Semula Padaku merupakan sebuah album studio keenam yang dihasilkan oleh kumpulan New Boyz pada tahun 2007. Album ini mengambil masa hampir dua tahun untuk dihasilkan. Rakaman bagi album ini bermula pada akhir Disember 2006 hingga bulan Mac 2007 dan diterbitkan sendiri oleh anggota New Boyz dengan sedikit perubahan anggota di mana Hafeez As'ad bin Azam atau Afiez masuk sebagai gitaris baharu menggantikan Rizz.

Semula Padaku
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 April 2007[1]
GenrePop rock
SyarikatSuria Records (SRC)
PenerbitTomok, Afiez, Zack & Ristoe
Kronologi New Boyz
Bermulanya Satu Evolusi
(2004)
Semula Padaku
(2007)
-
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan Album

sunting

Album Semula Padaku ini diterbitkan oleh Suria Records (SRC) dan memuatkan 12 lagu, termasuk sebuah lagu lama iaitu Sejarah Mungkin Berulang dalam versi orkestra sebagai lagu bonus.

Bagi penghasilan album ini, 90 peratus penghasilan album kali ini dilakukan oleh anggota kumpulan New Boyz sendiri, hasil kerjasama dengan Zulkefli Majid (Zul) dan Alfa Booty Kesuma. Anggota kumpulan New Boyz turut bertindak selaku penerbit, hasil pengalaman hampir 10 tahun berkecimpung dalam industri muzik yang menjadikan mereka berasa lebih yakin untuk menghasilkan produk hasil sentuhan mereka sendiri.

Album ini banyak memuatkan lagu-lagu hasil ciptaan anggota kumpulan New Boyz sendiri, selain turut memuatkan beberapa lagu dari pencipta lain seperti Taja, Aiman, Edry KRU dan Alfa Booty. Antara lain, Tomok yang turut menyumbangkan lima buah lagu ciptaannya untuk album tersebut, antaranya Cinta dan Lara Ini.

Selain lagu ciptaan Tomok, 12 lagu yang terkandung dalam album Semula Padaku dicipta oleh Alfa (dua buah) dan Zack, Zimi (Sofazr), Taja dan Edry (KRU) yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu.

Malah Edry yang mencipta lagu Kamu Bilang untuk kumpulan New Boyz sebenarnya memberikan kerjasama ulung kepada sebuah kumpulan kerana sebelum ini dia hanya menyerahkan lagu ciptaannya kepada penyanyi solo.[2]

Line-up

sunting
  1. Shah Indrawan bin Ismail (Tomok) -Vokal
  2. Hafeez As'ad bin Azam (Afiez) - Gitar Utama
  3. Radin Irwan Dzulkarnain bin Isagani (Zack) - Bass
  4. Wan Muzaffar (Ristoe) - Dram

Kandungan Lagu

sunting
No.TajukPenulisMasa
1."Putus"Zimi4:37
2."Andai Mungkin "3:49
3."Semula Padaku"3:48
4."Kau Bernama Cinta "Tomok4:02
5."Kamu Bilang"Edry4:15
6."Malam Yang Bosan"4:11
7."Satu Hari"3:54
8."Lara Ini "Tomok4:04
9."Kenangan Kita Berdua"4:20
10."Cerita Tentang Kita"3:26
11."Seindah Dulu "4:02
12."Sejarah Mungkin Berulang (versi baru)"Lukhman S5:24
Jumlah masa: 50:05


Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting