Tee Boon Hock merupakan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dari Pakatan Rakyat - DAP. Beliau dipecat daripada MPK dan juga DAP kerana melanggar kod etika.

Politik sunting

Tee merupakan Pembantu Khas kepada Ronnie Liu , ADN Pandamaran dari Mac 2008 hingga 18 November 2009.

Tuduhan salahguna kepala surat sunting

Pada 30 Julai 2010, Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor / Pengarah Jabatan Audit Negeri, Datin Paduka Ungku Arfah Ungku Tahir menjalankan siasatan bagi memastikan kebenaran dakwaan penyalahgunaan kepala surat (letterhead) yang dijadikan sebagai surat sokongan untuk mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkait dengan Tee Boon Hock.

Akhbar The Star mendakwa Tee Boon Hock menyalahgunakan surat dan cop rasmi exco untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya. Kontrak itu bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada MPK sejak berkhidmat pada Julai 2008. Tee berhasrat menyaman akhbar itu kerana merosakkan reputasi diri dan keluarganya.

Sebuah akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa telah menggunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak. Tee mendakwa dirinya sepadan dengan profil iaitu umur 50-an dan pernah dua kali bertanding di kerusi DUN Selangor .Tee pernah menjadi anggota lembaga tender MPK dari Oktober 2009 hingga Jun 2010.

Surat sokongan biasahya diberikan kepada golongan kurang upaya, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan serta mereka yang memohon bantuan daripada majlis tempatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.[1]

Tee setuju disiasat dan diarah bercuti agar tidak mengganggu siasatan . Selagi siasatan tidak dilakukan , hukuman dan tindakan yang adil tidak dapat dilakukan. [2]

Dipecat Ahli Majlis MPK sunting

Pada 31 Julai 2010, DAP memecat beliau ekoran dakwaan amalan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri kerana tuduhan ada asas nyang kukuh. Tindakan Tee boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah dan telah menjejaskan imej parti. Ronnie Liu juga hendaklah membuat laporan polis.[3]

Pada 11 Ogos 2010, Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.[4]

Tee Boon Hock pula menyifatkan bahawa tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan tidal adil dan mempunyai kaitan dengan pilihanraya parti DAP akan datang. Beliau menyatakan bahawa tuduhan berkenaan melibatkan majlis tempatan dan siasatan di bawah skop jabatan audit negeri, dengan itu ia di bawah pentadbiran negeri dan bukan di bawah parti DAP, oleh itu, parti DAP sepatutnya menunggu sehingga hasil siasatan daripada kerajaan negeri.[5]

Rujukan sunting