KRU
KRU[a] merupakan kumpulan pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992.[1] Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman,[2] Yusry dan Edry Abdul Halim.[3] Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.[4][5]
KRU | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | R&B, Hip Hop, Pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1992–2018 & 2024 - Kini |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia (1992-2006) KRU Records (1995-2018) Sony Music Malaysia (2024- Kini) |
Pengkarya berkait | Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi |
Laman sesawang | http://www.krustudios.com |
Ahli | (Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim (Yusry) Datuk Yusry bin Abdul Halim (Edry) Edry bin Abdul Halim |
Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei.[6]
Sejarah
suntingKetiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang ibu saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.
Pada 2000, mereka menubuhkan kumpulan muzik maya bernama Tyco, yang ahlinya terdiri daripada mereka bertiga sendiri versi animasi.[7]
Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[6] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[8] Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh beliau, Yusry dan Edry.[9] Malah tiada perancangan untuk KRU membuat persembahan pertemuan semula pada masa hadapan berikutan setiap anggotanya sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing.[10] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[11]
Sebuah rokumentari khas mengenai perjalanan muzik KRU telah diumumkan oleh Norman dan telah diterbitkan pada Julai 2018.[12]
KRU Mengumumkan Kini Kembali 10 Oktober 2024 Ahli Kumpulan Norman' Edry' Yusry
Cabang lain
suntingSelain bidang muzik, KRU turut mengembangkan sayap mereka dalam bidang perniagaan menerusi Kumpulan Syarikat KRU yang ditubuhkan pada 1992. Berikut ialah senarai anak syarikat KRU:
- KRU Studios
- KRU Academy
- KRU Music
- KRU Media
- KRU Entertainment
- KRU Singapore
- Prodigi Lab
- Hot Jam Cafe
- Showbiz Productions
- Kartun Studios
- Music Unlimited
- United Studios
Diskografi
suntingAlbum studio
suntingDiskografi KRU | |
---|---|
Album studio | 13 |
Album kompilasi | 3 |
Video muzik | 28 |
Single | 26 |
- Canggih (1992)
- reKRUed (1993)
- Awas! (1994)
- Beware: Awas! Da Soundtrack (1995)
- Ooh! La! La! (1996)
- The Way We Jam (1998)
- Formula Luar Biasa (1999)
- Tyco (2000)
- KRUjaan (2000)
- Empayar KRUjaan V 2.0 (2002)
- KRUnisme (2005)
- 10 Di Skala Richter (2006)
- KRUnomena (2013)
Album kompilasi
suntingTajuk | Maklumat |
---|---|
Krumania |
|
Relax |
|
Gergasi |
|
Single
suntingTahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
1992 | "Cherrina" | — | — | — | — | Canggih |
"Hanya Kau" | — | — | — | — | ||
"Sekali Lagi (Gadisku)" | — | — | — | — | ||
1993 | "20/20" | — | — | — | — | |
"Mengerti" | — | — | — | — | ReKRUed | |
"Gadis Jelita" | — | — | — | — | ||
1994 | "Inikah Ertinya Cinta?" | — | — | — | — | |
"Janji Tinggal Janji" | — | — | — | — | ||
"Katanya..." | — | — | — | — | ||
"Awas!" | — | — | — | — | Awas (EP) | |
"Untukmu (KRU Cover)" | — | — | — | — | ||
"Di Dalam Dilema" | — | — | — | — | ||
1995 | "E'nuff Eez E'nuff" | — | — | — | — | |
"Negatif" | — | — | — | — | Beware: Awas! Da Soundtrack | |
"2" | — | — | — | — | ||
"I'll be Waiting" | — | — | — | — | ||
"Malam Kita" | — | — | — | — | ||
"Emilia" | — | — | — | — | ||
1996 | "Salah Siapa?" | — | — | — | — | |
"Ooh! La! La!" | — | — | — | — | Ooh! La! La! | |
"Freaky G" | — | — | — | — | ||
"Apa Saja" | &mdash | — | — | — | ||
"Diari Metropolitan" ft Kumpulan Elite | — | — | — | — | ||
"Balada Hati" | — | — | — | — | ||
1997 | "Semuanya OK" | — | — | — | — | |
"Everest" | — | — | — | — | Projek Everest | |
"Fanatik" | — | — | — | — | Krumania | |
"Di Pintu Syurga" padusuara bersama Kumpulan Elite | — | — | — | — | ||
"Getaran Jiwa" padu suara bersama P. Ramlee | — | — | — | — | ||
1998 | "Fobia" | — | — | — | — | OST Silat Lagenda |
"Setia Bersama" Padu suara bersama Sheila Majid | — | — | — | — | ||
"The Way We Jam" | — | — | — | — | The Way We Jam | |
1999 | "More Than Forever" | — | — | — | — | |
"For You" | — | — | — | — | ||
"Luar Biasa" | — | — | — | — | Formula Luar Biasa | |
"Formula" | — | — | — | — | ||
"Jangan Lafazkan" | — | — | — | — | ||
2000 | "Hilang Kawalan" | — | — | — | — | |
"Penjunjung Namaku" | — | — | — | — | ||
"Seperti Yang Ku Jangka" Padu suara bersama Kumpulan Indigo | — | — | — | — | Episod 3 | |
"Bidadari" | — | — | — | — | Tyco | |
2001 | "With You" | — | — | — | — | |
"Saat Ku Pejamkan Mata" | — | — | — | — | ||
"Supermokhtar" | — | — | — | — | ||
2002 | "Impak Maksima" | — | — | — | — | Empayar KRUjaan Vol I & II |
"Perpisahan Terasing" | — | — | — | — | ||
"Mahaguru" | — | — | — | — | ||
2003 | "Sayang" | — | — | — | — | |
"Bintang Popular" | — | — | — | — | ||
2004 | "Babe" | — | — | — | — | Relax |
2005 | "Suluhkan Sinar" padu suara bersama pelbagai artis | — | — | — | — | CD Amal Tsunami |
"Terhangat Di Pasaran" menampilkan Adam | — | — | — | — | KRUnisme | |
"Empat Syarat" | — | — | — | — | ||
"Sampai" | — | — | — | — | ||
"Berat" | — | — | — | — | ||
2006 | "Gerenti Beres" | — | — | — | — | 10 Di Skala Richter |
"Buat Hal Lagi" menampilkan The Hits Squad | — | — | — | — | ||
2007 | "Kena Marah (Pun Tak Kisah)" | — | — | — | — | |
"Ladida Ladida" | — | — | — | — | ||
2008 | "Planet Hitam" | — | — | — | — | OST Cicakman 2 |
2009 | "Sujud" Ditampilkan bersama Mawi | — | — | — | — | Allah Habibee |
2011 | "Ganas" | — | — | — | — | Hitman |
"Tiga Kata" | — | — | — | — | KRUnomena | |
2012 | "Wanita" | — | — | — | — | |
2013 | "Semalam Tanpamu" padu suara bersama Stacy Anam | — | — | — | — | |
"Setiap" | — | — | — | — | ||
"Erti Aidilfitri" | — | — | — | — | Erti Aidilfitri (Single) | |
2016 | "Hingga Ke Jannah" | — | — | — | — | Hingga Ke Jannah (Single) |
"Kuasa Juara" | — | — | — | — | Team Malaysia (Olimpik 2016) | |
2018 | "Tahan Lama" menampilkan Joe Flizzow | — | — | — | — | Gergasi 25 Tahun |
Lagu-lagu ciptaan
suntingBerikut ialah lagu-lagu ciptaan KRU yang dipersembahkan oleh artis lain.
- Cyndi Wang (Penyanyi Taiwan) - Hi Hi Bye Bye (Nyanyian asal Ezlynn)
- AZ Yet ft. Jaclyn Victor - Magical Moment (OST Ribbit)
- Yuki - 亂了 (Aku Siapa Kau Siapa, Penyanyi asal: Elite)
- Alex To - 妳有罪的心 (Andai Kau Pergi, Penyanyi asal: Indigo)
- Caliph Buskers - Hanya NamaMu
- Sharifah Aini - Takkan Melayu Hilang Di Dunia
- Anita Sarawak - Seksis; Ular
- Erra Fazira - Ingin Tahu
- Ella - Permata Pemotong Permata; ISA /Aku
- Tiara Jacquelina - Asmaradana (OST Puteri Gunung Ledang)
- Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)
- Zainal Abidin - Ceritera (OST Silat Lagenda)
- Amy Mastura - Satu Dalam Sejuta; Tekanan Jiwa
- Ning Baizura - Bawa Daku Pergi
- Rabbani - Pergi Tak Kembali; Satu Kiblat Yang Sama; Apa Yang Kau Tahu; Intifada
- Feminin - Kini; Untukmu; Di Mana; Selamat Tinggal Cinta
- Imam Muda - Pejuang Agama (Lagu Tema Imam Muda 2)
- Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
- Elite - GIG; Trauma; Tamparan Wanita; Manisnya Senyumanmu; etc (Artis KRU)
- Adam - Tak Tahu; Robot; etc ( Artis KRU )
- Forteen - Kita; etc (Artis KRU)
- Adira - Aku Ada Kamu
- Mawi & Diana Danielle - Penyembuh Rindu (OST Magika)
- Mawi, Akhil Hayy; Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)
- Tomok - Arjuna
- Syura - Gantung
- Sofaz - Pencinta Terbaik
- Indah & Ewal - Cerita Cinta Kita (OST Pelamin Fantasia)
- Slam - Sinar Menunggu; Biarkannya
- Indigo - Istimewa; Gadis Misteri;etc (Artis KRU)
- X-factor - Sehangat Api;7251364; etc (Artis KRU)
- Phyne Ballerz - Monte Carlo; Kawan Makan Kawan; etc (Artis KRU)
- Ezlynn -Hi Hi Bye Bye; etc (Artis KRU)
- Stacy - Pakai Buang; Jahat;
- Arip (Pemenang Kilauan Emas 4) - Aku Tak Bisa
- Pelbagai Artis - Gemuruh Suara (Team Malaysia)
Konsert
sunting- 1993
- ReKRUed Rap Tour[13]
- 1995
- Awas Da' Concert
- 1997
- KRU Mega Tour (Ditaja oleh Peter Stuyvesant)
- 1999
- Jammin the Nation
- 2002
- Konsert Empayar Krujaan (26 Oktober 2002) - Dataran Merdeka
- 2012
- Konsert Ulang Tahun Ke-20 - Orange Club, Kuala Lumpur
- 2018
- Konsert Gergasi 25 KRU - Istana Budaya Kuala Lumpur
Anugerah dan pencalonan
sunting- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 – Jurutera Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas); Album Pop Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 – Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Artis/Album: KRU/Awas da’ Soundtrack)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 – Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry/Izan/Jon Gass/Martin Horenburg/Steve Hall/Ooh! La! La!); Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Ooh! La! La!)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Saw Teong Hin/Fanatik)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: KRU/The Way We Jam); Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry Abdul Halim/The Way We Jam); Anugerah Kembara
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 – Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/KRU/Intifada)
- Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Virginia Kennedy/Impak Maksima); Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/Edry, Archie & Ustaz Sohibul/Qiblat)
- Anugerah Bintang Popular 1994 - Penghibur TV Paling Popular (Lelaki)
- Anugerah Bintang Popular 1995/96 - Penyanyi Berkumpulan Popular
- Anugerah Bintang Popular 1998/99 - Penyanyi Berkumpulan Popular
- Anugerah Bintang Popular 2004 - Penyanyi Lelaki Popular (Yusry)
- Muzik Video Pilihan (Terhangat Di Pasaran)
- Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
- AJL18: Pemenang kategori Pop Rock menerusi lagu Hi Hi Bye Bye oleh Ezlynn
- Anugerah Planet Muzik 2001 - Duo/Kumpulan Terbaik
- Anugerah Planet Muzik 2008 - Anugerah Cipta Planet Muzik
- Festival Filem Malaysia 2009 - Filem Terbaik (Magika)
- Festival Filem Malaysia 2011 - Hikayat Merong Mahawangsa
- Festival Filem Malaysia 2014 - Filem Animasi Terbaik (Ribbit)
- Anugerah Shout! 2012 - The Ultimate Shout Award
- Anugerah Shout! 2013 - Music Video Award (Semalam Tanpamu - bersama Stacy)
- 1997
- Artis pertama berduet dengan yang telah meninggal dunia (P. Ramlee - Getaran Jiwa)
- Muzik video pertama dicalonkan di Anugerah Muzik Video MTV (Fanatik)
- 2001
- Artis Alam Maya Pertama Di Malaysia (Tyco)
Anugerah lain
sunting- Anugerah Pencapaian EMI
- Memperoleh Platinum 10x untuk jualan album mencecah 1 juta.
- Anugerah Video M 1997
- Muzik Video Terbaik, Persembahan Terbaik oleh Artis, Suntingan Terbaik, Fotografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Arahan Terbaik
- ntv7’s Most Popular Video Clip
- Klip Video Terbaik (Jangan Lafazkan)
- Malaysian Video Awards 2002
- Impak Maksima memenangi PERAK dalam kategori Muzik Video Terbaik
- Anugerah Tokoh Profima
- Norman Abdul Halim
- The BrandLaureate Grand Master Brand Icon Leadership Award
- Norman Abdul Halim
- MACP
- Lagu Inggeris Popular (The Way We Jam)
- Anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak - Edry Abdul Halim
- IOC Trophy Sport Innovation
- Kuasa Juara
- Niagara Integrated Film Festival
- Best Family Film - Ribbit
Catatan
sunting- ^ Bukan singkatan; tiada makna khusus bagi huruf-huruf K,R, dan U. Ianya secara sebutan menterjemah perkataan Inggeris crew
Rujukan
sunting- ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015.
- ^ Atak, Feride Hikmet (7 February 2016). "Gelaran 'Datuk', Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang". mStar Online. Star Media Group Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 4 July 2016.
- ^ "Keratan Harian Metro-Jenama KRU Terus Kukuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-02. Dicapai pada 2012-02-24.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (21 Jun 2009). "Daddy sumber inspirasi KRU". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2009. Dicapai pada 19 Februari 2010.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (3 Mei 2009). "Misi cemerlang 3 beradik". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 19 Februari 2010.
- ^ a b Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ "TYCO bukti KRU masih berbisa". Utusan Malaysia. 21 January 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 2 March 2017.
- ^ Siti Nursyazwani (18 April 2018). "'Tak mahu dikenali sebagai KRU lagi' - Norman Abdul Halim". Astro Awani. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ SGMS Faida (18 April 2018). "Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei". Xtra. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ Michelle Gun (18 April 2018). "Berderai air mata Norman bubar KRU [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ "KRU bubar selepas konsert terakhir Mei ini". Malaysia Gazette. 18 April 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
- ^ Dennis Chua (3 Mei 2018). "#Showbiz: Rockumentary of KRU's musical journey out in July". New Straits Times. Dicapai pada 5 Mei 2018.
- ^ "KRU teruskan konsert". Utusan Malaysia. 13 Mac 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2016. Dicapai pada 19 Februari 2010.