Teman Lelaki Upahan (novel)

Teman Lelaki Upahan ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Azura Rasiddin. Novel ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Teman Lelaki Upahan
Umum
PengarangAzura Rasiddin
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246703

Sinopsis sunting

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Keluaran dan legasi sunting

Teman Lelaki Upahan dikeluarkan pada 2014 oleh Karya Seni. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 9 Februari di TV3, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz dan Siti Elizad.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Teman Lelaki Upahan by Azura Rasiddin Goodreads. Dicapai pada 20 Februari 2017.
  2. ^ Sejenak Bersama Bintang Teman Lelaki Upahan EH!. Dicapai pada 1 April 2015.