Telang Usan

Daerah

Telang Usan ialah sebuah daerah dalam Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia. Telang Usan merupakan sebuah daerah pedalaman di hulu Sungai Baram. Penduduk di daerah ini terdiri daripada kaum-kaum Orang Ulu secara meluas seperti Kenyah, Kayan, Penan, Berawan, dan sebagainya. Daerah Telang Usan bersempadan dengan daerah Belaga, Mulu dan Marudi.


Daerah Telang Usan
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMiri
Pusat pentadbiranTelang Usan
Pentadbiran
 • JenisMajlis Daerah
Penduduk
 • Jumlah25,316

Pengenalan Daerah Telang Usan sunting

Pada 1 0ktober 2015, Daerah Kecil Long Lama telah dinaiktaraf sebagai sebuah daerah penuh yang dikenali sebagai Daerah Telang Usan dan mempunyai satu daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Long Bedian. Keluasan Pentadbiran Daerah Telang Usan adalah seluas 9,829 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 25,316 orang. Terdapat 94 buah kampung yang berdaftar di bawah pentadbiran Daerah Telang Usan.

Kegiatan Sosio Ekonomi sunting

Kegiatan pembalakan mula bergiat di kawasan Long Lama pada pertengahan tahun1970an dan telah menjana banyak peluang kerja dan pendapatan kepada penduduk sekitar. Kini kegiatan pembalakan ini semakin berkurangan dan diganti dengan Projek Perladangan Kelapa Sawit yang diusahakan oleh syarikat-syarikat berkenaan juga diusahakan secara “small holder” tetapi menjamin pendapatan lumayan kepada setiap pengusahanya. Ada 11 buah syarikat perladangan yang beroperasi di kawasan ini yang menganjur dari Long Lama hingga ke kawasan Long Bedian di sebelah barat dan dari kawasan Bukit Limau hingga ke kawasan Long Pillah di sebelah barat. Walaubagaimanapun, aktiviti pembalakan masih aktif terutama di kawasan Baram Tengah dan Ulu Baram yang diusahakan oleh syarikat-syarikat pembalakan seperti Syarikat Samling, Syarikat Shin Yang, Interhill dan sebagainya yang beroperasi di sana. Selain itu, ada yang bekerja di Kuari di Holy Stone Quarry untuk menjana pendapatan serta banyak membuka peluang kerja kepada penduduk di Long Lama.

Industri Sarang Burung secara tradisional telah lama diusahakan oleh penduduk Kaum Kayan di Long Lama. Selain dari itu, Kaum Kenyah di Long Jeeh dan Long Moh turut terlibat dalam industri ini. Kegiatan pertanian yang menghasilkan pelbagai produk pertanian telah lama diamalkan (penanaman padi Bukit dan Padi Sawah), penanaman Kelapa Sawit secara kecil-kecilan dan penanaman Getah (di kawasan Lio Mato, Long Peluan dan Long Beruang) di bawah inisiatif Jabatan Pertanian. Selain daripada itu, kegiatan memburu dan menangkap ikan merupakan aktiviti harian masyarakat di sini. Ikan dan memburu binatang adalah sumber makanan utama penduduk di kawasan ini.

Wakil rakyat sunting