Senarai Lagu Juara Carta Era 2010


Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penyampai radio Aznil Nawawi. Ia menampilkan turutan carta lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].

Carta Era 2010
PenganjurEra FM

Bermula November 2009, carta bertukar kepada 40 lagu dan mula bersiaran lebih awal, masing-masing pada pukul 12 tengahari dan 8 pagi setiap Ahad. Carta ini berbeza kerana ia mempunyai kedua-dua lagu berbahasa Melayu (termasuk lagu Indonesia) dan lagu antarabangsa, tidak mengira sama ada lagu berbahasa Inggeris atau Korea. Dengan penambahan posisi lagu, segmen Ngetop ERA yang memutarkan 100 peratus muzik dari seberang, termasuk juga lagu dakwah selepas info solat, dimansuhkan pada Oktober 2009.

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERAthon dan MeleTOP 40 ERA (sebelum ini Pilihanmu di Era dan C30 Era). Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta.

Turutan Juara Carta Era sunting

 
Penyanyi Shahir Zawawi mencipta sejarah tersendiri apabila single pertamanya usai menjuarai Akademi Fantasia 8 (AF8) berjudul "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" berjaya menyamai rekod selama 13 minggu iaitu "Jesnita" oleh Exists (2001-2002) sekaligus meletakkan lagu-lagu ini satu tangga di belakang lagu "Mungkin Nanti" (Peterpan) yang menjuarai selama 14 minggu.
 
Edry Abdul Halim dari kumpulan KRU berjaya menjadi komposer paling hits pada tahun 2010 apabila lagu-lagunya menjuarai carta sebanyak 22 minggu menerusi 5 lagu iaitu "Jika Kau Ubah Fikiran" (Mila Jirin), "Pakai Buang" (Stacy), "Menggegar Dunia" (Adam & Stacy), "Ku Bukan Aku" (Tilu), "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir Zawawi) dan "Jahat" (Stacy).
 
Penyanyi pop Stacy Anam menjadi artis wanita terlaris 2010 apabila tiga buah lagunya menjadi hits nombor satu iaitu "Pakai Buang", "Menggegar Dunia" (duet bersama Adam) dan "Jahat".

Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2010.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2010.


Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
re 2 Januari "Menatap Matamu" Aril Pilus [2]
9 Januari
E1001 16 Januari "Jika Kau Ubah Fikiran" Mila Jirin [3]
E1002 23 Januari "Menggegar Dunia" Adam dan Stacy Anam [4]
re 30 Januari "Pakai Buang" Stacy Anam [5]
6 Februari
E1003 13 Februari "Cari Jodoh" Wali [6]
re 20 Februari "Pakai Buang" Stacy Anam [7]
re 27 Februari "Cari Jodoh" Wali [8]
6 Mac
E1004 13 Mac "Drama King" Meet Uncle Hussain menampilkan Black Hanifah [9]
20 Mac
27 Mac
3 April
10 April
17 April
24 April
1 Mei
8 Mei
15 Mei
22 Mei
E1005 29 Mei "Selamat Malam" Faizal Tahir [10]
5 Jun
12 Jun
E1006 19 Jun "Ku Bukan Aku" Tilu [11]
re 26 Jun "Selamat Malam" Faizal Tahir [12]
E1007 3 Julai "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" Shahir Zawawi [13]
10 Julai
17 Julai
24 Julai
31 Julai
7 Ogos
14 Ogos
21 Ogos
28 Ogos
4 September
11 September
E1008 18 September "Yang Sempurnakanku" 6ixth Sense [14]
re 25 September "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" Shahir Zawawi [15]
re 2 Oktober "Yang Sempurnakanku" 6ixth Sense [16]
9 Oktober
16 Oktober
23 Oktober
re 30 Oktober "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" Shahir Zawawi [17]
E1009 6 November "Jahat" Stacy Anam [18]
13 November
20 November
E1010 27 November "Insya Allah" Maher Zain [19]
4 Disember
11 Disember
18 Disember
25 Disember

Rujukan sunting