Sungai Papa (Jawi: سوڠاي ڤاڤا; kadang-kadang digayakan sebagai Sungei Papa) merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Papa merupakan sungai dalam Bahagian Mukah, iaitu bahagian di utara negeri Sarawak.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Papa
Sungei Papa
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan perhutanan di barat daya Kampung Telian Daya, Mukah
 • ketinggian4–5 meter (13.1–16.4 ka)
MuaraSungai Tellian 
 • lokasi
kawasan perkampungan Kampung Telian Daya, Mukah
 • koordinat
2°52′17″N 112°06′14″E / 2.87139°N 112.10388°E / 2.87139; 112.10388Koordinat: 2°52′17″N 112°06′14″E / 2.87139°N 112.10388°E / 2.87139; 112.10388
 • ketinggian
1 meter (3.3 ka)
Panjang3.21 kilometer (2.0 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tellian → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]
Anak sungai 
 • kiriSungai Sipa Aba

Sejarah sunting

Rekod nama bagi Sungai Papa didokumentasikan dalam sebuah gazetir bertajuk Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (bahasa Inggeris: United States Board on Geographic Names), yang diterbitkan pada tahun 1970. Lokasi koordinat Sungai Papa yang telah direkodkan terletak di 2°53′N 112°05′E / 2.883°N 112.083°E / 2.883; 112.083 (Sungai Papa).[6][7] Sungei Papa merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu yang digunakan untuk menamakan sungai ini iaitu Sungai Papa sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal sunting

Punca sungai bagi Sungai Papa terletak di dalam kawasan perhutanan primer dan berpaya di bahagian barat daya Kampung Telian Daya, iaitu sebuah kampung dalam Daerah Mukah. Ketinggian sumber bagi Sungai PApa ialah diantara 4–5 meter (13.1–16.4 ka) dari paras laut. Sungai Papa akan melewati kawasan pertanian pokok baka, dengan pergerakan ke utara menuju hilir. Sungai Sipa Aba akan bermuara di sini, di samping mengubah pergerakan arus sungai ke arah timur. Sebelum tamat, Sungai Papa akan direntasi oleh sebatang jalan raya tunggal ke perkampungan Kampung Telian Daya. Sungai Papa bakal membuat pertemuan antara Sungai Tellian (atau juga dikenali sebagai Sungai Tallian) di kawasan perkampungan pesisiran sungai, iaitu Kampung Telian Daya sebagai muara, di ketinggian 1 meter (3.3 ka) dari paras laut.[1][2][5] Sungai Papa mempunyai panjang anggaran sebanyak 3.21 kilometer (2.0 bt) dari hulu ke hilir.[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Papa merupakan satu daripada 14 sungai yang bermuara di Sungai Tellian dengan urutan ketujuh dari hulu Sungai Tellian.[1][2] Sungai Misan terletak dalam sistem lembangan Batang Mukah.[3] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Papa, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[8] Kawasan lembah Sungai Papa dilitupi dengan kawasan perhutanan, pertanian pokok kultivar serta petempatan manusia.[1][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b c "Sungai Papa, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b U.S. Army Topograpchic Command (November 1970). Gazetter No. 10: Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia: Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris) (ed. kedua). United States Government Printing Office. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ National Geospatial-Intelligence Agency; United States Board on Geographic Names. "Geographic Names Search Application" [Aplikasi Carian Nama Geografi]. geonames.nga.mil/geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Februari 2023.
  8. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.