Syaihan Syafiq

penulis Malaysia
(Dilencongkan dari Syaihan syafiq)

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015.[1] Beliau meninggal dunia pada 20 Mei 2017 di Pulau Pinang akibat serangan jantung.

Syaihan Syafiq
Kulit buku Bisik edisi asal
Kelahiran
Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar

(1985-06-28)28 Jun 1985
Meninggal dunia20 May 2017
Kepala Batas, Pulau Pinang
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanKepala Batas, Pulau Pinang
WarganegaraMalaysia
Nama lainSyaihan Syafiq
PendidikanIjazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanPenulis
Terkenal keranaTrilogi novel Bisik
Kampung asalKota Bharu, Kelantan
Laman web rasmiBlog peribadi sebagaimana tertera di fixi.com.my

Latar belakang sunting

Dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan dan menghidap Tetralogy of Fallot, sejenis penyakit jantung berlubang sejak lahir. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 20 Mei 2017.

Pendidikan sunting

Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2002). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012).

Karya sunting

  • Bisik, ; Buku Fixi 2012, 295 hlm.
  • Koyak, ; Buku Fixi 2013, 300 hlm.
  • M, ; Buku Fixi 2015, 304 hlm.
  • Sasar, ; Buku Fixi 2016, 340 hlm.
  • Retak, ; Buku Fixi 2017, 326 hlm.

Cerpen sunting

  1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012
  2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012
  3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013
  4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013
  5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014
  6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014
  7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014
  8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014
  9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
  10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016
  11. Tea With Grandma, For Sale & Just a Regular Day for Her (antologi cerpen 'Micro Malaysians'), Buku Fixi, 2017

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting