Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (diputerakan pada 12 Disember 1990) merupakan putera tunggal kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan warga Amerika Cik Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah. Baginda merupakan Raja Muda Selangor dan merupakan pewaris takhta bagi Kerajaan dan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pada tahun lepas, baginda sentiasa turun padang dan membantu rakyatnya serta dianggap sebagai seorang Putera yang berjiwa rakyat.
Tengku Amir Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Muda Selangor | |||||
![]() | |||||
Raja Muda Selangor | |||||
Pemerintahan | 8 Oktober 2016 - kini | ||||
Didahului oleh | Tengku Idris Shah | ||||
Keputeraan | Tengku Amir Shah Ibni Tengku Idris Shah 12 Disember 1990 (umur 30 tahun, 2 bulan dan 13 hari) Hospital Pacific Presbyterian, San Francisco, Amerika Syarikat | ||||
| |||||
Kerabat | Istana Mestika, Shah Alam, Selangor | ||||
Ayahanda | Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | ||||
Bonda | Cik Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah (née Lisa Davis) | ||||
Agama | Islam Sunni |
Latar BelakangSunting
Baginda merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor. Baginda mempunyai dua orang kakanda sebapa iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda telah berjaya menamatkan pengajian di Wellington College, United Kingdom pada tahun 2009.
Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor.Baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.