarkan sunting

Akademik sunting

01. Bahasa Melayu
02. Bahasa Inggeris
03. Bahasa Arab
04. Sains
05. Matematik
06. Sejarah
07. Geografi
08. Ekonomi
09. Pendidikan Islam
10. Kemahiran Hidup
11. Syariah Islamiah
12. Sivik Kewarganegaraan
13. Syariah Islamiah
14. Al-Quran & Sunnah

Tahfiz Al-Quran sunting

01. Hafazan
02. Tajwid
03. Tarannum
05. Qiraat
06. Maharat

Kakitangan sekolah sunting

  1. Tuan Guru Ustaz Abdul Kadir Bin Abdul Latif al Hafiz (Pengetua)
  2. Tuan Guru Ustaz Haji Mohamad Azam bin Haji Zulkawi (GPK Pentadbiran)
  3. Tuan Haji Nasran bin Mohamad (GPK Hal Ehwal Murid)
  4. Tuan Haji Kasim bin Mat Liki (GPK Kokurikulum)
  5. Ustaz Muhammad Zaid bin Meftahuddin
  6. Ustaz Muhamad Wafiuddin bin Ramli
  7. Ustaz Salman bin Muhammad
  8. Ustazah Syahidatul Aisyah bt Sidek Khalid
  9. Ustazah Ummu Aiman binti Muhd Yunus
  10. Ustazah Siti Aida Asma bt Mohd Lukman

Alamat sunting

Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah
Relai Kerambit
27200, Kuala Lipis
Pahang, Malaysia
Telefon = 6093129537
Faks = 6093129055

Pautan luar sunting