Terung

(Dilencongkan daripada Solanum)

Terung (Jawi: تروڠ) ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.

Terung
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. melongena
Nama binomial
Solanum melongena
Sinonim

Solanum ovigerum Dunal
Solanum trongum Poir.
dan lihat teks

Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.

Dari segi botani, terung yang dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.

Sejarah

sunting

Terung ialah sayuran yang ditanam untuk dimakan. Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepada kultivarnya. Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih. Terung berasal dari India.[1][2] Ia ditanam di bahagian selatan dan timur Asia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun 1500. Rekod bertulis yang pertama terhadap Pokok Terung dijumpai dalam Qí mín yào shù, sebuah karya pertanian Cina kuno yang disiapkan pada tahun 544.[3] Bilangan nama bahasa Arab dan Afrika Utara yang besar untuk Pokok Terung serta kekurangan nama Yunani dan Rom menunjukkan bahawa pokok ini dibawa masuk ke dunia Barat menerusi kawasan Mediterranean oleh orang Arab pada awal Zaman Pertengahan. Nama saintifiknya, Solanum melongena, berasal daripada istilah Arab abad ke-16 untuk sejenis pokok terung.

Disebabkan hubungan Pokok Terung dengan keluarga Solanaceae, buah terung dianggap pada suatu ketika sebagai beracun. Sedangkan buah terung boleh dimakan tanpa sebarang kesan yang buruk oleh kebanyakan orang, bagi sesetengah orang yang lain, memakan buah terung (serupa dengan memakan buah pokok yang berkait seperti tomato, ubi kentang, dan kapsikum atau cili kembung) boleh menjejaskan kesihatan mereka. Sesetengah buah terung adalah agak pahit dan merengsakan pelapik perut serta mengakibatkan gastritis. Oleh yang demikian, sesetengah sumber, khususnya daripada komuniti kesihatan semula jadi, mengatakan bahawa Pokok Terung dan genus berkait boleh mengakibatkan atau menerukkan artritis dengan ketara dan justera itu, harus dijauhi oleh mereka yang peka terhadapnya.[4]

Galeri

sunting

Jenis-jenis

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Tsao dan Lo dalam "Vegetables: Types and Biology". Handbook of Food Science, Technology, and Engineering oleh Yiu H. Hui (2006). CRC Press. ISBN 1-57444-551-0.
  2. ^ Doijode, S. D. (2001). Seed storage of horticultural crops (m.s. 157). Haworth Press: ISBN 1-56022-901-2
  3. ^ Fuchsia Dunlop (2006), Revolutionary Chinese Cookbook: Recipes from Hunan Province, Ebury Press, m/s. 202
  4. ^ Childers, N.F. (PhD) & Margoles, M.S. (MD). (1993). An apparent relation of nightshades (Solanaceae) to arthritis. Journal of Neurological and Orthopedic Medical Surgery. 12: 227-231. (Rencana disediakan dalam tarian oleh Arthritis Nightshades Research Foundation | http://www.noarthritis.com/research.htm

Lihat juga

sunting
Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Pautan luar

sunting