Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya (Tulisan Jawi: دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري سلطان، يڠ دڤرتوان دان راج ڤمرينته باݢي نݢري ڤيراق دارالرضوان دان جاجهن تعلوقڽ) merupakan raja pemerintah bagi negeri Perak Darul Ridzuan dan merupakan ketua negeri serta ketua agama Islam negeri.
Sultan Perak Darul Ridzuan | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sejak 29 Mei 2014 | |
Pertabalan 06 Mei 2015 | |
Butiran | |
Gelaran | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri |
Pewaris takhta | |
Penyandang pertama | |
Pembentukan | 1 Oktober 1528 umur 1 Oktober 1528 |
Persemayaman | Istana Iskandariah, Kuala Kangsar |
Laman sesawang | sultan |
Kesultanan Perak ialah salah satu keturunan kerajaan tertua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu.
Ketika Kesultanan Melayu Melaka jatuh akibat serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan mangkat di sana dalam tahun 1528. Beliau mempunyai tiga putera yang bernama Raja Ali, Raja Muzaffar dan Raja Ahmad. Yang sulung, Raja Ali, telah mendirikan Kesultanan Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan Perak. Dengan pembunuhan raja pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Laksamana Megat Seri Rama dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.[1]
Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya susur galur dari Kesultanan Siak.
Hanya tiga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah dimakamkan di luar negeri Perak Darul Ridzuan iaitu dua di Aceh, Indonesia dan satu di Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[2]
Sistem pewarisan takhta negeri Perak
suntingBerlainan dengan kesultanan Melayu yang lain, pewarisan takhta negeri Perak mengguna pakai sistem pewarisan yang unik. Sebelum seseorang anak gahara ingin menjadi Sultan Perak, mereka perlu menjawat salah satu jawatan yang dipanggil Raja-Raja Bergelar. Berikut adalah penyandang terkini [3]
Sultan dan Raja Pemerintah | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, |
---|---|
Raja Muda | Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, |
Raja Di-Hilir | Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, |
Raja Kecil Besar | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, |
Raja Kecil Sulong | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, |
Raja Kecil Tengah | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan,
Raja Iskandar bin Raja Zairan ({nama panggilannya; Raja Zaid}) |
Raja Kecil Bongsu | Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan,
Kosong |
Senarai Sultan Perak
suntingBerikut merupakan senarai Paduka Seri Sultan-sultan Negeri Perak daripada permulaan Kesultanan Melayu Perak sehingga kini.
Salasilah Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan
suntingPetunjuk : Sultan Raja-Raja Bergelar (terkini)
Rujukan
sunting- ^ Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
- ^ "Menjejaki Makam Sultan Perak Ke 25 Di Negeri Johor". Orang Perak. 19 April 2017. Dicapai pada 3 Disember 2017.
- ^ http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/sultan-raja-raja
Bibliografi
sunting- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
- Khoo, Kay Kim (2001). "Chapter 1: The Peninsular Malay Sultanates: Genesis and Salient Features". Malay Society, Transformation & Democratisation. Subang Jaya: Pelanduk Publications. ISBN 967-978-386-3.
Pautan luar
sunting- https://www.royalark.net/Malaysia/perak.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak2.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak3.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak4.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak5.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak6.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak7.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak8.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak9.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak10.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak11.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak12.htm
- https://www.royalark.net/Malaysia/perak13.htm