Tengku Abdul Kadir Kamaruddin

Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Phraya Pattani V) ialah Raja Kerajaan Pattani yang terakhir. Beliau telah dipecat oleh Siam sebagai Raja Pattani pada 1902. Tengku Abdul Kadir adalah daripada keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus. Tengku Abdul Kadir telah mangkat di Istana Tengku Sri Akar pada 19 Mei 1933 dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Beliau berkahwin dengan Tengku Mariam Tengku Kembang Putri Binti Almarhum Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tengku Puteri pada tahun 1891. Perkahwinan beliau dengan Tengku Puteri telah dikurniakan tiga orang zuriat iaitu: