Star Wars: Episode IV – A New Hope
Star Wars Episode IV: A New Hope (bahasa Melayu harfiah Perang Bintang: Asa Baharu), asalnya dikenali sebagai Star Wars,[2] ialah filem opera angkasa lepas Amerika Syarikat 1977,[3] ditulis dan diarahkan oleh George Lucas. Ia adalah yang pertama dari enam filem dikeluarkan dalam saga Star Wars: dua filem berikutnya menyambung cerita ini, manakala tiga filem sebelumnya menyumbangkan cerita latar, terutamanya watak Darth Vader. Dalam penggunaan kesan khas, filem Star Wars asal adalah filem yang lebih berjaya dan berpengaruh.
Star Wars: A New Hope | |
---|---|
Fail:StarWarsMoviePoster1977.jpg Poster tayangan pagawam | |
Pengarah | George Lucas |
Penerbit | Gary Kurtz George Lucas Rick McCallum (Edisi Khas) |
Penulis | George Lucas |
Dibintangi oleh | Mark Hamill Harrison Ford Carrie Fisher Peter Cushing Alec Guinness Kenny Baker Anthony Daniels |
Muzik oleh | John Williams |
Sinematografi | Gilbert Taylor, BSC |
Disunting oleh | Richard Chew Paul Hirsch Marcia Lucas |
Syarikat penerbitan | |
Pengedar | 20th Century Fox |
Mula ditayangkan | 25 Mei 1977 |
Tempoh tayangan | Potongan teater: 121 minit Edisi khas: 124 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Perbelanjaan | $11,000,000[1] |
Pecah panggung | Seluruh dunia: $775,398,007[1] |
Latarnya adalah dalam masa sebelumnya dalam galaksi, sekumpulan penentang dikenali sebagai Puak Pemberontak memusnahkan stesen angkasa Death Star Empayar. Seorang budak petani, Luke Skywalker menjadi perwira selepas dia mengambil droid membawa pelan skematik stesen. Dia mesti mengikut Jedi Master Obi-Wan Kenobi dalam misi untuk menyelamatkan pemilik droid, pemimpin pemberontak yang bernama Puteri Leia Organa. Luke menghantar pelan itu kepada pangkalan pemberontak yang rahsia dan menolong puak pemberontak tersebut memusnahkan stesen itu sebelum ia memusnahkan pangkalan pemberontak tersebut.
RingkasanSunting
Galaksi telah berlakunya perang saudara. Penyiasat puak pemberontak telah mencuri pelan Death Star, sebuah stesen ketenteraan yang mempunyai kemampuan untuk memusnahkan sebuah planet. Pemimpin puak pemberontak, Putera Leia mempunyai pelan tersebut, tetapi pesawatnya telah diserang oleh angkatan Empayar yang dipimpin oleh Darth Vader. Sebelum ditangkap, Leia menyembunyikan pelan tersebut dalam sistem memori sebuah droid yang bernama R2-D2. Seterusnya, R2 mendarat di sebuah planet gurun yang bernama Tatooine bersama dengan sebuah droid protokol, C3-PO.
Selepas itu, kedua-kedua droid tersebut ditangkap oleh peniaga-peniaga Jawa. Mereka lalu menjual droid itu kepada beberapa orang petani iaitu Owen Lars, Beru Lars dan anak saudara mereka Luke Skywalker. Semasa Luke sedang membersihkan badan R2, dia kebetulan menyiarkan sebahagian daripada mesej hologram yang dirakam oleh Leia, yang di mana dia sedang meminta bantuan daripada seorang yang bernama Obi-Wan Kenobi. Luke menyangka maknanya Ben Kenobi, seorang pendeta tua. Berita ini juga diberitahu kepada bapa dan ibu saudaranya. Pada waktu malam, R2 tiba-tiba menghilangkan diri.
Pada keesokan hari, Luke pergi mencari R2, manakala droid itu sedang mencari Obi-Wan Kenobi. Selepas menemui R2, Luke telah diserang oleh beberapa orang Sandpeople. Tidak lama kemudian, Sandpeople itu telah melarikan diri setelah ternampak Ben Kenobi yang mendedahkan diri sebagai Obi-Wan Kenobi. Ben menceritakan hari-harinya selaku Kesateria Jedi, pendamai yang mempunyai kuasa sakti yang diturunkan daripada sejenis kuasa yang diberi namanya “Force”. Sebalik daripada kata-kata bapa saudaranya, Luke juga mengetahui bapanya telah dibunuh oleh salah seorang perantis Ben yang bernama Vader. Kesateria Jedi juga nyaris-nyaris pupus disebabkan oleh Empayar Galaktik, Ben menunjukkan senjata bapanya kepada Luke, iaitu “lightsaber”, senjata yang digunakan oleh Kesateria Jedi.
Ben mampu menyiarkan kesuluruhan rakaman hologram itu. Mereka mengetahui bahawa Leia meminta Ben untuk membawakan pelan Death Star ke Alderaan, planet kediamannya dan memberikannya kepada bapanya untuk dianalisa. Ben mengajak Luke untuk menemaninya ke Alderaan dan mempelajari cara penggunaan Force. Luke menyangkal, sehingganya bapa dan ibu saudaranya telah dibunuh oleh Stormtrooper Empayar yang sedang mencari R2 dan 3PO. Luke, Ben dan kedua-dua droid tersebut bertolak ke Mos Eisley untuk mencari seorang juruterbang untuk pergi ke Alderaan. Ben dan Luke berjumpa dengan seorang penyeludup yang bernama Han Solo dan Chewbacca, iaitu ketua kelasi Han. Ben mengupah mereka untuk membawa mereka ke Alderaan dengan menaiki pesawat Han, Millennium Falcon.
Setelah tiba di lokasi Alderaan, mereka menemukan planet Alderaan sudah dimusnahkan oleh Death Star atas perintah Komander Empayar, Grand Moff Tarkin sebagai pertunjukan kuasa. Pesawat mereka juga telah disentak oleh Death Star melalui tractor beam ke hangar stesen tersebut. Ben telah mematikan sistem tractor beam, manakala Luke telah menemui Leia dengan bantuan Han dan Chewbacca. Seterusnya, mereka pulang ke pesawat mereka semasa Ben sedang bertempur dengan Darth Vader. Ben memangsakan diri demi keselamatan mereka. Mereka bertiga melarikan diri dari Death Star tidak lama lagi, tetapi Empayar mampu menjejaki mereka.
Mereka semua pulang ke pangkalan puak pemberontak yang berkedudukan di Yavin Iv. Setelah pelan itu dianalisa, puak pemberontak mengenal pasti saluran pemanas yang tersambung dengan reaktor utama stesen itu yang boleh menyebabkan kemusnahan Death Star melalui tindakbalas berantai. Luke bergabung skuadron serangan puak pemberontak, manakala Han bersedia untuk kembali selepas mengambil ganjarannya, walau bagaimanapun Luke memintanya membantu puak penentang. Dalam pertempuran berikutnya, puak pemberontak mengalami kegalalan yang besar, banyak juruterbang telah terkorban, meninggalkan Luke sebagai salah seorang juruterbang yang terselamat. Vader memimpin sebuah skuadron jet pejuang TIE, bersedia untuk menyerang pesawat Luke. Dalam saat ini, Han kembali dan menembak jet pejuang empayar tersebut, menyebabkan pesawat Vader berpusing-pusing. Dibantu oleh bimbingan jiwa Obi-Wan, Luke dapat memusnahkan Death Star sebelum Empayar dapat menyerang pangkalan puak pemberontak. Mereka semua kembali ke pangkalan puak pemberontak, Han dan Luke menerima pingat daripada Leia atas keperwiraan mereka.
NotaSunting
- ^ a b "Star Wars (1997)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2009-02-05.
- ^ Lucas, George (2004). DVD commentary for Star Wars Episode IV: A New Hope (DVD). 20th Century Fox.
- ^ Hilton, Beth (13 Ogos 2008). "Lucas: 'Star Wars' is not sci-fi". Digital Spy. Dicapai pada 2008-10-18.
RujukanSunting
- Rinzler, J. W. (2007) The Making of Star Wars. New York: Ballantine Books. ISBN 978-0-345-49476-4
- Pollock, Dale (1999) Skywalking: The Life and Films of George Lucas, Da Capo Press. ISBN 0-306-80904-4
Bacaan lanjutSunting
- Bailey, T.J. (2005) Devising a Dream: A Book of Star Wars Facts and Production Timeline, Wasteland Press. ISBN 1-933265-55-8
- Blackman, W. Haden (2004) The New Essential Guide to Weapons and Technology, Revised Edition (Star Wars), Del Rey. ISBN 0-345-44903-7
- Bouzereau, Laurent (1997) Star Wars: The Annotated Screenplays, Del Rey. ISBN 0-345-40981-7
- Sansweet, Stephen (1992) Star Wars - From Concept to Screen to Collectible, Chronicle Books. ISBN 0-8118-0101-2
Pautan luarSunting
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Star Wars: Episode IV – A New Hope |
- Star Wars Episode IV: A New Hope
- Star Wars Episode IV: A New Hope at StarWars.com
- Star Wars Episode IV: A New Hope di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Star Wars Episode IV: A New Hope di Allmovie
- Star Wars Episode IV: A New Hope di Rotten Tomatoes
- Star Wars Episode IV: A New Hope di Box Office Mojo
- Star Wars Episode IV: A New Hope dalam Wookieepedia: Wiki Star Wars
- Star Wars: The Changes - Part 1
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Logan's Run |
Saturn Award for Best Science Fiction Film 1977 |
Diikuti oleh: Superman |