Si Jundai adalah merupakan drama bersiri yang disiarkan di Slot Lagenda di TV3 bagi menggantikan drama Ahmad Albob Yang Punya.

Si Jundai
GenreDrama
Dongeng
Ditulis olehAloeng Silalahi
Shaz Nadhz
Rozie Rashid
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Wan Sharmila
Azam Pitt
Nabila Huda
Roslan Salleh
Rahim Jailani
Aida Aris
Rahhim Omar
Lagu pembukaan"Suratan Yang Menyakitkan" nyanyian Sharifah Zarina
Lagu penutup"Suratan Yang Menyakitkan" nyanyian Sharifah Zarina
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
PenyuntingFaizul A. Rashid
M. Ridzuan M. Sharif
Syuqri Rabiay
Puteri Khalida
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran40 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal20 Jun 2011 – 21 Julai 2011
Kronologi
MengikutiAhmad Albob Yang Punya
Diikuti olehLaila Manja

Sinopsis sunting

Mengisahkan sebuah keluarga yang telah berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil.

Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak begitu merestui niat Sarah untuk meneruskan bakat dan minatnya itu. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni.

Di sana, Sarah bertemu dengan Edy (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Seri (Nabila Huda), iaitu bekas kekasih Edy.

Dihasut dengan perasaan dengki dan dendam, Seri kemudian menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan Sarah dan Edy. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk mengganggu Sarah lalu meletakkan kesalahan tersebut kepada Edy.

Sarah yang terperdaya akhirnya sedar pengkhiatan Seri yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya. Mungkinkah Edy, Sarah dan juga Seri sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu hitam yang kini mulai menghantui keluarga mereka?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan istimewa sunting

Rujukan sunting