Suresh Selvathamby

 

Suresh Selvathamby
Maklumat peribadi
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1993-08-24) 24 Ogos 1993 (umur 30)
Kedah
Sukan
SukanMemanah
Pengelasan kecacatanST
Rank5
Dilatih olehMarzuki Zakaria
Rekod pingat
Memanah para lelaki
Mewakili  Malaysia
Kejohanan Dunia IPC
Pingat emas – tempat pertama 's-Hertogenbosch 2019 Recurve Individu Terbuka
Kejohanan Memanah Ranking Dunia Fazza
Pingat perak – tempat kedua Dubai 2017 Recurve Individu Terbuka
Pingat perak – tempat kedua Dubai 2019 Recurve Individu Terbuka

Suresh Selvathamby (lahir pada 24 Ogos 1993) merupakan seorang pemanah Paralimpik Malaysia. Beliau mewakili Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020.[1] Selain itu, beliau juga merupakan juara dunia memanah Paralimpik Malaysia yang pertama pada tahun 2019.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Suresh kehilangan kaki kirinya pada usia 13 tahun apabila lori yang dipandu ayahnya, Selvathamby, terbabit dalam kemalangan jalan raya.[3] Selepas itu, beliau kehilangan adik perempuannya, Karthiyani, pada tahun 2010 apabila adiknya dilanggar oleh sebuah motosikal ketika menaiki sekolah.[4] Orang lain juga pernah memberitahu ibunya bahawa beliau seorang anak yang tidak berguna kerana menceburi sukan memanah. Mereka turut berkata bahawa beliau sebagai anak sulung sepatutnya menjaga adik dan ibunya, bukan sebaliknya.[3]

Beliau dan isterinya, P. Vikneswary, mempunyai seorang anak lelaki.[5]

Kerjaya sunting

Suresh mula terlibat dalam sukan memanah pada tahun 2012 apabila bekas atlet memanah negara, Suresh Tangaveloo, memberitahunya bahawa jurulatih dan pengurus pasukan memanah Sukan Para ASEAN 2015, M. Puvaneswaran, sedang mencari atlet baharu dan menggalakkannya agar menceburi sukan tersebut. Pada masa tersebut, beliau masih bersekolah di Institut Kemahiran Langkasuka dan tidak dapat berlatih secara konsisten. Walaupun demikian, beliau masih berjaya merangkui pingat perak dalam Sukan Para Malaysia 2012 yang dianjurkan di Pahang. Beliau turut perlu bekerja untuk menampung pembelanjaan keluarga.[4]

Beliau pernah menyertai Sukan Para ASEAN 2014 dan 2017, tetapi tidak berjaya meraihkan pingat.[6] Pada tahun 2018, beliau menyertai Sukan Para Asia di Jakarta dan mendapat tempat kesembilan dalam acara recurve individu terbuka.[7] Beliau turut menyertai Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza pada tahun 2017 dan 2019, masing-masing meraih sebutir pingat emas dalam kedua-dua pertandingan tersebut.[8]

Beliau telah menyertai kejohanan dunia yang pertamanya pada 2019 di ’s-Hertogenbosch, Belanda. Beliau bertanding dalam acara recurve individu terbuka dan recurve pasukan terbuka.[1] Suresh mendapat johan dalam acara individunya dengan mengalahkan Eric Bennett dari Amerika Syarikat dengan 7-3.[9][10] Beliau merupakan orang Malaysia pertama yang memperoleh keputusan tersebut. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2020, Suresh mencacatkan rekod musimnya yang terbaik pada peringkat ranking recurve individu terbuka.[11] Namun, beliau dikalahkan oleh Bato Tsydendorzhiev dari RPC pada pusingan 1/32 dengan 2-6.[12] Beliau telah dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2019/2020 yang ditunda sehingga tahun 2022 disebabkan oleh pandemik COVID-19.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "SELVATHAMBY Suresh". Olympics. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ Cichy, Antoni (9 Jun 2019). "Malaysia's Suresh Selvathamby wins para world title at first world championships". World Archery. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  3. ^ a b Suryati Mohd Nor (13 Jun 2019). "Pernah dicemuh 'anak tak guna', Suresh buktikan tanggapan buruk meleset... "Wang ganjaran nak beli rumah untuk ibu"". mstar.com. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  4. ^ a b "World para archer champion Suresh is now a household name". NST. 10 Jun 2019. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  5. ^ Amiril Muttaqien Meketar, Tokyo Paralympics: Suresh hopes son will bring him luck in quest for gold. Bernama. 22 Ogos 2021. Dicapai pada 19 Oktober 2021.
  6. ^ "Laluan penuh ranjau bagi Suresh dakap gelaran dunia". Astro Awani. 10 Jun 2019. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  7. ^ SELVATHAMBY Suresh Tokyo 2020. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  8. ^ "Suresh Selvathamby - Results". World Archery. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  9. ^ 's-Hertogenbosch 2019: Stunning Suresh Selvathamby. IPC. 10 Jun 2019. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  10. ^ ’S-HERTOGENBOSCH 2019 WORLD ARCHERY PARA CHAMPIONSHIPS + PG QT PARA WORLD RANKING - Results World Archery. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  11. ^ Suresh, Wiro record season’s best in ranking round The Sun. 27 Ogos 2021. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  12. ^ Keputusan Peringkat Awal Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. 3 September 2021. Dicapai pada 4 September 2021
  13. ^ "Anugerah Sukan Negara 2019/2020 jamin tradisi pengiktirafan tertinggi". Sinar Harian. 22 Mac 2022. Dicapai pada 9 April 2022.

Pautan Luar sunting