Siklokarbon
Siklo[n]karbon atau siklokarbon ialah sebatian kimia yang terdiri daripada hanya n atom karbon yang membentuk sebuah gelung melalui ikatan kovalen. Sebatian ini dikira sebagai alotrop karbon memandangkan sebatian jenis ini hanya terdiri daripada atom-atom karbon.
Jenis
suntingSiklo[6]karbon
suntingSiklo[6]karbon atau benzotriuna merupakan sejenis siklokarbon dengan enam atom karbon. Sebatian ini hanya wujud secara teori dan masih tidak berjaya dihasilkan hingga kini.
Siklo[18]karbon
suntingSiklokarbon yang stabil secara termodinamik pertama diramalkan ialah siklo[18]karbon, dengan tenaga terikan gelung dikira sebanyak 72 kilokalori per mol.[1] Sebatian ini didakwa berjaya dihasilkan oleh sekumpulan saintis dari Oxford dan IBM pada Ogos 2019.[2]
Menurut para pengkaji IBM, siklo[18]karbon yang terhasil memiliki ikatan tunggal dan ikatan ganda tiga yang berselang-seli berbandingkan dengan memiliki hanya ikatan ganda dua. Oleh itu, sebatian itu mungkin boleh memiliki sifat superkonduktor.[3]
Rujukan
sunting- ^ George A. Adamson; Charles W. Rees (1996). "Towards the total synthesis of cyclo[n]carbons and the generation of cyclo[6]carbon". J. Chem. Soc., Perkin Trans. 1 (13): 1535–1543. doi:10.1039/P19960001535.
- ^ Kaiser, Katharina (15 Aug 2019). "An sp-hybridized molecular carbon allotrope, cyclo[18]carbon". Science. doi:10.1126/science.aay1914.
- ^ Castelvecchi, Davide (15 August 2019). "Chemists make first-ever ring of pure carbon". Nature (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1038/d41586-019-02473-z. Dicapai pada 16 August 2019.