Stadium Nasional Bukit Jalil

stadium di Malaysia
(Dilencongkan dari Stadium Nasional, Bukit Jalil)

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Bandaraya Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton. Memenangi anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017.[3]

Stadium Nasional Bukit Jalil
LokasiBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Transit awam SP17  Stesen LRT Bukit Jalil
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia
PentadbirBandaraya Sukan Kuala Lumpur
Kapasiti87,411[1]
Saiz Padang105 kali 68 m (344 kali 223 ka)
PermukaanZeon Zoysia
Papan MarkahPanel LED dari SAMSUNG OLED
Pembinaan
Dibina1 Januari 1995; 29 tahun yang lalu (1995-01-01)
Dibuka11 Julai 1998; 25 tahun yang lalu (1998-07-11)
Pengubahsuaian1 Januari 1998; 26 tahun yang lalu (1998-01-01)
Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07)
Diperluas1 Januari 1998; 26 tahun yang lalu (1998-01-01)
Kos pembinaanRM800 juta[2]
ArkitekArkitek FAA
Weidleplan Consulting Gmbh
Schlaich Bergermann Partner
Populous (2017 renovasi)
Kontraktor utamaKumpulan UEM
Malaysian Resources Corporation Berhad (2017 renovasi)
Tuan rumah
Persatuan Bola Sepak Malaysia

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Penyanyi kesayangan negara Siti Nurhaliza Binti Tarudin adalah satu-satunya anak seni tempatan yang pernah melakukan konsert di Stadium Nasional. Beliau telah melakukan konsert di Stadium Nasional pada Ogos, Tahun 2004. Merupakan konsert terbesar nasional apabila menghimpunkan hampir 70,000 penonton.

Kumpulan Rock dari Britain, Coldplay, juga telah mengadakan konsert jelajah mereka ' Music of the Spheres World Tour ' buat pertama kalinya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023. Menurut laporan Billboard, konsert tersebut di hadiri 81,812[1] peminat dan merupakan konsert antarabangsa yang terbesar pernah di adakan di Malaysia. Berikutan jumlah penonton yang ramai di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tersebut, ianya sekali gus memecah rekod karier Coldplay sebagai jumlah penonton konsert mereka yang tertinggi dalam satu malam, mengatasi jumlah penonton di Croke Park, Ireland pada tahun 2017. Konsert ini menjana keuntungan sebanyak $10.9 Juta.

Gallery sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.worldstadiumdatabase.com/bukit-jalil-national-stadium-stadium-kuala-lumpur-in-malaysia.htm
  2. ^ "Bukit Jalil National Stadium - Malaysia | Football Tripper". Football Tripper (dalam bahasa Inggeris). 12 July 2014. Dicapai pada 26 August 2017.
  3. ^ www.worldstadiums.com (Stadium Bukit Jalil)