Elite (kumpulan)

(Dilencongkan dari Kumpulan Elite)

Elite[a] merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia. Ditubuhkan pada 1995, ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali. Mereka diuruskan oleh KRU dan merupakan artis rakaman sulung KRU Records, Elite ialah kumpulan penyanyi wanita yang paling lama aktif di Malaysia. Kumpulan ini meraih kejayaan komersial menerusi lagu-lagu terkenal seperti "Tamparan Wanita", "Lihatlah Dunia" dan "G.I.G".

ELITE
Kumpulan ELITE.jpg
Elite pada 1996. Dari kiri: Abby, Watie, Linda, Azza dan Shasha.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif1995–kini
Syarikat rakaman
KRU Records
Ahli
Bekas ahli

KerjayaSunting

Pada mulanya kumpulan Elite hendak dinamakan sebagai Baby G tetapi terpaksa ditukar apabila satu jenama jam dengan nama yang sama dikeluarkan pada masa itu. Elite digelar sebagai Spice Girls Malaysia, sebuah penyanyi kumpulan wanita yang terkenal di United Kingdom dek kerana aliran muzik yang serupa selain tampil dengan imej yang provokatif.

Ahli kumpulan mula mengadakan persembahan pertama mereka ketika konsert 'Awas da' Concert' KRU pada 1995. Kumpulan ini juga menyumbangkan lagu "Diari Metropolitan" dalam album berjudul Ooh! La! La! setahun kemudian. Pada tahun yang sama juga, album sulung Elite, Catwalk dikeluarkan dengan lagu "G.I.G." dan "Manisnya Senyumanmu" dikeluarkan sebagai single.

Album kedua mereka, Tamparan dikeluarkan pada Januari 1998. Ini menjadi album terakhir yang dirakamkan oleh Elite sebelum pengunduran Abby Abadi daripada kumpulan ini.

Pada tahun 2000, Elite muncul dengan album keempat, Merbahaya yang mana album ini dirakamkan tanpa sebahagian besar daripada ahli asalnya.[1]

Ahli kumpulanSunting

Ahli terkiniSunting

Bekas ahliSunting

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • Catwalk (1996)
  • Tamparan (1998)
  • Idola (1999)
  • Merbahaya (2000)

Lagu dan singleSunting

  • "Aku Siapa Kau Siapa"
  • "Bertuah"
  • "Potret Lama"
  • "Bila?"
  • "Tiada Ku Menduga"
  • "Kalau Susah Jadi Senang"
  • "Jejaka Pemalu"
  • "Asta La Vista"
  • "Simfoni Hidupku"
  • "Pasti"
  • "Lihatlah Dunia"
  • "G.I.G"
  • "Ada Sesuatu Dalam Dirimu" - video
  • "Trauma" - video
  • "Manisnya Senyumanmu"
  • "Tamparan Wanita"
  • "Dirinya Dirimu Diriku"
  • "Dua Hati"
  • "Alhamdulillah"

CatatanSunting

  1. ^ Kadangkala nama kumpulan ini digayakan dalam huruf besar, iaitu ELITE atau elite dalam huruf kecil.

RujukanSunting

  1. ^ "Elite ceburi bidang lakonan". Utusan Malaysia. 5 September 2000. Dicapai pada 7 April 2009.
  2. ^ Khadijah Ibrahim (14 Ogos 2000). "Azza Elite semakin matang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 April 2009.
  3. ^ "Abby Abadi kembali bersama Elite". Utusan Malaysia. 6 Mei 2000. Dicapai pada 7 April 2009.

Pautan luarSunting