Singapore Telecommunications
(Dilencongkan dari SingTel)
"SingTel" dilencongkan di sini.
Singapore Telecommunications Limited (SGX: T48, ASX:sgt), ataupun SingTel, ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Asia. Dengan sejumlah 185.3 juta pelanggan dari operasi sendirinya di Singapura dan sekutu-sekutu serantaunya pada penghujung bulan Mei 2008 [1], SingTel merupakan pengendali rangkaian mobil terbesar di Asia Pasifik di luar Republik Rakyat China. SingTel menawarkan perkhidmatan ISP (SingNet), IPTV (mio TV), telefon bimbit dan talian tetap.
![]() | |
Awam (SGX: T48, ASX:sgt) | |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 1879 |
Ibu pejabat | Singapura |
Perancang utama | Chumpol NaLamlieng, Pengerusi Chua Sock Koong (CEO Kumpulan) Allen Lew (CEO, Singapura) Lim Chuan Poh (CEO, Antarabangsa) Jeann Low (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan) |
Keluaran | Perkhidmatan mudah alih Internet Perkhidmatan rangkaian tetap IPTV |
Hasil | ▲ $14,844.4 juta SGD (Mac 2008) |
▲ $4,530.2 juta SGD (Mac 2008) | |
Bilangan pekerja | >20,000 |
Induk | Temasek Holdings |
Laman sesawang | singtel.com |
SingTel telah banyak berkembang ke luar Singapura serta memiliki saham dalam banyak pengendali serantau, termasuk 100% saham syarikat telekomunikasi Optus di Australia yang dibelinya pada tahun 2000 dari Cable & Wireless dan pemegang-pemegang saham Optus yang lain.