Souq al-Madinah

Pasar atau souk lama di Aleppo, Syria

Souq Madinah (Arab: سوق المدينة Souq al-madinah, harfiah, "Pasar kota") ialah sebuah pasar berbumbung yang terletak di tengah-tengah kota Aleppo di Syria, di dalam kawsan lama kota yang berdinding. Dengan lorong-lorongnya yang panjang lagi sempit, Pasar Madinah ialah pasar bersejarah yang bertutup yang terbesar di dunia, dengan panjang berukuran 13 kilometer.[1] Ia sebuah pusat perdagangan penting bagi pengimportan barangan mewah, seperti sutera mentah dari Iran, rempah dan pewarna dari India dan banyak produk-produk lain. Pasar Madinah juga menawarkan produk-produk tempatan seperti bulu kambing, hasil-hasil pertanian dan sabun. Kebanyakan pasar berasal dari abad ke-14 M dan dinamakan sempena profesion dan ketukangan, justeru pasar bulu kambing, pasar kuprum, dan sebaginya. Selain daripada perdagangan, pasar ini juga menyediakan ruang buat para pedagang dan barangan mereka di dalam khan atau caravanserai (sejenis asrama atau rumah penginapan di mana kafilah tinggal) yang bertaburan di dalam pasar itu sendiri. Pasar-pasar kecil disebut kisaria (Arab: قيساريات. Kisaria lebih kecil daripada khan dan berfungsi sebagai bengkel pertukangan. Kebanyakan khan diberi nama sempena fungsi dan tempat letak di dalam pasar, dan bercirikan muka dan pintu yang meiliki pintu kayu yang diperkukuhkan.

Souq al-Madinah
("Pasar Madinah")
Jalan utama di mana Pasar Madinah terletak di kedua-dua belah jalan.
Nama asalError {{native name}}: an IETF language tag as parameter {{{1}}} is required (help)
LokasiAleppo, Syria
Koordinat36°12′N 37°09′E / 36.200°N 37.150°E / 36.200; 37.150
Pembinaan
Siap dibinaAbad ke-14

Pasar Madinah sebahagian daripada Kota Lama Aleppo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1986.[2]

Banyak bahagian-bahagian pasar dan bangunan Zaman Pertengahan di dalam kota kuno itu musnah, terbakar ataupun rosak ekoran pertempuran antara pihak tentera kerajaan Syria dan Tentera Bebas Syria dalam konflik bersenjata yang masih berjalan di Syria[3].

Souq dan khan sunting

 
Khan al-Shouneh
 
Souq al-Hiraj
 
Souq al-Dira'

Lokasi kota yang strategik menarik penduduk daripada segenap bangsa dan kepercayaan yang datang dengan tujuan mengambil kesempatan laluan-laluan dagang yang bertemu di Aleppo, laluan yang berasal dari China dan Mesopotamia di sebelah timur, Eropah di barat, dan Hilal Subur] dan Mesir di arah selatan.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "eAleppo: The old Souqs of Aleppo (in Arabic)". Esyria.sy. Dicapai pada 2013-06-10.
  2. ^ "eAleppo:Aleppo city major plans throughout the history" (dalam bahasa Arabic).CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Death of monument to human history in Syria's war-torn Aleppo". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2013-06-10.

Pautan luar sunting