Buka menu utama
Untuk negara lain yang menggunakan pangkat ini, sila lihat Fil Marsyal

Fil Marsyal Filipina adalah suatu pangkat yang diwujudkan pada tahun 1936 dan disandang oleh Douglas MacArthur.

Douglas MacArthurSunting

Jeneral Tentera Darat AS Douglas MacArthur merupakan Fil Marsyal pertama dan satu-satunya dalam sejarah Tentera Darat Filipina, sambil merangkap Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina dengan pangkat Mejar Jeneral. Presiden Quezon mengurniakan pangkat fil marsyal ini pada 24 Ogos 1936 dan tugas MacArthur ialah menyelia kewujudan negara bangsa Filipina.

MacArthur diberikan jawatan sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Kerajaan Komanwel Filipina, mengekalkan khidmatnya untuk membentuk sebuah tentera darat sebagai tindak balas terhadap ancaman yang semakin meningkat dari Jepun dan kemungkinan berlakunya perang di Pasifik.

MacArthur bersara dari Tentera Darat Amerika Syarikat sebagai Mejar Jeneral, sebelum ini bertugas sebagai Jeneral penuh sambil merangkap jawatan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Presiden Manuel L. Quezon kemudian mengupah beliau sebagai penasihat ketenteraan dan menugaskannya sebagai Fil Marsyal dalam Tentera Darat Filipina, sejenis pangkat yang tidak pernah wujud sebelum ini. (Isteri MacArthur mendapati keadaan agak lucu dan selalu mengatakan yang MacArthur telah meninggalkan pangkat tertinggi dalam Tentera Darat AS untuk memegang pangkat tertinggi dalam tentera darat yang tidak wujud.)

Presiden Quezon secara rasmi mengurniakan gelaran Fil Marsyal kepada MacArthur dalam satu upacara di Istana Malacañang pada 24 Ogos 1936. Beliau telah dianugerahkan baton emas dan pakaian seragam yang unik.[1] Walaupun tidak secara rasmi dianggap pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Filipina, MacArthur tidak memakai insignia khas selaku Fil Marsyal Filipina, melainkan pengubahsuaian bagi topi pegawai tenteranya. Untuk visor standard peak cap jeneral A.S. yang bertrim emas, MacArthur menambah trim bersadur emas pada bahagian hadapan topi, atas visor. MacArthur merujuk topi yang diubahsuai ini sebagai "peak cap Fil Marsyal Filipina" dan memakainya disepanjang masa Perang Dunia II dan di Perang Korea. Bagaimanapun, topi jeneral yang diubahsuai ini melanggar peraturan, dan MacArthur secara rasmi tidak pernah mendapat kebenaran memakai topi ini sebagai sebahagian daripada pakaian seragamnya.

Pada 31 Disember 1937, MacArthur bersara dari Tentera Darat A.S. dan Tentera Darat Filipina. Beliau tidak lagi mewakili Amerika Syarikat sebagai penasihat tentera kepada kerajaan tetapi kekal di Filipina sebagai penasihat Quezon dalam kapasiti awam.[2]

Pada Julai 1941, MacArthur telah dipanggil bertugas semula sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi Kawasan Pasifik Barat Daya.[3] Di sepanjang tempoh peperangan beliau terus memakai "topi Fil Marsyal".

Emilio AguinaldoSunting

Emilio Aguinaldo, Presiden Filipina pertama, memegang pangkat jeneral lima bintang yang sama dibawah gelaran "Generalisimo" dan "Menteri/Fil Marsyal" selaku Pemerintah Tertinggi pertama AFP.

Selepas tahun 1946, pangkat Fil Marsyal lenyap dari tentera Filipina dan hari ini sudah tidak digunakan lagi (pangkat tertinggi sekarang yang boleh diperolehi ialah jeneral empat bintang). Secara teorinya, pangkat ini boleh dikurniakan, tetapi ini hanya akan terjadi jika Filipina memasuki perang yang besar.

RujukanSunting

  1. ^ James, D. Clayton (1970). Volume 1, 1880–1941. The Years of MacArthur. Boston: Houghton Mifflin. m/s. 505. ISBN 0-395-10948-5. OCLC 60070186. 
  2. ^ James 1970, halaman 525.
  3. ^ "Douglas MacArthur biography". Biography.com website. Dicapai 22 February 2014.