Sukan Olimpik Musim Panas 1896

Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics; Bahasa Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, translit. Therinoí Olympiakoí Agónes 1896) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896.[3] Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.[4]

Sukan Olimpik I
Games of the I Olympiad

Bandar tuan rumah Athens, Greece
Penyertaan negara 14[1]
Jumlah atlet 241[2]
Acara 43 acara dalam 9 sukan
Upacara perasmian 6 April
Upacara penutupan 15 April
Dirasmikan oleh George I dari Yunani
Stadium Panathinaiko Stadium

Acara sukanSunting

Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.[5]

Negara pesertaSunting

Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walu bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai perserta dalam Sukan Olimpik 1896:[6]

Pungutan pingatSunting

14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.[7]

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Amerika Syarikat 11 7 2 20
2   Yunani 10 17 19 46
3   Jerman 6 5 2 13
4   Perancis 5 4 2 11
5   United Kingdom 2 3 2 7
6   Hungary 2 1 3 6
7   Austria 2 1 2 5
8   Australia 2 0 0 2
9   Denmark 1 2 3 6
10   Switzerland 1 2 0 3
11 Pasukan campuran 1 1 1 3

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Angka yang diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berbeza-beza dari 10 hingga 15 buah negara; kerana kriteria yang membentuk pasukan negara tidak seberapa wujud pada ketika ini dan para peserta sama ada mewakili diri mahupun kelab mereka sendiri. Tambahan lagi, negara-negara peserta tidak begitu ditetpkan sejelas yang sedia ada pada zaman ini. The number of countries here reflects the number used by most modern sources. Lihat #Negara peserta untuk butiran lanjut mengenai perumusan bilangan negara ini.
  2. ^ Bilangan peserta menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Maklumat mengenai 179 orang peserta temasya dikenali dengan sebanyak 252 orang yang mengambil bahagian - 245 peserta menurut Mallon dan Widlund (lihat #Rujukan), 246 orang peserta menurut De Wael.
  3. ^ History com Editors. "First modern Olympic Games". HISTORY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-06.
  4. ^ "Athens 1896". International Olympic Committee. Dicapai pada 6 April 2021.
  5. ^ Coubertin–Philemon–Politis–Anninos (1897), 98–99, 108–109
  6. ^ Athens 1896 – Games of the I Olympiad, International Olympic Committee
  7. ^ "Athens 1896 Medal Table". Olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-02.

Pautan luarSunting

Didahului oleh
Tiada
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens

I Olympiad (1896)
Diikuti oleh:
Paris