Serangan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah 2014
Koordinat: 24°54′24″N 67°09′39″E / 24.90667°N 67.16083°E
Serangan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah 2014 berlaku pada 8 Jun 2014 oleh 10 militan bersenjatakan automatik , pelancar roket, jaket bunuh diri dan bom tangan menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Sindh, Pakistan. Seramai 36 orang terbunuh, termasuk semua 10 penyerang, dan sekurang-kurangnya 18 orang telah cedera.[2]
2014 Jinnah International Airport attack | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Karachi" tidak wujud. | |
Lokasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah |
Koordinat | 24°54′24″N 67°09′39″E / 24.90667°N 67.16083°E |
Tarikh | 8 Jun 2014 (PKT) |
Sasaran | Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah |
Jenis serangan | Serangan pengganas |
Kematian | 36 (termasuk 10 penyerang)[1] |
Tercedera | 18 |
Pelaku | Tehrik-i-Taliban Pakistan, Islamic Movement of Uzbekistan |
sunting · sunting di Wikidata |
Militan asing iaitu Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU) mendakwa bertanggungjawab bagi serangan itu. Penyerang asing itu daripada Uzbekistan yang dikaitkan dengan organisasi militan Al Qaeda dan bekerja rapat dengan Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP) . Serangan itu sebagai operasi bersama antara TTP dan IMU.
Latar Belakang
suntingLapangan Terbang Antarabangsa Jinnah merupakan lapangan terbang terbesar dan paling sibuk di Pakistan. Banyak penerbangan domestik dan antarabangsa transit melalui lapangan terbang ini setiap hari. Serangan ini merupakan kejadian pertama berskala besar di lapangan terbang . Rampasan Penerbangan Pan Am 73 pada 1986 juga berskala besar. Pada 2011 berlaku serangan pangkalan udara tentera laut Mehran di Karachi. Pada 2012, Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan di Peshawar, barat laut Pakistan turut diserang oleh militan .
Serangan
suntingSerangan itu bermula pada 11:20 pm pada 8 Jun 2014 hingga 4:00 am 9 Jun. Sepuluh penyerang menaiki van dan menyerang terminal kargo di Lapangan Terbang dengan senjata automatik, bom tangan, bom tangan roket , dan bahan letupan lain. Penyerang berpakaian sebagai pengawal keselamatan serta memakai jaket bunuh diri. Mereka menggunakan ID palsu untuk memasuki lapangan terbang. Beberapa militan cuba merampas kapal terbang, tetapi tidak berjaya.
Dua jam kemudian , komando Pakistan tiba dan menyerang militan. Penyerang mulanya berjaya merampas kuasa landasan lapangan terbang dan landasan.Lapan daripada sepuluh militan ditembak mati oleh komando Tentera dan dua meletupkan diri.Mereka yang maut dan cedera dimasukkan ke Hospital Abbasi Shaheed.
Lima pesawat, termasuk tiga Pakistan International Airlines pesawat (Boeing-747, A-310 dan Boeing-777) dan dua Shaheen Air pesawat dilaporkan rosak. Dua gudang kargo terbakar. Satu bom tangan diletupkan di Hangar Ispahani.
Serangan di Akademi ASF
suntingDua hari kemudian, pada 10 Jun 2014, sekumpulan militan melepaskan tembakan berhampiran sebuah Akademi Keselamatan di Lapangan Terbang Pehlwan Goth , Karachi. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam serangan itu. Operasi penerbangan digantung buat sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah dan penerbangan dialihkan ke bandar-bandar lain.[3]
Siapa bertanggungjawab
suntingTehrik-i-Taliban Pakistan (TTP) mendakwa bertanggungjawab bagi serangan itu. Mereka bertindak kerana membalas dendam terhadap kematian bekas ketua Hakimullah Mehsud , yang terbunuh di Utara Waziristan pada November 2013. TTP juga mengesahkan bahawa pelaku adalah warga asing dari etnik Uzbek yang membentuk Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU), organisasi yang bergabung dengan Al Qaeda .Serangan itu sebagai membalas dendam kerana operasi ketenteraan Pakistan terhadap Uzbek dan militan asing lain. Militan telah dilihat memakai jubah hijau dan sukan putih sambil membawa senapang .
Komander Taliban, Abdullah Bahar menolak tawaran daripada kerajaan Pakistan . Taliban mendakwa kerajaan Pakistan membunuh "beratus-ratus wanita dan kanak-kanak ". Beliau juga memberi amaran lebih banyak serangan terhadap negeri ini.
Rujukan
sunting- ^ "Pakistan: karachi airport training center attacked". Associated Press. 10 Jun 2014. Dicapai pada 10 Jun 2014.
- ^ "Taliban serang lapangan terbang". Utusan Malaysia. 10 Jun 2014.
- ^ "Karachi diserang lagi". Utusan Malaysia. 11 Jun 2014.