Majlis Perbandaran Klang
Majlis Perbandaran Klang ialah sebuah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengurus daerah Klang, Selangor, Malaysia. Ia telah diisytiharkan penaiktarafan kepada Majlis Bandaraya Klang, dan secara rasmi menukar nama selepas mendapat perkenan Sultan Selangor kelak[1].
Majlis Perbandaran Klang مجليس ڤربندرن کلڠ | |
---|---|
Majlis Bandaraya Klang MBK | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | Bandaraya |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | Tpr. Puan Noraini Roslan |
Timbalan Datuk Bandar/ Setiausaha | - |
Moto | |
Perpaduan Sendi Kekuatan | |
Tempat persidangan | |
![]() Jalan Perbandaran, 41675 Klang, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting ![]() |
Sejarah sunting
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.
Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Penaiktarafan kepada bandar raya sunting
Ia telah diisytiharkan penaiktarafan kepada Majlis Bandaraya Klang pada 26 Julai 2023[1], dan secara rasmi akan menukar nama selepas mendapat perkenan Sultan Selangor kelak.
Akta Kerajaan Tempatan sunting
MPK mempunyai bidang kuasa tertentu yang diperuntukan di bawah Akta, enakmen, undang-undang kecil, perintah, peraturan dan kaedah yang digunapakai oleh Majlis seperti berikut:
Akta sunting
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133]
- Akta Pemusnahan Serangga dan Pembawa Penyakit, 1975
- Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171]
- Akta Perancang Bandar dan Desa, 1974 [Act 172]
- Akta Makanan, 1983
- Akta Pengangkutan Jalan, 1987
Enakmen sunting
- Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam 1995
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam [Pindaan] 1998
Undang-Undang Kecil sunting
- Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPK) 1965
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Kerajaan Tempatan 1979
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1982
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPK) 1983
- Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPK) 1984
- Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (MPK) 1984
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1987
- Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 1987
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPK) 1988
- Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 1989
- Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1989
- Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MPK) 1990
- Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 1991
- Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 1991
- Undang-Undang Kecil Lesen Bersesama (MPK) 1992
- Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Krematorium (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Perkuburan Islam (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pindaan) (MPK) 1993, Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Undang-Undang Kecil Kerja-Kerja Di Jalan (MPK) 1996
Perintah sunting
- Perintah Tetap Mesyuarat 1992
- Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPK) 1996
Peraturan sunting
- Peraturan Makanan 1983
- Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993
- Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan) (Selangor) 1996
- Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996
Kaedah sunting
- Kaedah-Kaedah Pekerja (perlakuan dan Tatatertib) MPK 1995
- Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 (Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan) 1999
Wakil Rakyat MPKLANG sunting
Ahli Parlimen sunting
- Ahli Parlimen Kapar
- YB Dr. Halimah Ali
- Ahli Parlimen Klang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Tuan Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN) sunting
- ADN Meru
- YB Puan Mariam Abdul Rashid
- ADN Sementa
- YB Tuan Najhan Salleh
- ADN Selat Klang
- YB Tuan Abdul Rashid Asari
- ADN Bandar Baru Klang
- YB Dr. Quah Soon Yueng
- ADN Pelabuhan Klang
- YB Tuan Azmizam Zaman Huri
- ADN Pandamaran
- YB Tuan Tony Leong Tuck Chee
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Dzahanurin Ahmad
Rujukan sunting
- ^ a b "Klang dinaik taraf sebagai bandar raya - Nga". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-04.