Tangisan bayi atau tangisan infan ialah tindak balas kepada seorang bayi terhadap rangsangan dalaman atau luaran. Bayi yang menangis merupakan satu bentuk komunikasi kenalurian yang asas.[2] Dasarnya, seorang bayi sedang beralih kehidupan dari dalam rahim seorang ibu kepada persekitaran luaran.[3] Sekiranya tangisan bayi itu berlebihan, ia dikenali sebagai rungutan bayi atau kolik (colic) namun, rungutan juga mungkin bukan punca tangisan yang berlebihan.[4][5] Sehingga 27% ibu bapa telah menerangkan masalah tangisan bayi dalam empat bulan yang pertama. Manakala 38% pula telah mengecam masalah bayi mereka yang menangis dalam tahun pertama. Jumlah dan kekerapan masa bayi menangis, hiburan terhadap bayi serta corak tidur bayi yang terganggu amat membimbangkan dan merisaukan bagi sesetengah kalangan ibu bapa.[6][6]

Tangisan bayi
Bayi yang sedang menangis
PengkhususanPediatrik
GejalaMenangis selama tiga jam atau lebih setiap 24 jam[1]
KerumitanKurang tidur bersama ibu bapa
Permulaan biasa
Selama lahir
TempohBergantung
Laporan oleh penjaga dan diagnosis pembezaan
Rungutan bayi (kolik)
PrognosisKelewatan perkembangan kelak
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fisiologi

sunting

Tangisan boleh menimbulkan refleks Valsalva. Refleks ini memberi kesan negatif kepada tekanan hisapan susu ibu dan boleh mengakibatkan penyusuan yang buruk. Tahap kortisol akan meningkat bersama-sama dengan tekanan darah. Peningkatan tekanan darah akan memberi impak kepada aliran darah serebrum, halaju aliran darah serebrum serta tekanan intrakranium. Peningkatan tekanan serta halaju boleh menyebabkan pendarahan ada intrakranium. Hembusan nafas yang panjang juga boleh menyebabkan beberapa kesan buruk. Pulangan vena yang terhalang dan nafas yang diambil semasa pernafasan yang pantas boleh berlaku. Pelanggaran foramen ovale juga boleh berlaku.[3]

Orang dewasa kebiasaanya boleh menentukan sama ada tangisan bayi itu menandakan bayi itu sedang dalam keadaan marah atau sakit.[7] Kebanyakan ibu bapa juga berupaya yang lebih baik untuk membezakan tangisan bayi mereka sendiri berbanding tangisan anak-anak mereka yang lain.[8] Seorang bayi mampu meniru kontur nada ibu bapa mereka seperti contoh, bayi di Perancis meraung dengan nada yang tinggi manakala bayi di Jerman pula dengan melodi yang jatuh.[9] Rangsangan secara berlebihan mungkin menjadi faktor penyumbang kepada tangisan bayi dan tempoh tangisan yang aktif juga bertujuan untuk mengeluarkan rangsangan yang berlebihan untuk membantu sistem saraf bayi memperoleh semula homeostasis.[10][11]

Punca-punca

sunting

Kebanyakan bayi menangis sebagai tindak balas kepada sesuatu, namun agak sukar untuk mengenal pasti punca sebenar Kadang-kadang mungkin tiada sebab yang jelas.[12]

Beberapa sebab yang memungkinkan termasuk:[12][13]

  • Kelaparan
  • Mengantuk atau somnolen — biasanya bayi hanya menguap atau menggosok mata
  • Kesakitan akibat gas — contohnya, jika bayi belum sendawa
  • Ketidakselesaan — contohnya, lampin bayi yang dipakai basah
  • Suhu — contohnya, bayi berasa terlampau panas atau terlampau sejuk
  • Rangsangan luaran — contohnya, terlampau banyak bunyi atau cahaya
  • Kebosanan atau kesunyian
  • Sakit — seperti gigi tumbuh pada bayi

Bayi yang mnangis yang secara berlebihan menunjukkan rungutan atau masalah kesihatan yang lain.[13] Beberapa masalah kesihatan disenaraikan di bawah:

Rujukan

sunting
  1. ^ Smarius, Laetitia Joanna Clara Antonia; Strieder, Thea G. A.; Loomans, Eva M.; Doreleijers, Theo A. H.; Vrijkotte, Tanja G. M.; Gemke, Reinoud J.; Eijsden, Manon van (1 Mac 2017). "Excessive infant crying doubles the risk of mood and behavioral problems at age 5: evidence for mediation by maternal characteristics". European Child & Adolescent Psychiatry. 26 (3): 293–302. doi:10.1007/s00787-016-0888-4. PMC 5323467. PMID 27422707.
  2. ^ Chicot, Dr Rebecca (2015-12-03). The Calm and Happy Toddler: Gentle Solutions to Tantrums, Night Waking, Potty Training and More (dalam bahasa Inggeris). Random House. ISBN 9781473527591.
  3. ^ a b Walker, m/s. 210.
  4. ^ Kaley, Fiona; Reid, Vincent; Flynn, Emma (1 September 2011). "The psychology of infant colic: A review of current research". Infant Mental Health Journal. 32 (5): 526–541. doi:10.1002/imhj.20308. PMID 28520254.
  5. ^ Grimes, edited by Frank Domino, Robert A. Baldor, Jeremy Golding, Jill A. (2014). The 5-minute clinical consult premium (ed. 23rd). St. Louis: Wolters Kluwer Health. m/s. 251. ISBN 9781451192155.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  6. ^ a b Cook, Fallon; Seymour, Monique; Giallo, Rebecca; Cann, Warren; Nicholson, Jan M.; Green, Julie; Hiscock, Harriet (2015). "Comparison of methods for recruiting and engaging parents in online interventions: study protocol for the Cry Baby infant sleep and settling program". BMC Pediatrics. 15 (1): 174. doi:10.1186/s12887-015-0502-9. PMC 4640160. PMID 26556032.
  7. ^ Zeskind, P. S.; Klein, L.; Marshall, T. R. (Nov 1992). "Adults' perceptions of experimental modifications of durations of pauses and expiratory sounds in infant crying". Developmental Psychology. 28 (6): 1153–1162. doi:10.1037/0012-1649.28.6.1153.
  8. ^ Santrock, John W. (2007). "Crying". A Topical Approach to Lifespan Development (ed. 4th). McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages. m/s. 351–2. ISBN 978-0-07-338264-7.
  9. ^ Mampe, B.; Friederici, A.D.; Christophe, A.; Wermke, K. (December 2009). "Newborns' cry melody is shaped by their native language". Curr. Biol. 19 (23): 1994–7. doi:10.1016/j.cub.2009.09.064. PMID 19896378. S2CID 2907126.
  10. ^ Brazelton, T.B. (1985). "Application of cry research to clinical perspectives." In B.M. Lester and C.F.Z. Boukydis (Eds.), Infant Crying: Theoretical and Research Perspectives. New York: Plenum Press.
  11. ^ Brazelton, T.B. (1992). Touchpoints. New York: Perseus.
  12. ^ a b "Crying in infancy: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-13.
  13. ^ a b "Excessive crying in infants: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-13.
  14. ^ a b c Roberts, Donna M.; Ostapchuk, Michael; O'Brien, James G. (15 August 2004). "Infantile Colic". American Family Physician. 70 (4): 735–40. PMID 15338787. Dicapai pada 26 August 2017.
  15. ^ Shamir, Raanan; St James-Roberts, Ian; Di Lorenzo, Carlo; Burns, Alan J.; Thapar, Nikhil; Indrio, Flavia; Riezzo, Giuseppe; Raimondi, Francesco; Di Mauro, Antonio (2013-12-01). "Infant crying, colic, and gastrointestinal discomfort in early childhood: a review of the evidence and most plausible mechanisms". Journal of Pediatric Gastroenterology and Nutrition. 57: S1–45. doi:10.1097/MPG.0b013e3182a154ff. PMID 24356023. S2CID 30840225.

Bibliografi

sunting
  • Walker, Marsha (2011). Breastfeeding management for the clinician : using the evidence. Sudbury, Mass: Jones and Bartlett Publishers. ISBN 9780763766511.