Spaniel Boykin

baka anjing dari Amerika Syarikat

Spaniel Boykin[a] satu ialah baka anjing bersaiz sederhana, iaitu spaniel yang dibiakbakakan untuk memburu ayam belanda dan itik liar di Paya Sungai Wateree di Carolina Selatan, di Amerika Syarikat. Ia merupakan anjing negeri Carolina Selatan, tempat penemuan dan perkembangan lanjutnya oleh pemburu pada awal hingga pertengahan tahun 1900-an. 1 September ialah Hari Spaniel Boykin di Carolina Selatan, yang pada asalnya diasaskan pada tahun 1984.[1]

Spaniel Boykin
Spaniel Boykin
Nama ringkasBoykin, swamp poodle, LBD (little brown dog, little brown devil)
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 30–40 lb (14–18 kg)
Betina 25–35 lb (11–16 kg)
Tinggi Jantan 15.5–18 in (39–46 cm)
Betina 14–16.5 in (36–42 cm)
Bulu Sederhana panjang, lurus hingga sederhana keriting
Warna Hati pekat, kuning buluh kotor, atau coklat gelap
Saiz perinduk Kira-kira 5–8 ekor anak anjing
CatatanAnjing negeri Carolina Selatan
Anjing (Canis lupus familiaris)
Spaniel Boykin yang menggarah

Penampilan sunting

Spaniel Boykin hanya lebih besar sedikit daripada kokerspaniel Inggeris tetapi jauh lebih berat melalui lebar tubuh. Ketinggian pada paras kelasa untuk jantan adalah dalam julat 15.5–17 in (39–43 cm) dan berat 30–40 lb (14–18 kg). Betina adalah lebih kecil, setinggi 14–16.5 in (36–42 cm) dan seberat 25–35 lb (11–16 kg). Pembeli patut menyedari saiz dan berat dalam pedigri anak anjing sebelum memilih pembiak baka jika saiz ialah faktor dalam pilihan anjing mereka. Secara tradisional, ekornya dipotong pada usia tiga hari, meninggalkan 1/3 panjang. Matanya menawan dan cerah. Warnanya berkisar daripada emas bersinar hingga ambar gelap. Anak anjing mempunyai mata seperti emas kebiru-biruan susu hingga ambar sehingga berusia beberapa bulan. Warna lapis bulu terdiri daripada hati atau coklat (cahaya warna perang).

Panjang dan kepadatan lapis bulu berbeza-beza secara meluas kerana kepelbagaian baka yang membentuk latar belakang terkini baka ini. Lapis bulunya rata hingga sederhana keriting dengan panjang sederhana, bulu halus dengan jumbai ringan yang dapat diterima pada tungkai, kaki, telinga, dada, dan perut. Panjangnya biasanya 1–2 inci (2.5–5.1 cm) di serata tubuh. Segelintir susur galur memiliki lapis bulu lurus lebih pendek seperti anjing pengutip Labrador. Jumbai pada telinga, dada, melalui kelim dan di sepanjang tungkai dapat menjadi sangat sedikit hingga sederhana dari segi kepadatan dan panjang. Jumbai mungkin mendapat warna keemasan luntur matahari hingga kuning keperang-perangan terutamanya pada telinga dan tidak patut dikenakan penalti. Anjing terdandan patut mempunyai pelucutan atau pemotongan minimum, dengan sedikit pembentukan di sekeliling kepala dan garis atas. Sesetengah individu mempunyai toncet seperti seter Llewellin. Jenis padang kerap dicukur dan tidak patut dikenakan dipenalti selagi panjangnya sesuai untuk melindungi kulit. Pencukuran tidak betul bakal menghasilkan sesetengah lapis bulu yang tumbuh semula dengan perubahan warna, pemudaran, atau pengelabuan berlebihan. Tanda-tanda putih selain tanda pada dada, atau tanda putih pada dada yang melebihi 60% lebar dada, menyingkirkan anak anjing daripada pendaftaran dengan Boykin Spaniel Society,[2] walaupun American Kennel Club dan United Kennel Club tidak mengizinkan penolakan pendaftaran atas sebab pengakuran.[3] Putih pada jari kaki atau dada ialah trait kosmetik semata-mata dan tidak akan menjejaskan keupayaan atau kesihatan anjing.

Kegunaan perburuan sunting

Spaniel Boykin ialah pemburu serba guna yang bekerja sebagai pengutip dan pemburu tanah tinggi yang menggarah burung ke udara. Penuding tidak sesuai dengan gaya perburuan spaniel Boykin, namun ramai mengelirukan ciri-ciri "penggarahan teragak-agak" dengan penudingan. Daripada enam atau lapan baka berlainan yang digunakan untuk mewujudkan baka semasa, tiga baka merupakan baka penuding atas sebab ini. Spaniel Boykin padang ingin bertindak dengan tepat 100% apabila ia menggarah burung dan, sebagai rakan patuh, ia tahu menunggu sehingga pemburu berkedudukan untuk menembak.[4] Staminanya dalam cuaca panas dan keghairahannya menjadikannya bagus untuk pemburuan merpati, namun juga untuk pheasant dan buruan tanah tinggi lain. Ia dapat digunakan dalam penggiringan rusa atau dalam penjejakan buruan tercedera. Saiz kecilnya menjadikannya mudah dibawa di dalam kano atau bot kecil lain dan ia diperihalkan sebagai "anjing yang tidak menggoyangkan bot".[5] Walau bagaimanapun, peratusan tinggi yang tidak dapat diterima bagi spaniel Boykin tidak dapat menghasilkan protein secara dalaman yang diperlukan untuk memastikan ototnya bekerja semasa kerja berterusan dalam suhu panas dan dapat membawa maut. Sehingga tahun 2017, sindrom rebah cetusan senaman (EIC) muncul pada kira-kira 10% daripada semua spaniel Boykin kerana amalan pembiakbakaan tidak berperhatian. Penyaringan untuk kehadiran gen yang menyebabkan EIC dilakukan dengan pengumpulan ringkas dan analisis sampel DNA.[6] Bakal pembeli anak spaniel Boykin dinasihati agar mendapatkan bukti sahih pengujian DNA daripada semua pembiak baka sebelum membeli.

Perangai sunting

Spaniel Boykin ialah anjing ramah dan sosial yang dianggap sebagai anjing peliharaan keluarga bagus.[7] Ia mudah dilatih dan bersemangat untuk bekerja. Ia bagus dengan kanak-kanak dan anjing lain dan amat stabil di sekeliling kanak-kanak dan anjing lain. Ia kadang-kadang dapat dikatatkan bertenaga dengan daya ketahanan hebat. Ia sangat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran berlainan selagi diberi cukup peluang untuk interaksi sosial dan banyak masa untuk membakar bekalan tenaga berlebihan. Ia tidak mudah marah dan cenderung untuk ingin menggembirakan dan ramah, namun ia menyukai perhatian dan amat mesra.[8]

Penjagaan sunting

Seperti semua anjing, spaniel Boykin memerlukan senaman harian dan pendandanan kerap. Pengguntingan lapis bulu dengan kerap disyorkan terutamanya jika anjing berkenaan berada di padang, kerana lapis bulu lembutnya mengumpulkan sekoi dan briar.[9]

Sejarah sunting

Spaniel Boykin pertama, atau pendahulu kepada baka kini, dilaporkan sebagai anjing kecil terbiar jenis spaniel yang berkawan dengan seorang jurubank yang berjalan kaki dari rumah beliau ke Gereja Presbiterian Pertama di Spartanburg, Carolina Selatan pada sekitar tahun 1900. Alexander L. White (1860–1942) menyukai anjing kecil itu dan membawanya pulang. Selepas anjing ini menunjukkan sedikit aptitud untuk pengutipan, White mengirimkan anjing yang dipanggil "Dumpy" itu kepada rakan lama dan rakan pemburu beliau Lemuel Whitaker Boykin dekat dengan Camden, Carolina Selatan. "Whit" Boykin (1861–1932) beruji kaji dengan pembiakbakaan silang baka berlainan dan anjing terhasil dinamai sempena nama beliau.[5] Baka ini ialah salah satu daripada dua baka buatan Amerika Syarikat yang dinamai sempena keluarga yang bertanggungjawab untuk pewujudannya. Di tangan Boykin, anjing terbiar ini berkembang menjadi seekor anjing ayam belanda dan anjing pengutip unggas air hebat. Anjing ini menjadi ternakan asasi untuk spaniel Boykin. Anjing perlu bersaiz cukup kecil untuk menaiki bot kecil yang digunakan oleh pemburu di kawasan paya. Anjing pengutip Teluk Chesapeake, springerspaniel, kokerspaniel, spaniel air Amerika, dan pelbagai baka penuding digunakan dalam perkembangan baka ini, menurut cucu kepada Whit Boykin, iaitu Dr. Baynard Boykin.[5] Kawasan perkembangan baka ini, di sekitar Camden, Carolina Selatan, ialah kawasan peranginan dan perburuan dan baka ini disedari oleh pelawat dan kemudian tersebar ke seluruh Amerika Syarikat.[10] Pada tahun 1977, Boykin Spaniel Society dibentuk oleh keluarga Boykin dan mula menyelenggara buku pembaka pada tahun 1979. Buku pembaka BSS telah "ditutup" sejak tahun 1980, yang bermakna bahawa hanya anjing daripada induk berdaftar BSS boleh didaftarkan dengan BSS.[perlu rujukan] Spaniel Boykin diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1985.[11] UKC mempunyai buku pembaka terbuka. Pada tahun 1990-an, sekumpulan penggemar membentuk Boykin Spaniel Club and Breeders Association of America untuk mencapai pengiktirafan AKC bagi baka ini dan untuk mendapatkan akses kepada Ujian Perburuan Spaniel AKC yang diadakan di seluruh negara.[12] Pada tahun 2007, Boykin Spaniel Club and Breeders Association of America (BSCBAA) diiktiraf oleh AKC sebagai kelab induk untuk baka ini.[13]

Pada Januari 2006, baka ini menjadi layak untuk bertanding dalam ujian Perburuan Spaniel AKC untuk gelaran rasmi AKC. Pada Julai 2006, spaniel Boykin menjadi layak untuk mendapat gelaran AKC dalam ketangkasan, penjejakan, rally obedience, dan kepaturan regular AKC.[perlu rujukan]

Kesihatan sunting

 
Spaniel Boykin tersesuai terhadap pelbagai keadaan cuaca.

Menurut statistik yang dibangunkan dan diselenggarakan oleh Orthopedic Foundation for Animals (OFA) sejak tahun 1985, spaniel Boykin dewasa mempunyai kadar kejadian amat tinggi (> 30%) bagi displasia pinggul, walaupun kadarnya menurun dalam tempoh 7 tahun lalu disebabkan oleh penekanan yang diletakkan oleh Boykin Spaniel Foundation. Displasia pinggul anjing dianggap oleh ahli saiss sebagai keadaan keturunan dan perolehan (yang disebabkan oleh diet, senaman terlalu berat, dan status kembiri/neuter).

Baka ini juga mempunyai kerentanan terhadap penyakit jantung terwarisi, penyakit mata, dan kehelan tempurung lutut. Masalah kulit dan lapis bulu memang wujud dan mungkin dikaitkan dengan gangguan alahan, tiroid, atau endokrin. Displasia siku, penyakit Cushing, dan hipotiroidisme diketahui pada baka ini.

Pada awal tahun 2010, rebah cetusan senaman dikenal pasti secara positif pada baka ini oleh Makmal Diagnostik Veterinar Universiti Minnesota. Pada tahun 2013, Boykin Spaniel Foundation bersama-sama dengan makmal Optigen Universiti Cornell melakukan pensampelan rawak bagi 180+ ekor spaniel Boykin dewasa untuk anomali mata collie, iaitu penyakit mata terwaris yang menyebabkan pencanggaan komponen mata dan gangguan penglihatan, termasuk kebutaan separa-hingga-penuh. Setahun kemudian, Boykin Spaniel Foundation melakukan satu lagi pensampelan rawak bagi 180 ekor anjing untuk mielopati degeneratif, iaitu satu lagi penyakit boleh waris yang menyebabkan anjing dewasa mengalami kemerosotan saraf tunjang secara beransur-ansur dan membawa maut dan mengakibatkan kematian apabila anjing terjejas berusia pertengahan. Pengujian DNA bagi ketiga-tiga penyakit resesif autosom ini dapat benar-benar mengenal pasti pembawa genetik (satu salinan gen) dan individu berisiko (dua salinan gen).

Sebelum digunakan untuk pembiakbakaan, anjing patut diuji untuk displasia pinggul, penyakit mata keturunan, keabnormalan jantung (khususnya stenosis pulmonari), kehelan tempurung lutut keturunan, rebah cetusan senaman keturunan, mielopati degeneratif, dan anomali mata collie. Pemeriksaan mata patut dilakukan setiap tahun.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سڤانيئل بويکين; bahasa Inggeris: Boykin spaniel

Rujukan sunting

  1. ^ "Boykin Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Dicapai pada 30 Mac 2024.Templat:Dead YouTube link
  2. ^ "Boykin Spaniel - Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ BSCBAA/AKC breed standard (Inggeris) Diarkibkan 3 Julai 2008 di Wayback Machine
  4. ^ Hunting Style, BSCBAA (Inggeris) Diarkibkan 9 Mei 2008 di Wayback Machine
  5. ^ a b c history, from the Boykin Spaniel Society (Inggeris)
  6. ^ "How, when & Where" (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Creel, Mike. "Boykin Spaniel". South Carolina Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2011. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  8. ^ "Boykin Spaniel Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mac 2024.
  9. ^ Boykin Training and Grooming Tips, Boykin Spaniel Society (Inggeris)
  10. ^ "Boykin Spaniel History" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  11. ^ "United Kennel Club: Boykin Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 8 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2010. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  12. ^ "About the Boykin Spaniel Club and Breeders Association of America (BSCBAA)" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2010.
  13. ^ "History". The Boykin Spaniel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mac 2024.

Pautan luar sunting