Sekolah Menengah Teknik Gerik

Sekolah Menengah Teknik Gerik atau nama ringkasnya SEMETRIK, merupakan sebuah Sekolah Menengah Teknik yang terletak di KM 4, Jalan Kuala Rui.

Sekolah Menengah Teknik Gerik
Lokasi
Km 4, Jalan Kuala Rui, 33300, Gerik, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kerajaan
Nombor sekolah6057916288
Kod sekolahAKA7001
Faks6057916588
Peta di Google


Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Teknik Gerik memiliki 113 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 213 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Teknik Gerik (SEMETRIK) merupakan satu projek dalam Rancangan Malaysia Keenam (1995-1999), dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Sekolah ini mula dibina pada 1hb November 1997 dan siap pada 25hb November 1999. SEMETRIK telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.

SEMETRIK terletak 4 km dari Bandar Gerik dengan keluasan 20.32 hektar. Terdapat satu blok pentadbiran dan tiga blok akademik. Di samping itu, terdapat juga kemudaan asas yang lain seperti dewan besar, dewan terbuka, dewan makan, kantin, surau yang boleh memuatkan 800 pelajar, tujuh blok asrama (tiga blok asrama perempuan dan empat blok asrama lelaki) dan dewan makan asrama.

Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton. Sekolah ini menawarkan tiga kursus iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik , dan Pengajian Kejuruteraan Makanikal kepada 229 pelajar sesi ini.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En.Mohd Sopian b. Bahauddin manakala Penolong Kanan Pentadbiran En.Yahya b. Abd Rahman, dibantu oleh dua belas guru dan sembilan orang pekerja sokongan yang merupakan kakitangan perintis sekolah ini. Kini kakitangan sekolah ini telah bertambah dan kesemuanya seramai 31 orang.

SEMETRIK kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Gerik beroperasi dengan sistem kolej secara  keseluruhannya bermula tahun 2014. Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kemasukan bermula daripada  peringkat lepasan PMR. Untuk memasuki kolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon.  Sebanyak lapan semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki peperiksaan SPM.

Keistimewaan pertama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dengan menyasarkan bahawa graduan kolej ini sebanyak 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. “Walaupun fokus utama kepada peningkatan  kemahiran, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri’ dan komunikasi.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Teknik Gerik
Km 4, Jalan Kuala Rui
33300, Gerik
Perak,   Malaysia
Telefon = 6057916288
Fax = 6057916588

Pautan luar sunting